Lagakku walau kini ia bukan pula untukku

Setitis air mata yang jatuh keribamu
sehiris sembilu menusuk kalbuku
kerana selagi ada kasih pengikat rindu
selepas Sang Pencipta dan utusan Rabbku
kesemuanya kini hanya untukmu

Bawakan rinduku terbang bersama kepusaramu
Kerana aku sendiri dicengkam kerana dosaku
biar ku cuci bersih dahulu
diri ini agar syadid bukan hanya lagakku

Kuterima teguran itu
penuh keinsafan namun kudratku
serasa tiada momentum untuk berdiri lagi
semacam jasad dicengkam bumi
apalagi kudrat untukku berlari

Perihal kemuliaan usah disebut2 lagi
kerana ‘lagak’ itu tidak melayakkan aku
menjadi seorang ibu
biarkan aku mencari diriku

Biar kukembali dari sifar menuju jalanMu
mencari yang jelas putih menuju Rabbku
kerana yang dulu hanya
lagakku sahaja

Apapun usah kau yang merasa beban akan dosaku 
Walau aku tidak layak menghulurkan padamu
Kau masih punya Sang Pencipta Kudus
Kau mujahid pejuang yang ikhlas

Kasihku kan sentiasa bersamamu
dimana dan apa jua keputusanmu
Walau hanya lagak yang ada padaku
kau sentiasa penyejuk hatiku
selamanya mutiara hatiku

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: