MENCAPAI KHUSYUK DALAM SOLAT

solat3Penulisan ini membincangkan hanya tiga  dari banyak cara untuk mencapai khusyuk dalam solat iaitu dengan cara memahami (i) makna solat seperti yang dibincangkan dalam posting makna solat di blog computer education dan (ii) memahami hikmah solat seperti juga yang telah diposkan di blog tarbiyyatul aulad dan (iii) memahami ayat-ayat dan hadis berkaitan tuntutan solat.  Walaubagaimanapun, bahagian (iii) yang sepatutnya adalah bahagian (i) mungkin akan ditulis dalam posting akan datang dan dibincangkan secara maya di satu posting yang akan menyusul kemudian tetapi untuk tujuan kertas kerja ini sekadar dibentangkan ayat dan hadis berkaitan untuk dibincangkan esok.

(i)                 MEMAHAMI MAKNA SOLAT

Bahagian (i)  ini diungkapkan melalui scenario pembelajaran seperti berikut:

solat1

Satu pagi Isnin tahun 2010 di Makmal Siber Kuala Klawang, kelihatan Cikgu_Maya berbaju ungu gelap dengan tudung ungu cair lembut, sejuk bak wajah riang murid-muridnya tatkala mengadap komputer masing-masing. 

Cikgu:Assalamualaikum murid-murid (masing-masing menjawab dengan pelbagai nada dan intonasi… waalaikumussalam cikgu..)

Cikgu:sebelum kita memulakan kuliah elok kita mulakan dengan…

Aida:Bacaan AlFatihah…

Cikgu:Bagus…Aida.  Baik, mari sama-sama kita betulkan niat dan ikhlaskan tujuan kita belajar dan mulakan dengan al-fatihah dan doa belajar.  Bagi yang bukan muslim bertafakkurlah mengingati yang baik-baik.

Juli:Baca sendiri-sendiri je cikgu? Saya tak ingatlah…Dulu kat tadika kitorang selalu baca sama-sama

Cikgu:Takpe2, Juli klik saja pada doa di salah satu pagedalam blog Pendidikan Komputer depan Juli tu…dan baca sendiri dalam hati ye.

Juli: hmmm…okla cikgu.

Ramadhan: Hmmm, cikgu, saya ingat tadi kita solat dulu sebelum baca doa…

Cikgu:  Ya lah Ramadhan, tapi kita solat dah di rumah sebelum ke sini tadi kan?

Idura:Ntah kau ni, takkan nak solat kat sini pulak?

Ramadhan: Tapi nak gak tau maknanya cikgu, main hafal je! Boleh ke kita tanya soalan tu dalam kelas komputer ni cikgu?  Patut tanya ustazah Fatimah tadi kan?

Nazri: alah boleh jelah, nanti kalau ko tak siap keje cikgu bagi tu buat jelah sendiri masa open lab ..

Shah: Hah ialah, saya pun tak pernah terfikir makna bacaan tu, dah belajar tapi lupala, tapi saya hafal dapat gak full markmasa examtapi sungguh saya tak ingat kalau cikgu tanya sekarang…

Cikgu: Hah, kebetulan tadi cikgu baru dapat emel dari kawan cikgu masa sama-sama belajar kat Kulim dulu, tentang makna bacaan dalam solat nanti cikgu postdi blog PK (dibaca Pendidikan Komputer), kamu baca sendiri2 nanti kalau nak komen boleh komen di situ, kita kena mulakan kelas dah ni nanti tak sempat nak buat amali, open labselalu penuh cikgu suka kalau kamu siapkan masa kelas ni.

Hafiz:Nak baca dulu boleh cikgu?

An: Kau ni dengar la betul2, kan cikgu kata baca senyap2 tadi..baca jelahh..

Azlan:Nak baca jugak!

Amir, Khairi dan Fifi:Kitorang pun sama cikgu!

Cikgu:  Ok2.  Cikgu dah post, kalau nak baca, baca cepat lepas tu habiskan kerja amali semalam, tepat jam 9 nanti cikgu nak demo package baru untuk edit graphic guna teknik vektor. 

…Hafiz pun mengklik RSS Pendidikan Komputer di panel kanan blognya untuk melihat posting terkini Cikgu_Maya 

Takbiratul-Ihram & Takbir 
Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. 
 
Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujin ya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

 

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau sela watkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah En gkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

 

“Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu …namun tak pula aku sanggup
ke nerakaMu….kami lah hamba yang mengharap belas dariMu …”Ya Allah
jadikan lah kami hamba2Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, kedua
ibubapa  kami  dan dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”

 

(ii)                 MEMAHAMI HIKMAH SOLAT

 

Bahagian ini pula akan dijelaskan melalui dapatan-dapatan penyelidikan secara saintifik
solat2

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.  Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas – Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.
solat31

Ng Siew Chok – Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. “Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya.  Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. “ Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.  Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.  Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.  Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim – Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.  Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.  Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. 

 

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.  “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.  “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.  Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.  Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.  Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.  Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.  “Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.  Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari. KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?  Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.  Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

 
 

Kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.  Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.  Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat. Seorang doktor perubatan dari Indonesia , Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

(iii)                 MEMAHAMI CARA SOLAT RASULULLAH DAN AYAT SERTA SUNNAH/ HADITH BERKAITAN TUNTUTAN SOLAT

Masa kian mencemburui kita.  Untuk tujuan perbentangan esok, sekadar dipaparkan sahaja dalil2 berkaitan subtajuk ini.  InsyaAlah pembaikan struktur ayat dalam bahagian ini akan menyusul kemudian.  Penerangan lanjut bahagian ini juga boleh dirujuk dari buku Sifat  Solat Nabi karangan Muhammad Nashiruddin Al-Albani.

(16:44):
Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka.

Hadis Bukhari Muslim:
Nabi saw teah bersabda, “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat”.  Kemudian beliau telah bersabda seperti di dalam Shahih Abu Daud (451 dan 1276) dengan memberi kabar gembira bahawa barangsiapa yang melakukan solat seperti baginda, beliau akan mendapatkan janji Allah untuk dimasukkan ke dalam syurga.  Beliau bersabda, “Lima solat yang telah diwajibkan Allah maka barangsiapa yang menyempurnakan wudhunya, melakukan solat pada waktunya, dan menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan khusu’nyamaka ia berhak mendapatkan janji itu”.  Apabila Allah menghendaki, maka Dia akan mengampuninya dan apabila Allah menghendaki, maka Dia pun akan menyiksanya.

 Wallahualam.

 Ummi
18 Disember 2008

 

 

About these ads

9 Respons to “MENCAPAI KHUSYUK DALAM SOLAT”

  1. wardatul asrar Says:

    subhanAllah =) menarik..

    ummi pnah tgk vdeo ceramah ‘saat kewafatan nabi’ dr habib ali..? best sgt2.. (jd pesta tangisan wktu ditayangkn kt sini)

    telah tenanglah jasad yg mngharungi hari2nya kerana KITA..

  2. Tanpa Nama Says:

    aah menarik…

    (^^.)

  3. ummi Says:

    dalam blog ummi yang satu lagi tu computer education ada siri ‘saat kewafatan nabi’ dr habib ali tu. ya mmg sgt menyemarakkan keinsafan.

  4. Tanpa Nama Says:

    xdpt jumpe ummi, tau rumah pun jd le..
    tenang rupanya bumi bangi ni..
    x mcm kl yg sesak…~

  5. ummi Says:

    jemput la datang bila ada kat bangi, tapi rumah ummi tak macam typical rumah orang melayu yang bekerja…dari sejak menduduki rumah pertama masa buat first degree sampai sekarang masa buat phd macam rumah student manjang…perabot indah dan hiasan jauh sekali yang ada buku2 dan komputer dari generasi tahun akhir 80an yg sedang di”spring cleaning”kan untuk ruang kosong yang dipohon oleh anak bongsu umi untuk his own personal space…huhu sian anak2 ummi…harap2 habis study ni boleh buat sedikit perubahan yang lebih melapangkan dan menyejukkan mata…dgn izinnya jua.

  6. najibah Says:

    lebih kurang jaa ummi ngan rumah kte.. buku abah ummi penuh.. nk buang, sayang.. cuma ade ‘bilik study’ kt umah ni.. yg kononnya ‘mini library’.. padahal tempat melonggokkn buku2 terpakai..

    tak tau lg bila free.. ummi busy, kte pun busy =) kalau ada rezeki, insyaAllah..

  7. MikroTik RouterOS Says:

    subhanalloh

  8. nizal Says:

    terima kasih….

  9. http://google.com Says:

    I actually tend to agree with almost everything
    that was in fact put into writing throughout “MENCAPAI KHUSYUK DALAM SOLAT TarBiyyaTuL QaLbI”.
    Many thanks for all of the actual information.Thanks-Jonathan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 570 other followers

%d bloggers like this: