Seputar Membicarakan Soal Hati

Izinkan ibu tua bertanya
kan dulu ibu dah kata
usah berlari
jika belum sedia
untuk bangun andai kau rebah.

Kini kau jatuh
ibu tua juga yang dipersalahkan
mungkin hati kecil kau berkata
mengapa ibu biarkan kau berlari
sedang kau belum pun mampu merangkak.

Sebabnya kau yakin
kau boleh sampai ke situ
dalam masa yang terdekat
Namun kuasa Rabbul Jalil
mengatasi segala2nya.

Belum pun kesampaian
kau bukan sekadar jatuh tergolek
malah menara kaca yang kau bina itu
jatuh terhempas
habis berkecai.

Nah kau salahkan ibu lagi
mengapa ibu tak jaga menara kita?
maafkan ibu nak
tiadalah kudrat ibu tua ini
mampu lagi memenuhi harapanmu.

Kerana itulah ketentuan dariNya
biarpun pelbagai tohmahan
yang dilemparkan sang puteri kayangan
ibu terima
ibu redha

Maafkan ibu nak
kerana mengecewakanmu
ibu terpaksa
kerana itu kehendakNya
yang mengatasi kehendakmu.

Maafkan ibu nak
ibu tahu kau amat kecewa
berkata-kata pun kau tak mau lagi
ibu akur
ibu pasrah
ibu kan terus berdoa
moga satu hari nanti
kau kan mengerti jua
dan satu hari nanti
mereka juga kan mengerti.

Maafkan ibu nak
bukan niat ibu
untuk mengecewakanmu
setitis air mata yang jatuh keribamu
sehiris sembilu menusuk kalbu ibu

Maafkan ibu nak
tapi kau seorang rijal
buatlah keputusanmu sendiri.

Redha ibu
tetap bersamamu
apapun keputusan
yang kau simpulkan.

Ya Allah, ibu tua ini
memohon padamu Ya Rabb
dari kebaikan semuanya
yang segera dan yang terkemudian
yang ku ketahui dan tidak ku ketahui.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: