1.2 Masa, Tempat dan Tenaga Manusia

Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w sbg manusia paling tepat untuk membawa revolusi yang amat besar ini.  Seterusnya Ummi ringkaskan 3 faktor di atas bagi membolehkan kita melihat hikmah di sebaliknya.

MASA

sedang berakhir dan diikuti zaman persaudaraan.
– sejarah sudah bersedia untuk memasuki zaman saintifik.
– suasana ini menuntut kebenaran dan keadilan dihidupkan.

TEMPAT

– semenanjung  Arab yang merupakan negara padang pasir yang menjadi pusat pertemuan dunia pada zaman itu.

– semua kafilah dari Timur dan Barat bertemu dan perdagangan luar dari berbagai negara beredar menerusi tangan2 pedagang2 Arab.

– Kafilah2 tetap dari Oman, Yaman, Mekah, Jeddah, Yambu Madinah dll tidak akan dapat menjalankan perdagangan mereka dengan selamat kecuali dipandu oleh pedagang-pe dang Arab dan membawa paspot2 Quraish.

– Maka itu negara-negara di Semenanjung Arab terutamanya Mekah, Taif, Madinah dan Yambu mempunyai hubungan dengan Inida, Cina, Iran (Parsi), Rom, Abyssinia dll.

– kedudukan ini dengan sendirinya menjadikan Mekah cukup sesuai untuk satu gerakan alamiah yang berkesan.

– Mekah dan Madinah merupakan bandar-bandar penting dari segi agama dan perdagangan.

– Sekalipun kelemahan Semenanjung Arab dari segi ekonomi, tamadun dan organisasinya tidak menguntungkan dalam aspek2 tertentu, tetapi ia mempunyai cukup kesediaan untuk menerima ajaran yang boleh memberi harapan dari mana2 sahaja.

– Tambahan pula negara itu bebas dari cengkaman kuasa2 politik luar, dan di dalam negara juga tiada kuasa yang memegang tampok kekuasaan politik bagi seluruh negara dan mampu menghancurkan suatu gerakan baru.

– walaupun puak Quraish sangat berpengaruh di bidang agama dan perdagangan tetapi tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.

– peninggalan2 arkeologi rasul2 terdahulu dipelihara sebagai membuktikan kehadiran mereka. (Kota Ur di utara tempat lahir Nabi Ibrahim, Utara lagi tempat lagir Nabi Nuh dan Lut, Madyan Nabi Salleh, Palestin dan Jurusalem tempat jatuh bangunnya bangsa Israel, juga tempat Nabi Isa menyampaikan seruannya.  Di   Selatan iaitu bumi kaum Ad dan Tsamut terdapat Empangan Marrib yang telah pecah menenggelamkan bumi dan manusia yang Engkar kepada Allah.  Diseberang lautan iaitu Mesir, tempat Nabi Yusuf dan Musa menyampaikan kebenaran dan Mekah yang telah dibentuk menjadi pusat agama Tauhid oleh Nabi Ibrahim dan Ismail).

– Justeru diharapkan seruan kebenaran dari daerah ini akan menyalakan kembali lampu ajaran rasul2 yang telah padam dalam pemikiran2 manusia.

TENAGA MANUSIA

– sumber2 manusia yang kaya di Semenanjung Arab belum dibongkar oleh Tamadun Parsi dan Rom yang  bersifat menindas itu.

– kehidupan nomad walaipun mempunyai banyak keburukan namun kesederhanaan itu melahirkan tabiat2 tulin dan bukan kepalsuan.

– kehidupan yang hampir dengan alam tabi’i itu membolehkan mereka mengenal dan membaca tanda2 yang
wujud di alam semester.

– Iklim yang panas, angin kencang di padang pasir, perjalanan siang dan malam, pengalaman lapar dan
dahaga, pembunuhan dan rompakan menjadikan mereka keras, berani, yang semuanya berguna untuk
mendukung suatu gerakan alamiah.

– mereka bersifat pemurah dan kuat daya ingatan (mereka bukan sekadar dapat ingat salasilah keturunan
mereka malah kuda2 mereka).

– mereka punya harga diri dan merasa mulia dengan diri mereka bagi membolehkan mereka memelihar
kemerdekaan mereka.

– bahasa mereka sangat kaya dan indah sebagai bahasa perhubungan yang cukup berkesan.

– mereka mempunyai keazaman yang kuat, sekalipun memilih jalan yang salah namun mereka tetap
berjuang bersungguh2 dan rela menghadapi cabaran dan halangan.

– mereka juga berupaya untuk mengikuti jalan yang lurus dengan cara yang sama.

Dalam usaha mencari jalan ke arah kemajuan, orang2 Arab mula resah dan ada yang keluar mencari petunjuk Ilahi.  Dari segi politik, secara  beransur2 mula muncul kerajaan demokrasi yang mentah lahir di tengah2 Mekah dan Madinah.  Sumber ekonomi yang terbatas mewujudkan dorongan ke arah pertumbuhan penduduk.  Apabila berlaku krisis keruntuhan tamadun dan buntunya pimpinan politik maka muncul satu kuasa baru di kalangan Badwi untuk mencabar kuasa2 lain pada masa itu, sepertimana muncul Bani Israel mencabar Firaun.  Justeru Jazirah Arab merupakan tempat yang paling unggul untuk mendorong manusia melaksanakan revolusi Rasulullah s.a.w.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: