Pasrah Segalanya

P

Pernah hati ini terguris,
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris,
Sehingga terasa diri ini hina,
Kerna tiada siapa yang sudi membela..
Kutabahkan hatiku harungi hidup,
Biarpun tiada siapa yang menemani,
Keseorangan aku di lautan sepi,
Ditinggalkan mereka yang aku percayai..
Namun ku tahu ada hikmahnya,
Setiap segala yang menimpa diri,
Kuserahkan segala padaMu Tuhan,
Yang berkuasa jua mencipta,
Kerana engkau Maha Mengetahui,
Segala apa yang terbuku di hati..
Ya Allah tidakku terdaya lagi,
Menahan dugaan yang mencabar ini,
Terasa bagai noktah telah kutemui,
Mengakhiri segala yang telah aku mulai..
Ya Allah engkau lindungilah aku,
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman,
Agar tabahku menghadapi dugaan,
Agar tidakku berhenti di pertengahan..
Kini di sini aku berdiri,
Bersama harapan yang tulus suci,
Agar terbitlah kembali menteri pagi,
Setelah malamku berkalut benci 

2 Respons to “Pasrah Segalanya”

  1. najibah Says:

    “Selangkah ke alam perjuangan, bererti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa, bila ditinggalkan kerana Allah, daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kta xsanggup selamanya terluka, tapi ingatlah, setiap titisan darah daripada luka dan air mata, itulah mahar kta ke syurga. Ditanya mengapa berjuang itu pahit, jawabnya kerana syurga itu manis…”

  2. Cikgu Says:

    Sepi gagal bertandang tatkala jiwa sarat menabur dan membajai alur dan lorong yang perlu ditempuhi derap2 perjuangan namun tatkala lalai barang sesaat cuma pasti ia menyusup masuk terus ke kalbu. Jazakillahukhairan kathiran atas kata2 semangat yang mampu menyemarakkan semula perjuangan yang turun naik. Kekuatan datang dengan berjemaah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: