Mensucikan Jiwa dari Dosa

Kata Ustadz Asri dari syarahnya tadi perihal mensucikan jiwa:

Beruntunglah orang  yang mensucikan jiwanya, jadi lah apa pun, buatlah apa pun tetapi kita mesti kembali kepada satu asas iaitu mensucikan diri.  Jiwa dengan apa yang Allah jadikan diri ini pelik kerana diri kita tanpa  jiwa, kosong;  Allah kata untunglah org yang mensucikannya dan rugilah orang yg mengotorkannya.
Setiap perjalanan Allah jadikan banyak stesen  untuk mensucikan jiwa; kita ada solat, kita ada puasa.  Jika kita gagal mensucikan jiwa maka banyaklah masalah.  Bagaimana mensucikan jiwa? Melafazkan zikir dengan lisan bertalu-talu “subhanallah..3X+…alhamdulillah…3x+” membuan insan mengingati Allah mungkin pada mulanya hanya pada lisan namun bila diucapkan bertalu-talu lalu zikir itu masuk ke dalam tubuh sehingga membawa ke jantung hati sehingga terlafaz ke lidah.  Oleh kerana hati itu hati mukmin maka insan apabila menyebut Allah  ingat kerajaan Allah kebesaran Allah dan apabila tengok kerajaan Allah hamba Allah akan teringat Allah

Bersabit dengan jiwa ini, kadangkala kita merasakan amat sukar untuk jiwa ini terus-menerus mengingati Allah samada pada lisan mahupun ke jantung hati sehingga terlafaz semula pada lisan dalam segala perlakuan kita.  Maka Shaikh Ibnu ‘ataillah mengatakan:

Bagaimana hati seseorang akan dapat memancarkan cahayanya padahal di dalamnya terukir semua gambar-gambar selain Allah.  Atau bagaimana orang akan melangkah menuju Allah, sedangkan ia sentiasa terikat dengan syahwat (keinginan), atau bagaimana seseorang akan dapat mempunyai keinginan kuat agar dapat masuk ke hadirat Ilahi, sedangkan hatinya belum suci daripada janabah kelalaiannya.  Atau bagaimana seseorang itu boleh berharap, agar dia memahami rahsia-rahsia halus, sedangkan ia belum bertaubat untuk menebus kesalahan-kesalahannya…

Setiap orang yang beriman, tentu berharap agar dirinya dapat memancarkan cahaya sehingga dapat mengenal Allah melalui pancaran cahaya mata hatinya.  Namun pada kenyataannya tidak semua hati mampu memancarkan cahaya.  Ini adalah kerana hati tersebut masih tercemar dan tertutup oleh bayangan-bayangan keindahan dunia dengan segala kemewahannya.

Jika demikian apakah yang mesti dilakukan oleh seseoarang agar terpancar dari hatinya agar dapat mengenal Allah? Adapun perkara2 yang patut dilakukan bagi tujuan ini adalah:

1. Hapuskan lukisan2 atau gambaran dunia yang menghalang  daripada mengingati Allah.

2. Bersihkan jiwa daripada kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa, baik terhadap Allah mahupun terhadap sesama manusia.
Sesuai dengan firmanNya yang bermaksud:

Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka taubat mereka itulah yang diterima Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.                                   (Surah AnNisa’: 17)

3. Bertaqwa kepada Allah dan berusaha menuntut ilmu bagi mempelajari perkara-perkara yang ghaib.  Sehubungan ini
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu yang sudah diketahui, maka Allah akan mewariskan kepadanya pengetahuan terhadap sesuatu yang belum diketahuinya”

4.  Mengendalikan hawa nafsu yang selalu mendorong manusia melakukan perkara maksiat.

 

Dipetik dari:

Youtube Ustad Dr. Asri dan buku Kaifiat Mempertajam Mata Hati Dalam Mengenal Allah oleh Syaikh Ibnu Ataillah Al-Sukandari – preparation untuk tazkirah 19.4.2012 (Beit Asma Kajang)

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 570 other followers

%d bloggers like this: