Muhammad Pembina Ummah

Penulisan ini adalah hasil tulisan semula dari buku yang dibeli pada tahun 1985 oleh aruah nenek PJ yang  dibawa bersama olehnya masa ziarah Ummi dan Abah di Ohio masa kitorang buat first degree dulu. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkan aruah nenek PJ bersama2 mereka yang bertaqwa. Happy mother’s day buat mak Ummi di Penanti dan aruah nenek yang saling tak tumpah kasihnya bagai ibu kandung.  Sama garang sama concern sama sayang…Bonda2 kaulah permata hati!

Kandungan buku ini menjadi rujukan dalam siri halaqah MISG era 80an di North America dan Canada.  Dengan banyaknya terbitan2 baru, maka Ummi cuba menulis sedikit demi sedikit isi buku hasil terjemahan Abdul Rahman Husin ini agar penerbitan yang baik terus membajai jiwa Ummi, abah, mujahid2 dan   mujahidah yang sudi melayari baitul muslim al-maya ini.  InsyaAllah jika panjang umur bab 1 ini akan diselesaikan dalam 11 posting

Mungkin ada yang bertanya kenapa susah2 Ummi menaip?  Kan boleh diperoleh merata2 eBook seumpama ini di Internet?  Jawapannya, ilmu yang tak diulangkaji akan hilang seperti desir angin dibawa bayu ke langit ungu (Along tentu tahu kenapa ungu tak biru kan…reflect komunikasi malam tadi hehe).  Being a visual learner, Ummi menaip dengan harapan ilmu tu akan tekal dalam ingatan Ummi (orang kata kalau selalu ada makanan minda insyaAllah boleh mengubati penyakit lupa huhu…).

Ummi tulis, korang baca je, jangan la tak baca ye…kalau Ummi cakap korang tak suka dengar sebab naruto depan mata dan yang pasti B__g__ pasti lena dibuai mimpi, maklum la Ummi tak pandai berkata2 jadi Ummi tulis ni sikit2 je sekali tulis, baca la ya!  Taknak baca sekarang pun tak apa tu sebabnya Ummi tulis dalam blog ni supaya esok2 nanti bila Ummi dah tak ada di maya pada ini, bila ada rasa rindu menghimpit kalbu, moga tinta ibumu ini mampu mengubat rasa rindu…huhu…Butir2 buku seperti berikut:

Tajuk: Muhammad Pembina Umat
Pengarang: Na’eem Siddiqi
Terbitan: Pustaka Salam, Kg Kerinci, Kuala Lumpur 1985
Kandungan Bab 1

1.1   Petunjuk di Tengah Kegelapan
1.2   Masa Tempat dan Tenaga Manusia
1.3   Tercetusnya Revolusi
1.4   Konsep Rasul Mengenai Perubahan Sosial
1.5   Satu Susunan – Satu Gerakan
1.6   Kehidupan yang Syumul, Padu dan Istiqomah
1.7   Semangat Revolusi
1.8   Lahirnya Seorang Manusia Baru
1.9   Pengorbanan
1.10 Apakah Pendirian Kita
1.11 Bagaimana Mengkaji Perjalanan Hidup Rasulullah s.a.w.

 

 

2 Respons to “Muhammad Pembina Ummah”

  1. FaisaL Says:

    along tahu kenapa ungu.. hehe..😀

    jazakillahu khairan kathira untuk pengisian ini.. moga kita semua terus tsabat atas jalanNya.. amin..

  2. Cikgu Says:

    waiyyaka, sebenarnya Ummi tau Along, Bangah, Banglang dan adik2 yang dah sekolah agama mungkin ada lebih pengetahuan dari apa yg Ummi ringkaskan dari buku ni je, mohon tambah kalau ada huraian untuk “icing on the cake”nya ya! Apapun Ummi rasa elok juga baca walaupun dah tau, sebagai pembakar semangat juang mujahid2 muda…(Amin3X)

    Tentang langit biru tu, kalau tahun lepas mungkin jadi langit jingga tapi semenjak dua menjak ni dah jadi ungu la pulak…hehe Allah suka yang indah2🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: