Warkah Cinta Berbau Syurga

Petikan ini diambil dari bab 16 novel BangTam yang di bawa pulang semasa cuti pertengahan penggal pertama ini.  Novel karangan gurunya di MTS Bustanul Ariffin di Tumpat Kelantan – Ust. A. Ubaidillah Alias Terbitan PTS Millenia.  Ummi gazzettekan sebahagian bab 16 ini, mungkin ada yang terkait secara tidak langsung namun sebenarnya ia tiada kaitan langsung dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati hanya sekadar mengambil iktibar dari apa yang telah dan tidak dilaksanakan dalam fiksyen ini untuk diubah atau diikuti dalam situasi yang selayaknya. 

Asssalamualaikum,

Wardah, apa khabar? Moga tabah menghadapi segala dugaan.  Bagaimana dengan pengajianmu?  Harapnya semakin baik.  Kuyakin bahawa engkau sentiasa konsisten terhadap pengajianmu.  Lantaran itu aku tidak gusar, cuma kulihat engkau dibelit tentang persoalan tentang hubungan kita bukan?

Matlamat kita sekarang bukan percintaan tetapi kejayaan dalam pengajian.  Kenapa harus pecah kepala memikirkan tentang hubungan.  Tambahan pula, dirimu memang disukai ramai orang.  Siapa tidak sukakan gadis yang pandai, cantik dan penuh ketrampilan.  Semua yang ada pada dirimu membuatkan orang tidak bosan memandang dan mendekatimu.  Justeru apa dayaku?  Mahu menyekat mereka?

Siapa aku?  Kekasihmu?

Kebanyakan lelaki yang menginginkanmu tidak akan kenal apa itu halangan selagi dirimu belum menjadi isteri orang.   Yang pasti, aku bukan suamimu, bukan ahli keluargamu yang akan memastikan apa-apa antara kita.  Aku cuma saudara seagama.  Aku hanya menyatakan apa yang wajar.  Pahit bukan?  Tetapi itulah realiti.

Aku mengerti engkau sendirian di sana, mempertahankan hubungan kita.  Dan aku di sini, hanya memandang tanpa membuat apa-apa.  Aku tahu engkau sedang berjuang sedangkan aku hanya tersenyum tanpa menghulurkan tangan.  Pelik bukan?  Aku tahu, engkau akan membenci sikapku.  Adakah engkau mahu aku terbang ke sisimu dan memimpin tanganmu setiap waktu?  Jika ada lelaki yang mendekati, aku akan tepis dan menghumbannya jauh2.  Mustahil hal itu berlaku.  Ini bukan drama fiksyen atau novel fantasi.  Ini kehidupan dan kehidupan realiti  tidak memungkinkan itu semua berlaku.

Hanya satu yang dapat kukatakan, jika benar ada jodoh antara kita.  Pasti kita akan bertemu juga satu hari nanti.  Tetapi, hanya itu yang aku percaya.  Jadi, usah engkau bimbang soal cinta dan perasaan.  Jika hubungan ini terputus sekali pun, percayalah bahawa semua itu sudah tercatat di dalam takdir.  Maafkan aku.

Sekian.  Wassalam.

Yang benar,

AM

Surat itu akan diposkan dalam masa terdekat.

Maafkan aku Wardah.

SEMENJAK  hari itu, mereka putus hubungan.  Hampir setahun mereka tidak berhubung.  Rahim juga kerap bertanya kabar, mengapa perkara itu terjadi.  Namun Amir telah tahu apa puncanya.  Biarkanlah.  Bila tiba di Cairo, jarak sudah cukup memisahkan mereka.  Dia tidak mahu membebankan Wardah dengan terus mengunci hati perempuan itu dengan figuranya.

Dia tahu hatinya membuak2 ingin menghubungi gadis itu.  Apatah lagi dia akan terbang jauh selepas ini, sepatutnya dia mengucapkan selamat jalan.  Namun, jika dia menghubungi gadis itu, dibimbangi jiwanya tidak cukup kuat untuk menjaga prinsipnya.  Dia takut ada tutur yang seolah-olah memberi beban sekali gus menjadi beban untuk ditanggung.

Dia kerap berbual dengan Kak Long Hafizah tentang perasaannnya terhadap Wardah.  Entah kenapa, dia berasa tenang apabila dapat berbicara dengan kak longnya.  Tambahan pula, kakaknya sedang bercuti sekarang kerana baharu melahirkan anak.  Keluarga ini sudah bertambah seorang ahli keluarga.  Setiap kali memandang wajah anak kecil itu, Amir berdoa, suatu hari nanti dia juga mempunyai anak sendiri, dia mahukan ibu kepada anaknya wanita yang solehah.  Kalau boleh, Amir tidak mahu isterinya itu seorang yang pernah jatuh cinta pada mana2 lelaki sebelumnya.  Amir mahu menjadi cinta pertama buat isterinya, kerana itu dia yakin suami Wardah juga begitu.  Seandainya mereka bercinta dan akhirnya berpisah, lalu Wardah berkahwin dengan orang lain.  Adakah suaminya akan gembira apabila mengetahui isterinya pernah bercinta dengan orang lain?

Telefon berdering.  Nyaringnya menyentak lamunan Amir di kerusi.  Jam di tangan menunjukkan waktu pukul lapan lima belas malam.  Telefon rumah dicapai dan kedengaran melalui telefon suara Wardah tersekat-sekat, mungkin sukar untuk meluah gusar di dada.

Amir, maaf jika Wardah mengganggu.

Tidak adalah.  Awak apa khabar?  Amir benar2 teruja mendengar suara gadis itu.  Namun, rasa itu tidak akan terzahir. 

Kenapa begitu?  Tidak sudikah?  Wardah menyoal sangsi.

Saya tidak berniat mengecewakan sesiapa.  Cuma masing2 perlu mengerti bahawa kita bukan penentu takdir.  Amir mengetap bibir, dia tidak tahu bagaimana mahu memahamkan Wardah.

Wardah sebak.  Jiwanya mendesak mahu mendengar kalam dari Amir.  Amir terlalu egois sehingga tidak mahu melafazkan rasa kasih padanya.  Sudah lama jiwa Wardah berteka-teki dan itu membuatkannya sering keletihan.  Sehingga sekarang dia belum memperoleh keputusannya.

Wardah, perjalanan kita masih jauh.  Jika dinyatakan keputusannya sekarang, belum pasti kita akan bersatu.  Hati manusia berubah2 tidak sama hari ini dengan esoknya.  Amir masih mencari kata2 yang sesuai.  Dia tidak mahu kekeruhan terhambur daripada lidahnya.  Dia tidak bersedia melukakan hati Wardah.

Amir, nyatakan apa sebenarnya awak sembunyikan daripada saya.  Saya mahukan kebenaran.   Wardah masih tidak puas dengan jawapan Amir.  Amir akur, wanita memerlukan penjelasan atas setiap jawapan.  Kadang2 mereka jauh lebih mengerti.

Wardah, saya rasa saya tidak asing lagi bagi wardah.  Saya tidak akan menyatakan sesuatu melainkan untuk kebaikan kita.  Kadang2 kebaikan itu pahit, bukan?  Emosi mula menguasai jiwa.  Amir cuba mengawal gelodak yang kian bergelora.

Cinta itu buta, ia menyubur tanpa batas dan sempadan, ia hadir tanpa suara.  Adanya dapat dirasa.  Amir akur dalam kepayahan itu.  Biarpun kasih sayang itu anugerah Tuha.  Tetapi manusia tidak lemah untuk menilai.  M anusia mampu mengikut rasa hati dan perasaan.  Apabila akal dan ilmu memandu hati, tiada lagi cinta buta.

Jadi, awak tidak akan membuat keputusan sekarang?  Awak mahu saya terkapai2 dalam seribu pertanyaan?  Bukankah itu satu penderaan?  Dalam diam ombak cinta menghempas ganas dalam helus nafas yang pasang surut di dada.  Saat itu, kebijaksanaan Amir bagai air beku di dalam sebuah vakum.  Wardah masih mengharapkan terluahnya sesuatu.

Wardah, siapakah saya sebenarnya untuk mengatakan Wardah milik saya?  Siapakah saya untuk mengisytiharkan bahawa kita akan bersatu dan kekal selamanya dalam ingatan?   Siapakah saya untuk menyatakan jodoh sudah tetap antara kita?  Adakah saya punya kuasa untuk menetapkan suatu yang belum pasti?  Bukankah kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukannya?

Diam.

Wardah kelu.

Kata2 Amir menghiris kalbunya.

Wardah kita sudah dewasa dan masing2 ada tanggungjawab yang berbeza.  Kita punya tanggungjawab sebagai seorang anak, kawan juga sahabat.  Kita juga seorang yang beragama, sekali gus pendokongnya.  SEmua watak ini perlu kita sempurnakan berdasarkan ilmu yang kita ada.  Lihatlah kedudukan kita sekarang.  Bukankah kita kini mahasiswa, penuntut ilmu?

Adakah itu bermaksud awak tidak suka dengan hubungan ini?

Tidak! Saya bukan tidak suka malah…Amir cepat2 memotong.

Malah apa Amir?  Suara Wardah menekan.

Wardah, saya bukan tidak suka tetapi saya mahu menjaga kesician hubungan ini.  Saya tidak mahu hubungan ini tercemar dengan tindakan yang terkeluar daripada batasan sebenar.  Jangan kerana cinta semuanya kita lupa.  Jangan kerana kekasih tumpuan kita dan niat kita hilang.  Utamakan apa yang lebih utama.  Lihatlah jalan yang harus kita lalui dahulu, jalan seorang penuntut ilmu.  Terlalu banyak kesungguhan yang perlu kita curahkan.  Bahkan masih ada di sekitarnya tanggungjawab yang mengharapkan tumpuan dari kita.  Saya bimbang, kita gagal menyempurnakan amanat itu dengan baik.  Amir bersahaja namun kalam itu kuat sekali menusuk ke dada Wardah.  Hatinya terpana dengan realiti yang hampir dirinya alpa.

Ingat Wardah, tidak berhubung bukan bererti putus.  Berenggang tidak bererti benci.  Kerana kasih yang sejati itu lahir daripada keimanan.  Cintailah seseorang kerana Allah.  Benci kerana Allah.  Bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya.  Jangan jadi seperti mereka yang mabuk dengan cinta nafsu.  Bertemu dan bermesra.  Berpimpin tangan dan berpasang2.  Itulah kebiasaan yang salah.  Tiada bicara yang terpantul dari bibir Wardah.   Hati Wardah lemah. dia terpaksa membenarkan setiap kalimah itu.  Dia tahu, dia tidak mendapat apa2 keputusan dari lelaki itu.  Egonya terlalu melangit.  Sekarang akal warasnya memaksa diri sendiri menyatakan bahawa dirinya telah silap.

Amir, saya mungkin tersilap.  Awak sudah banyak membuka kesamaran dalam hidup saya.  Baiklah, saya mengerti mengapa awak tidak mahu berterus terang.  Kerana kita tidak tahu adakah jodoh untuk kita bersama.  Andai kita terpisah nanti, sekurang2nya kita tidak terlanjur dalam menyatakan sesuatu.  Saya mengerti Amir, maafkan saya.

Wardah, ikatan dengan kata2 belum terjamin.  Tetapi kalau hati telah tetap dan muafakat, berdoalah semoga esok masih ada hari untuk kita bersama.  Akui bahawa kalau sudah jodoh tidak akan ke mana.  Tidak lari gunung dikejar.  Namun, selagi kita berdiri sebagai seorang pelajar, penuhilah tuntutan itu.  Yakin dan pastilah masa untuk kita bersama pasti akan tiba…

Baiklah Amir.  Sekiranya ada lelaki lain yang cuba hadir dalam hidup saya, adakah awak akan cuba menghalangnya?  Atau awak akan mengatakan perkara yang sama?  Awak akan bersikap pasif dan tidak akan cuba memenangi hati saya?

Saya tidak akan menghalang.  Saya akan berserah kepada takdir.

Aduh!  Hati Wardah dicengkap perit mendengar kata2 itu.  Amir tetap bertegas dan pendirian itu tidak akan runtuh.

Baiklah.  Biarkan bahtera hubugnan ini berdasarkan takdir nakhoda yang tercatat.  Andai penghujung ini sampai ke pulau bahagia, kita akan bersyukur.  Namun, jika bahtera itu karam di lautan.  Saya tetap mengharap agar hati kita terselamat dari kelemasan.  Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sana, Wardah menutup kata.

Klik.  Talian terputus.  Amir berasa nafasnya bagai dicabut.  Itukah ucapan perpisahan sebelum dia terbang ke Cairo?  Hatinya mula meretak dan atmanya berasa longlai.  Dia tidak tahu.  Adakah hatinya kecewa dengan prinsip sendiri atau bagaimana.  Mahu tidak mahu hanya itulah pilihan yang perlu dia lakukan.  Demi kebaikan dirinya dan Wardah.

Adakah ini keputusan yang salah?  Oh Tuhan, sesungguhnya aku tidak tahu apa yang aku lakukan.

Barang2 yang mahu dibawa sudah siap semuanya?  Mama membuka bicara.  Wanita yang berumur 56 tahun itu nampak teguh.  Dalam kedut usia melebihi separuh abad, dia tetap setia mengharungi kehidupan di sisi abah.  Mama mendirikan rumahtangga semasa berusia 20 tahun.  Dia banyak bersusah payah mendidik anak2.  Abah sibuk mencari rezeki tidak mempunyai waktu yang luas untuk anak2, hanya mama yang banyak membina peribadi ketiga-tiga orang anaknya.

Mir, jangan lemah semangat semasa berada di sana.  Ingat, kamu anak lelaki sulung dalam keluarga selepas kaklong.  Walaupun kaklong anak sulung, tetapi sebagai anak lelaki tunggal kamu menanggung banyak tanggungjawab keluarga.  Kaklong Hafizah n=mengingatkan Amir supaya menjadi lebih positif terhadap masa depan.  Dia mahu adik lelaki tunggalnya itu menjadi kuat dan teguh.

Anak abah tidak boleh lemah semangat.  Jangan kerana putus cinta segala2nya jadi kabur.  Sebenarnya abah bersyukur dengan keadaan kamu sekarang.  Abah meluahkan sesuatu yang belum pernah dinyatakan.  Amir diserbu persoalan.

Kenapa abah cakap macam ni?

Sebenarnya abah dan mama mengharap kamu mencari pasangan hidup selepas tamat belajar.

Amir, kaklong harap selepas ini kamu buatlah pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.  Ini bukan satu persoalan yang mudah, jadi Amir kena banyak berdoa dan bersolat istikhorah, kaklong menambah. 

Amir sekarang perlu habiskan pengajian sebaik mungkin.  Kalau ada calon yang sesuai, maklumkan pada keluarga dan kita akan uruskan bersama, ok?  Abang Hasan mencelah sambil tersenyum.  Amir membalas senyuman tiu.   Erma, adiknya tersengih.  Mama dan abah juga tersenyum.  Fikiran Amir masih tidak berpijak di bumi.

Rasanya selama ini Amir tidak pernah tanya sepatah pun apakah kriteria calon menantu yang diingini oleh mama dan abah.  Mungkin Amir rasa perkara ini terlalu peribadi.  Tetapi inilah masanya Amir minta pandangan mama dan abah.

Abah terpegun.  Dia melipatkan akhbar dan memusingkan tubuh.  Mama tersenyum kosong.

Amir, seorang ibu tidak mahu melihat anaknya kecewa.  Malah mama sendiri tidak berharap agar hubungan Amir dan Wardah akan terhenti di tengah jalan.  Cuma mama berdoa jika Amir memilih calon isteri biarlah yang memahami agama dengan baik. 

Mama tidak akan tentukan siapa calon isteri Amir.  Siapa calon isteri Amir, pilihan sepenuhnya di tangan Amir.  Cuma…mama terhenti di situ.

Teruskan mama.   Kalau ada apa2 beritahulah Amir.  InsyaAllah Amir akan cuba fahami.  Amir tahu mama agak keberatan berterus terang.

Begini sebenarnya Amir.  Abah membuka suaranya yang tertahan.  Amir kena fahambeberapa perkara.  Selaku anak lelaki tunggal dalam keluarga Amir kena bersedia untuk ambil tanggungjawab menjaga ibu bapa di hari tua.  Kak Long ada suami dan tidak boleh berkhidmat sepenuhnya untuk mama dan abah.  Begitu juga Erma, dia juga akan mempunyai suami dan perlu berkhidmat untuk suaminya.  Itu adalah aturan yang ditetapkan oleh agama.  Tiada orang yang layak mengambil tanggunjawab ini kecuali anak lelaki abah seorang sahaja.  Kami mahu Amir fikirkan hal ini dengan baik.  Ia berkait rapat dengan pilihan isteri, kerana ia melibatkan hal masa depat.  Abah yakin Amir faham.

Tidak ramai ibubapa yang berpeluang memberitahu perkara ni kepada anak lelakinya.  Sebab itu ramai anak2 selepas berkahwin tidak mengendahkan wbubapa.  Abah percaya Amir bukan begitu, garis di dahi abah bergalur terang.  Amir diam.  Seketika kemudian dia mengangguk.

Panjang umur Amir, Amir sempurnakan niat mama dan abah.  Perbualan tamat di situ.
  

8 Respons to “Warkah Cinta Berbau Syurga”

  1. najibah Says:

    salam buat ummi..

    bestnye cite ni.. makin banyak dah pnulis novel islamik skarang..
    ummi da bace ‘tautan hati’ ngan ‘syabab musafir kasih’ karya fatimah syarha..? besat sgt^infinity🙂

    novel yg sgt berkualiti.. banyak sgt hadis, rujukn kitab n ayat2 quran di jadikn hujah dlm ni.. bile ummi dah x bz, ummi try la bace..

    p/s: kte on my way nk bace ayat2 cinta.. tp terstop.. heh~ bab awal2 cm musan skit.. insyaAllah, nnti kte sambung lagik..

    sirru a’la barakatillah.. wassalam..

  2. Cikgu Says:

    Penulis tu Ustadz kpd Luqman yang mengajar subjek al-Quran dan BA di Maahad Tahfiz Sains Tumpat. Ummi gazettekan sebahagian bab 16 tu kerana ada mesej penting yang ingin Ummi sampaikan kepada anak2 Ummi terutamanya yang perempuan. Tapi Ummi ada sorang je anak perempuan. Belum paham lagi apa yang Ummi nak sampaikan.

    TK juga pd Jeep yg nampak nya satu2nya pembaca setia. Anak2 Ummi yg lain mungkin lebih suka menelefon dari menulis maupun membaca. Tetapi fitrah kita lebih suka menulis dan membaca daripada mendengar dan bercakap hehe😉 …tapi dengar dan cakap juga bila mrk telefon, atau subconsiously mungkin Ummi wish mrk menulis dari menelefon supaya banyak RM yang boleh dijimatkan…wallahualam.

    Aiman baru je rekomen supaya Ummi baca buku2 tu, “… jika Ummi minat AAC katanya Ummi tentu suka”. Tak silap Ummi, penulis tu juga menulis siri cerpen2 yg pernah Ummi baca tetapi ada beberapa fikrah penulis (mungkin?) yang disampaikan melalui salah satu karektor khazinatul Asrar rasanya dalam novel Mawar Berduri dan fikrah yang hampir sama tersampai dalam Hatiku Milikmu yang ummi takla 100% setuju. Namun demikian, Shabab musafir kasih tu dari sinopsisnya macam bagus rasanya ini lain dari yang sebelum2nya yang mempunyai jalan cerita (MB dan HM) yang lebihkurang dapat diagak pengakhirannya. Apapun novel2 tu kira ok la dari novel kontemporari lain yang tidak membawa banyak mesej islami, masih ada banyak mesej lain yang boleh membuat remaja bertaut ke dahan tarbiyyah. Secara umumnya Ummi setuju jika bukunya dibaca oleh remaja Islam kontemporari. Tetapi sebaiknya dianalisis dan sintesis setiap fikrah karektor yang menjadi modelnya. Ambil yang baik, perbaiki yang agak berada di sempadan zon berhati2🙂 .

    Ummi sibuk macam mana sekali pun boleh je ambil masa seminggu separuh hari untuk baca novel atau genre buku yang lain (selain buku akademik huhu itu dah pasti tiap2 hari kene baca). Ummi baca speed reading style je kecuali part yang perlu dihayati Ummi akan baca 2-3X. Kerana itu minat Ummi sejak kecil. Ia boleh membangkitkan semangat untuk buat kerja lain. Masalahnya bila tak ada di depan mata nak mencarinya mmg tak ada masa. AAC tu sebab kebetulan ada di Jaafar Rawas masa cari barang2/buku2 Along di KB tahun lepas. WCBS ni kebetulan Luqman beli bawa balik masa cuti sekolah ni. Yang lainnya mostly baca melalui ebook yang along download dalam Server Z: abah di rumah.

    Sekarang ni Ummi tengah nak baca buku2 Faisal Tehrani dan Nisah Haron. Membaca sinopsisnya saja cukup untuk menarik minat. Dah lama nak baca tapi tak sempat nak membelinya. Ada je online; pun tak sempat nak order. Banyak juga novel/siri cerpen seumpamanya yang kalau rasa nak baca tgh2 boring buat kerja tapi tak sempat cari bukunya di kedai yang boleh kita download dan baca disini. Tapi Ummi lebih suka baca hardcopy. 🙂

  3. FaisaL Says:

    along baca je.. tapi tak tau nak komen.. in fact keluar je entri ni along terus baca.. sebab along ada RSS Reader.. jadi along tahu awal jugak.. tapi jarang along ada idea nak komen.. huhu..

    jazakillahu khairan kathira ummi.. doakan along ye..😀

  4. Cikgu Says:

    takpe ummi teka along baca🙂, Aiman pun mungkin juga pernah masuk dan baca yang lain rasanya belum lagi, takpe Along tumpukan pada exam ye! Maat taufik wan najah dalam imtihan yang mendatang, wahaiyiklana min amrina rasyada, pasti Ummi doakan ikut jadual yang along beri dan setiap saat dan waktu bila ingat kat Along🙂 Tolong doakan bangah gak…dia exam hari ni pukul 9am esok 9am lusa 3pm🙂

  5. FaisaL Says:

    amin.. amin ya Rabbal ‘alamin.. jazakillahu khairan kathira ummi.. terima kasih sangat ummi.. insyaAllah along doakan bangah.. dan semuanya sekali.. amin..🙂

  6. najibah Says:

    salam buat ummi dan semua yg mmbaca..

    one day, insyaAllah.. pasti puteri ummi baca.. lg2 kalau dia baca komen ummi yg terang2 tuju kt dia.. setia sbb x ada bnda sgt nk buat kt rumah ni slain mnjadi baby-sitter yg berjaya..😉 lgpn, masa ni je la nk melancong di alam maya (+ study sikit2) sebelum kna bg komitmen untuk pelajaran..

    watak Khazinatul Asrar dlm ‘Seindah Mawar Berduri’ mmg hampir sama dgn Asiah Yusra dlm ‘Tautan Hati’ (Hatiku Milikmu adlh salah satu bab dlm Tautan hati).. mereka ni ibu-ank.. bila baca Tautan Hati baru tau.. kira Asiah Yusra ni ank yg dpt tarbiyyah sempurna oleh abi dan ummi dia..

    Syabab Musafir Kasih pun best.. pnceritaan dia mula dr Syabab tu kecil sampai dewasa.. watak dia agak realistik dan x lah ‘terlalu sempurna’ mcm Tautan Hati.. ada zaman turun naik nya.. kalau Tuatan Hati, org ckp ‘hadiah untuk muslimah’.. Syabab Musafir Kasih ni, ‘hadiah untuk muslim’ pula kot..🙂 suka kte kalau syabab pakat baca ramai2.. teringin rsa nk mnjejak ke bumi anbiya’ bila baca ni..~

    kte pon slalu baca on9 esp novel2 habiburrahman yg snang nk dpt.. jimat duit slain jarang jg keluar rumah ni.. yg kte rasa betul2 best baru kte beli..🙂 mmg best lg kalau baca hard copy.. but, it’s too difficult for me to get rid of it when started reading.. jd nk x nk, masa cuti je la kte bulih baca novel2 ni.. baca on9 pun salah satu cara untuk kte kawal spya x t’lalu stick kt novel..

  7. Cikgu Says:

    Wsl, nanti jeep berikan link ke eBook Habiburrahman tu ya. Ummi pun begitu juga. Hanya beli yang betul2 best saja supaya bacaan tu boleh dimanfaatkan oleh seisi rumah. Kalau alasan Jeep itu, Ummi pula kalau ada hardcopy jadi salah satu cara kawal tak stick kat komputer kerana perkara2 lain yg hakiki dah cukup banyak untuk stickkan Ummi kat skrin komputer tu hingga mata kadang rasa bersinar2 memancar balik. Adanya hardcopy Ummi boleh baca sambil2 menunggu passenger (anak2) bila jemput mereka dari tusyen dan lain2 urusan yang kene “m e n u n g g u”.🙂

  8. Cikgu Says:

    Salam Long, Along tak on YM, ummi tak paham la sangat URL yg Along sms tu. Kejap lagi Ummi nak g UKM mungkin tak YM sebab line dia slow sangat, selalu ummi on Internet/YM di rumah guna streamyx laju berkali ganda dari Internet UKM – after 10pm dan before 10am. Hehe😀 itu pun cara untuk Ummi stick kat kerja Ummi. Tapi kalau ada perkara penting YM je, kadang dapat gak kat UKM tu, wireless dia kadang ada kadang tak da…sebab Ummi malas sikit menaip guna hp…too time consuming for me unlike org2 muda cam along, angah, bglang🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: