Cukuplah Kau Bagiku

Cukuplah Kau bagiku yang kerdil ini
kerana kutahu milikMu jualah hati-hati ini
serta segala yang ada di langit dan di bumi
malah dia juga adalah milikmu ya Rabbul Izzati.

Izinkan aku melepaskan ia pergi
kerana kelmarin telah kupesani
jangan berlari
jika tak sanggup bangun tatkala rebah ke bumi.

Pun rijal itu ingin mencuba sendiri
maka kubiarkan dia berlari
nanti dengan izinNya jua barang pasti
jalan pulang kan dia temui.

Jika itu pilihan sang rijal
pasti
akan kubiarkan ia pergi
mana mungkin kuhalangi

Walau si kerdil punya hati
hati si kerdil cuma perasaan yang terkunci
campakan saja sang kekunci hati
kerana untuk turut serta tidak sekali.

Si kerdil punya harga diri
walau harganya sekelumit belahan dihujung jari
biar derita melambai-lambai hirisan kalbu
takkan sanggup ku menggadai iman dan yakinku
menongkah arus dari ketentuanMu.

Walau perit yang menghiris derita kian mendalam
biar harus kulepasi talian sulam
ikatan jantung dari kalbu nan kelam
yakinku terhadap ketentuanMu tetap utuh mencengkam.

Biar kasih telah berubah
biar apapun dugaan
aku tetap bersamaMu
aku tetap denganMu
cukuplah Kau buatku
apalah dunia dengan isi-isinya
berbanding janjiMu yang sudah pasti.

Biarpun tiada lagi air mata
untuk menyejukkan jiwa yang lara
biarpun tangan halus itu sudah tiada
untuk bertaut menjalini jari jemari si tua
si rijal kutumpahkan kasih kubiarkan lena
kerana esok dia sendiri kan mencari jalan ke sana
biarpun tanpa sikerdil disisinya.

Kerana kutahu…
dia hanyalah seorang rijal milik Sang Pencipta
seperti juga si kerdil ini
dan segala yang ada dalam hidupku…
adalah milik Sang Pencipta pemilik alam buana.

Ya Rabbul Jalil
baikkanlah segala urusan kami
berikanlah kami rezeki yang halal dan berkatilah kami.
Masukkanlah kami
dalam golongan orang2 yang bersyukur dan bersabar
untuk mendapat keredhaanMu
Ya Rabbul ‘Alamin.

Ternukil rasa hati seorang ibu tua
pada malam 20 rejab nan indah ini
kerana kau lebih meyakininya
biar apapun halangannya, kuah tetap kan tumpah ke nasi
kasih dan maafku adalah milikmu sehingga akhir hayatku
biarpun tatkala tanah merah mencengkam tulang belulangku
yang kian hancur dihimpit sepi.
hanya satu pintaku
usahlah dikocak lagi
air yang mulai tenang
biarkan sikerdil bertafakkur
bertemu janji dengan Sang Pencipta
ukirkan sendiri alur lurus menuju
syurga impian kalian
ibu tidak mahu
dipersalahkan lagi
cukup-cukuplah sekadarnya
biarkan ibu bertemuNya dalam ketenangan
membawa sebeban lumpur
agar sudi Sang Pencipta mengalirkan air jernih
buat menghapus lumpur dosaku 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: