Cukuplah Kau bagiku II

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa diri ini membina kekuatan
atas kesengsaraan mereka itu
apakah mungkin insan hina ini tidak punya perasaan?

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa diri ini merasa benar dan diredhai
malah diri ini cukup tahu
betapa hina dan jauhnya aku dari redhoMu
maka ku merayu barang sekilas jua
pandanganMu

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa aku yang menzalimi jiwa mereka…
walhal menagih kasihMu saja belum juga aku layak

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa kami ini golongan yang membina kegembiraan,
di atas alir tangis insan hina yang lain
apakah mungkin orang hina mampu menghina yang mulia?

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa kami ini golongan yang lagaknya shadid
di atas kekeliruan org lain
ampunilah diri ini jika sungguh kami berlagak shadid

Cukuplah Kau bagiku
tatkala dia melemparkan tuduhan
bahawa kami ini mengaku kononnya
golongan yang ditarbiyah
malah kerana tinggi dan mulianya mereka lah
maka kami yang tidak berilmu ini tidak layak bagi mereka
bukankah dia yang pernah mengimami solat kami
kerana kami lebih memuliakannya
atas ketinggian ilmunya itu?

Cukuplah Kau bagiku
tatkala mereka melemparkan tuduhan
bahawa kami ini
sanggup bangun di atas kepincangan manusia lain?
jika sungguh yang demikian
Kau jua yang Maha Mengetahui isi hati kami
jika sungguh yang demikian
pandangan mereka terhadap kami
maka apa lagi perlunya
berkata2
setelah kata-kata itu dilemparkan apa lagi yang ada?

harga diri lenyap ditelan kata-kata sang puteri kayangan
katanya diri ini kononnya berlagak shadid…
jika benar katanya, sungguh memang diriku insan yang hina.
tak sedar diri rupanya…ampunilah diri ini.

Aku hanya sekadar melaksanakan
tindakan di atas istikhorahku
yang dia juga menyarankannya
apakah zalim tatkala melaksanakan ketentuanMu?
apakah tidak zalim jika bertanya dan apabila diberi jawapan menjauhinya?
Kau juga yang mengetahui segala-galanya
Cukuplah Kau bagiku

Ampunilah daku tatkala dulukala
aku mengambilmudah petunjukMu
sepertinya tidak nampak
kerana terserlah apa yang diinginkan
tak sanggup mengecewakan

kini kutahu
kemuliaan mereka tidak layak bagi kami
kami hanyalah insan hina
yang tiada tandingan dengan mereka
kami tetap memandang tinggi kemuliaan mereka
walau apa pun pandangan mereka terhadap kami
kami hanyalah hamba milikMu
yang mengharapkan ehsan dariMu.

3 Respons to “Cukuplah Kau bagiku II”

  1. catatan seorang pengemis.. Says:

    […] – dipetik daripada blog seorang ibu muliayang tidak pernah kerdil pada mata anaknya dalam entri Cukuplah Kau bagiku II […]

  2. Cukuplah Kau bagiku.. « catatan seorang pengemis.. Says:

    […] – dipetik daripada blog seorang ibu muliayang tidak pernah kerdil pada mata anaknya dalam entri Cukuplah Kau bagiku II […]

  3. mujahidah Says:

    panah sajak bukan untuk ummi mulia yang melahirkan rijal
    malah bukan buat rijal yang sedia dlm medan tempurku yg sama
    tetapi buat sang musuh yang telah siap memanah bertubi-tubi menanah hati
    beratus ujian besar mengekori langkah ini.. jgn direjam pada dada kerna ia bukan milikmu
    Allah yang Maha Tahu..kuatkan kami

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: