Mutiara yang hilang

Tinggi nilai mutiara dek terbenam di dasar lautan
mentari pun kubiar bersembunyi di sebalik awan
pelangi pun tiada seusai menyusul deras titisan hujan 
cuma kelam malap percikan cahaya rembulan 

Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja mengatakan “Kami beriman”, sedangkan tidak diuji?  Dan sesungguhnya Kami menguji orang2 sebelum mereka, sesungguhnya Tuhan mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta [Al-Ankabut:2-3]

Beruzlahlah mentari merah ke langit atas
manfaatkan setiap nafas
moga terhindar terus
dari yg menyebabkan hati menjadi keras

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagimu, Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui [Al-Baqarah:216]

Mudah2an dapat menjaga harga diri
dari hal2 yang rendah dan hina
hiduplah dalam batasan hari yang sedang kau lalui
cukup-cukuplah yang kau tangisi
tak hilang mentari pun kuketahui manfaatnya

Tuhan tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya [Al-Baqarah:286]

Beruzlah mujaheedku jika itu kau perlukan
Kembalimu kelak moga membangun
biara kewibawaan
dengan jiwa besar dihiasi kemuliaan

Jangankah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu orang-orang beriman [Ali-Imran:139]

Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yang berkebajikan dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan serta bertakwalah kamu kepada Tuhan supaya kamu berjaya mencapai kemenangan. [Ali-Imran:200]

Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk [Al-Baqarah:45]

Sesungguhnya Tuhan membeli daripada orang mukmin diri dan harta mereka dan memberikan syurga bagi mereka [At-Taubah: 129]

Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Tuhan itu melainkan kaum yang kafir [Yusuf:87]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: