Tafsir Surah Luqman:13-19

 

Intipati ayat2 dari surah Luqman:13-19 ini berkisar mengenai Luqmanul Hakim yang memberi wasiat kepada anaknya Tsaran; diringkaskan dari Tafsir Fi Zilalil Quran dan ada juga Ummi ambil dari Tafsir Ibn Kathir yang disertakan linknya dalam kategori Sumber Ilmu.   Untuk tafsir terperinci klik gambar eBuku Tafsir Fi Zilalil Quran Syed Qutb di atas ini.  Selain itu, Ummi lampirkan pula 9 klip video ceramah surah Luqman:12-19 yang disampaikan oleh pensyarah Pengajian Islam USM @ SS Dr. Asri.  Mohon maaf la ye jika ada yang sensitif dengan mufti yang dikatakan kontroversi ini.  Ummi dah dengar ceramah2 dia dan dah khatam hampir semua isi blog Dr. MAZA setakat 6.5.2008 ni.  Ummi rasa terbuka dan boleh je terima pengajaran  yang disampaikan olehnya sama sepertimana Ummi boleh terima pengajaran dari mualim favourite Ummi Dato’ Dr. Haron Din mahupun mualim favourite adik iaitu Dr. Badrul Amin.  Malah Ummi suka cara dia, senang ingat atau mengingatkan cara abah Ummi bercakap ngan kitorang :)  lembut je tapi boleh tahan gak pedasnya hehe… itu cara nak cakap ngan kitorang yang masa kecik2 dulu, ketegaq.  Tengokla dulu video2 klip tu sebelum sape2 cakap ape2, best ape…

1.   Sembahlah Allah, jangan mempersekutukanNya kerana syirik adalah perbuatan zalim yang sangat besar.  Seseorang muslim tidak mungkin mencampur adukkan iman dan keyakinan mereka dengan kezaliman.

2.   Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.  Luqman menjelaskan kepada anaknya perihal pengorbanan seorang ibu yang telah mengandung dalam keadaan lemah  dan bersangatan lagi apabila menyusukannya sehingga waktu selewat2nya bercerai susu pada usia 2 tahun.  Ibu memberi tarbiyyah baik dalam keadaan hamil mahupun tatkala telah melahirkan. Pernah seorang lelaki mengerjakan tawaf dengan mendukung ibunya lalu ia bertanya Nabi s.a.w. samada dia telah membalas hak ibunya.  Jawab Nabi, “Tidak, tidak, walau senafas pun”.  AlQuran menyuruh manusia bersyukur kepada Allah selaku pengurnia ni’mat yang pertama dan berterima kasih kepada ibu bapa selaku pembuat budi atau pemberi ni’mat yang kedua.  Walau begitu tinggi derajat ibu daripada bapa seperti dalam sebuah hadith nabi yang menyebutkan kata-kata ibu 3X dan ayah 1X serta perihal syurga di bawah tapak kaki ibu, ayat dalam surah ini menjelaskan tentang kepentingan pertama2nya mensyukuri nikmat iman kepada Allah dan keduanya syukur kepada Allah dengan berterima kasih kepada dua ibu bapa atas nikmat tarbiyyah yang datang dalam berbagai cara samada tersurat mahupun tersirat.  

3.   Tidak wajib menurut perintah atau saranan kedua ibu bapa untuk mempersekutukan Allah namun Islam tetap mengajar agar tetaplah beristiqomah dengan tali Allah serta berbuat baik kepada dua ibu bapa walaupun mereka kafir. Ayat ini diturunkan untuk menegur Sa’ad bin Abi Waqqash atas sikap kasarnya memberi jawapan apabila ibunya menyuruhnya meninggalkan Islam atau ia akan mogok lapar hingga mati biar orang Arab akan mengata bahawa Sa’ad itu pembunuh ibunya.  Saad menjawab, “Demi Allah walau engkau mempunyai seratus nyawa dan keluar satu per satu nescaya aku tidak akan keluar dari Islam”.

4.   Luqman menjelaskan lagi kepada anaknya bahawa setiap amalan ada balasannya walau sebesar zarah sekalipun  kerana balasan dan ganjaran Allah sesuai dengan besar kecilnya perbuatan itu. 

5.   Pesan Luqman lagi, dirikan solat.  Ia perintah yang wajib kepada manusia.  Solat yang berkesan memberi impak terhadap keupayaan kita mencegah diri daripada perbuatan keji dan munkar.  Amalan solat mensucikan jiwa dan roh serta melunakkan hati.  Rasulullah bersabda, “kesenanganku dijadikan dalam solat”.

6.   Hendaklah bersabar dari musibah yang menimpa kehidupan, hinaan dan celaan dalam melaksanakan amal maaruf nahi munkar  kerana sabar itu adalah cahaya dalam kehidupan yang akan menerangi hati seorang mukmin  dan sabar adalah sebahagian dari iman

7.   Jauhi sifat sombong dan janganlah berjalan di bumi seperti orang yang angkuh kerana Allah membenci orang yang sombong dan berbangga hati.  Rasulullah bersabda, “tidak akan masuk syurga seseorang yang  di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun sebesar zarah dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya ada keimanan walau sebesar zarah.”

8.   Berjalanlah dengan sederhana, tidak cepat dan juga tidak lambat.  Maksudnya berjalan dengan hemat, jimat dan tidak melampau, tidak membuang tenaga menunjuk-nunjuk lagak dan lenggang-lenggok yang sombong malah menuju tempat tujuan dengan mudah dan lancar. Merendahkan suara dalam bertutur kata yang dimaksudkan dalam ayat dalam surah ini pula menunjukkan adab sopan, yakin diri dan keyakinan kita kepada kebenaran dan kekuatan yang diucapkan.  Orang-orang yang biadap sahaja bercakap dengan suara yang keras dan bahasa yang kesat atau orang-orang yang ragu terhadap nilai perkataannya atau terhadap nilai dirinya sendiri lalu dia berusaha melindungi keraguannya di sebalik kata-katanya yang tajam, kasar dan keras.  Uslub al-Quran membidas perkara-perkara seperti itu menggambarkan dengan gambaran yang hina dan buruk apabila mengulas “sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai” dengan satu pemandangan yang lucu dan menjijikakan serta menimbulkan perasaan benci dan memandang keji.  Rasulullah bersabda:  “kalau mendengar ringkikan himar maka berta’awuzlah kepada Allah kerana himar itu melihat syaitan”.

Surah Luqman (video 1/9)

Surah Luqman (video 2/9)

Surah Luqman (video 3/9)

Surah Luqman:12 (video 4/9)

Surah Luqman:13  (video 5/9)

Surah Luqman:14 (video 6/9)

Surah Luqman:15 (video 7/9)

Surah Luqman:16-17 (video 8/9)

Surah Luqman: 18-19 (video 9/9)

 

 

2 Respons to “Tafsir Surah Luqman:13-19”

  1. mujahidah Says:

    Assalamualaikum, ummi..

    Alhamdulillah.. assignment semua dah setel, boleh fokus pada exam je skarang ni. Balqis dah baca entri Tafsir Surah Luqman ni, tapi belum lagi dgr kuliah Ustaz Asri ni. InsyaAllah, nnt Balqis dengar. Apa pun.. u did elobarate everything so well in here.. Mabruk! :)

    Banyak yang Balqis dapat dr sini memandangkan Balqis tak pernah lagi go through Tafsir surah Luqman. Jazakillahu khair atas perkongsian (Balqis baru je baca Tafsir Fizilal-from ebook’s link yg ummi letak tu).

    Perkongsian untuk ayat 8
    Apa yang Balqis nak kongsikan kat sini.. tentang amar makruf nahi munkar. Dalam hadith 40, hadith yang membincangkan tentang amar m’ruf nahi munkar ni, adalah hadith yang ke-34. Berdasarkan perbincangan yang pernah Balqis lalui dan juga berdasarkan syarah hadith tersebut, amar ma’ruh nahi munkar dalam konteks da’wah adalah WAJIB. Dalam hadith tu bukan sekadar menggariskan kewajiban kte untuk mengamalkannya, tetapi turut disertakan dengan guides, macamana kita nak praktikkan.. Peringkat-peringkatnya ialah, cegah munkar dgn tangan, jka tak mampu, dgn lisan dan jika tak mampu juga, maka dgn hati kita mencegahnya. Dan itulah serendah2 iman. Kadang-kadang bila kita lali dgn jalan dakwah yang insyaAllah dilitupi dgn biah solehah, kita terlupa tentang ‘nahi munkar’. Yang difokuskan untuk dipeduli dan digembur hanyalah pada ‘amar ma’ruf’..

    Kebanyakan kita hanya senang dgn peringkat ketiga, iaitu, peringkat nahi mungkar dgn hati. Hakikatnya, nahi munkar itu hanya dikecualikan apabila kita bakal menerima mudharat jika kita melakukannya. Takut hilang kawan (lain dgn hilang mad’u), takut imej tercalar dll, tidak boleh diterima pakai. malah jika kita telah nahi munkar dgn hati, kita mestilah berazam untuk cuba lagi mencegahnya dgn menggunakan tangan ataupun lisan. Justeru, dapat kita lihat.. peringkat-peringkat nahi munkar ini, tidak bolehlah kita jadikan sebagai syarat untuk kita terlepas daripada membentuk manusia dan mengajak mereka kembali kepada Allah…

    Itu saja atas kesempatan kali ni, ummi.. insyaAllah.. ada lagi yg bakal balqis kongsikan…

    Semua ini datangnya dari diri Balqis yang dhaif lagi hina dihadapan yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa, Allahu rabbuna..

    Moga ummi terus kuat dan tsabat.. :)

  2. Cikgu Says:

    makanya sebagai muslimat yang mendidik anak2 amal maaruf nahi munkar ini harus ditanam sejak kecil lagi agar mereka analkan dan budayakan sejak di bangku sekolah. Jika kita jemput anak jam 5 dan dia keluar kelas jam 4 ingatkan mereka solat di surau ajak kawan2. Pastinya dijawab “kawan2 adik ajak main…”, kita jawab balik “…takpe adik ajak diorang solat berjemaah sama2 lepas tu sambung main lagi sama2…”. Membentuk budaya ini perlukan kesabaran dan istiqomah. Mungkin kita ingatkan minggu ni dia solat asar tiap2 hari di sekolah, kita ingat oklah tengok2 bulan depan tak pulak…makanya sebagai ibu kita perlu rajin memantau bertanya ingat dan ingat kembali ingat dan ingat kembali tanpa jemu…wallahualamfissawab.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 570 other followers

%d bloggers like this: