1.1 Petunjuk di Tengah Kegelapan (MPU)

Pengenalan

Sebelum mengkaji sejarah hidup baginda Nabi Besar Muhammad SAW, kita mesti mempunyai kefahaman yang jelas mengenai risalah yang dibawanya:

– risalah yang diperjuangkan sepanjang hidupnya
– tabiat2 semulajadinya
– ruang lingkup dan ciri-ciri utamanya

Jika kita menyingkap kembali lembaran2 silam nescaya kita akan bertemu pejuang2 reformasi, pemimpin2 revolusi serta pemerintah2 agung yang telah berjaya merubah haluan sejarah perjalanan manusia.  Akan tetapi satu hakikat yang sentiasa berlaku di dalam semua bentuk gerakan ialah mereka hanya berjaya merubah sebahagian daripada hidup manusia tetapi meninggalkan sebahagian lagi sebagai lompang2 untuk diresapi oleh berbagai bentuk kemungkaran. 

Tidak pernah kita jumpa satu pun gerakan atau ideologi yang berjaya merubah seluruh tabiat manusia, seluruh dirinya sebagai makhluk Allah, sama ada batin maupun zahir, dalaman atau luaran, individu atau kelompok.  Akan tetapi inilah kejayaan yang telah dicapai oleh junjunngan kita Nabi Muhammad s.a.w.  Seluruh ruang hidup manusia dirombak – dari mesjid ke pasar, madrasah ke mahkamah, rumahtangga ke masyarakat.  Ia menjadi asas kepada pembinaan kemajuan yang menyeluruh dan kehidupan yang luhur di seluruh alam semesta.

 1.1 Petunjuk di Tengah Kegelapan.

Sebelum datangnya Nabi Muhammad s.a.w., seluruh dunia dicengkam kegelapan jahiliah.

– panji2 keagungan Rom dan Parsi berkibar di atas nilai2 kemanusiaan yang runtuh tenggelam dalam arus keganasan dan kezaliman yang menggerunkan.

– raja2 menjadi wakil tuhan malah ada yang diangkat ke taraf tuhan; bekerjasama dengan pemilik tanah dan penguasa agama mencekik rakyat yang dah tak tahan dengan beban cukai, rasuah dan pelaksanaan buruh paksa.

– raja2 memperhambakan diri kepada hawa nafsu bergelumang dengan keruntuhan akhlaq, peperangan memusnahkan, pertukaran dinasti yang kerap memberi tekanan yang semakin berat kepada rakyat biasa.  Bila kerajaan baru menguasai wilayah baru penindasan baru semakin berat dan lebih besar.  Gereja2 menjadi tempat menyembah penakluk.

– rakyat disekat daripada mendapat keperluan asas dan tidak berdaya menyuarakan penentangan.  Manusia meraba2 dalam kegelapan, ajaran2 para2 nabi dan rasul lenyap akibat penyelewengan dan salah tafsir; apa agama yang tinggal jadi barang dagangan.  Falsafah Greek hilang daya, ajaran2 Confucious, Mani, Videntic, Buddha diabaikan justeru tercetus krisis dan disaat2 yang meruncing muncul cahaya penyelamat.

– negara tempat lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. dilanda penyakit keruntuhan akhlak yang dahsyat.  Peradaban2 Ur, Nineva, Aad, Tsamud, Aden dan Saba’ dilupakan. Pelacuran, judi dan arak bermaharajalela.  Orang2 Quraish penyembah berhala menjadikan agama barang dagangan.  Penghisap2 darah di Mekah dan Taif menjadikan urusniaga pinjaman wang secara berleluasa dengan bunga yang tinggi, manusia hidup berpandukan hawa nafsu dan menindas yang lemah.

– di tengah kucar-kacir ini Nabi Muhammad diutuskan.  Sedang manusia2 yang bencikan kejahatan pada masa itu lari bertapa digua2, ia tampil seorang diri mengubah seluruh pandangan hidup manusia deengan berani menghadapi suasana untuk menebus kemanusiaan.  Beliau menghancurkan kekuasaan Rom dan Parsi dan mengembalikan kebebasan kepada rakyat biasa untuk bangun.

 

Satu Respons to “1.1 Petunjuk di Tengah Kegelapan (MPU)”

  1. Muhammad Pembina Ummah « TarBiyyaTuL WiqA’IyyaH Says:

    […] kami daripada orang-orang yang rugi. Al-’Araf:23 « Tafsir Surah Luqman:13-19 1.1 Petunjuk di Tengah Kegelapan (MPU) […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: