Dari Blog Ummu Anas: Ulamak Fathi Yakan dalam menghuraikan tatacara memelihara diri dari godaan syaitan dan nafsu, menggariskan 10 dasar muhasabah harian:
- Qiyamullail – membina kekuatan luar biasa.
- Solat subuh berjemaah – beroleh jaminan perlindungan dari Allah.
- Tadabbur dan berwirid dengan al-quran hingga berlinang air mata.
- Pastikan sumber makanan dan rezeki yang diperoleh dari sumber yang jelas dan halal. Tujuan makan dan minum untuk mendapat tenaga beribadah.
- Bersihkan diri dari sifat malas, Islam tidak suka pengangguran. Bersihkan rezeki yang diperoleh dengan infaq dan sedekah.
- Sewaktu berada di khalayak, kawallah pandangan supaya tidak tergoda atau menggoda. Juga tidak terdorong kepada perkara syubhah.
- Setiap tingkah-laku mesti dikuasai akhlak Islam. Sebaiknya menjadi contoh yang membawa kebaikan kepada manusia lain.
- Setiap saat dan sepanjang hayat digunakan untuk menuntut dan menambah ilmu bermanfaat.
- Bulatkan tekad untuk sentiasa menjalani kehidupan Islam serta sentiasa mengutamakan kepentingan Islam.
- Ingati juga hak jasad: kesihatan dan ketangkasan fizikal mesti dijaga. Makan dan minum secara sederhana, juga elakkan dari aktiviti dan kerja yang terlalu meletihkan.