Archive for Ogos 2008

Ramadan 2006 (AsSajdah:1-22) by Al-Afasy

Ogos 31, 2008

Kuliah Subuh Ramadhan 1429H/2008 di Surau AnNur

Ogos 31, 2008

Ramadhan Kareem buat semua pembaca.  Untuk makluman anakanda semua samada yang tinggal dengan Ummi di Bangi, atau yang tinggal berjauhan d UIA, USIM, UA, SMKJ3, MTS, MTQ serta anakanda di UKM (Fazleen dan sahabat2 Pendidik, FPEnD, ISI dll; Saibah mungkin dah tak sempat) yang Jeeb di UIA, Permata Biru di Sabah  dll mungkin jauh sangat kot, lagi pula kat UIA Gombak, PJ dan Nilai serta USIM banyak gak program yg best2 dan sahabat2 semua (Aidah, Aisyah, Lin, Naim, Kak Ela, Ros, Salina, Zana, Ismah dll) dan khas untuk memperingatkan Ummi yg sering lupa.  Mohon dipanjangkan pada yang tinggal berdekatan An-Nur.

1 Ramadhan Isnin (1/9/08)       YB Ust. Mohd Nasir Zakaria (Pdg Terap)

6 Ramadhan Sabtu (6/9/09)      Ust. Nik Zawawi Saleh

7 Ramadhan Ahad (7/9/08)       Ust. Rashidy Jamil

13 Ramadhan Sabtu (13/9/08)  Ust. Azrul Hakim

14 Ramadhan Ahad (14/9/08)   Ust. Yusaine Yahya

17 Ramadhan Rabu (17/9/08)   Ust. Abdul Ghani Abd. Rahman

20 Ramadhan Sabtu (20/9/09)  Ust. Abdullah Mohd Isa

21 Ramadhan Ahad (21/9/08)  Ust. Subki A. Rahman

27 Ramadhan Sabtu (27/9/08) Dr. Badrul Amin Baharun (qiam mula awal pagi)

28 Ramadhan Ahad (28/9/08)  Ust. Zahazan Mohamad

 

Semoga adanya jadual ini dapat kita sama2 ingat-mengingati serta memberi kekuatan sesama kita dalam menghadiri majlis ilmu.  Kata Ust. dalam kuliah subuh tadi (huhu kitorang datang lambat subuh kat rumah jadi tak sempat dengar nama ust. tu, Aiman kalau ingat nama ustaz tu tolong beritau Ummi kat sini atau kat rumah ye – nak tambah2 lagi pun dialu-alukan!), “3 perkara yang Allah tak tolak apabila hambanya berdoa di malam hari dalam bulan ramadan – apa yang dihajatinya, taubatnya dan permohonan ampun dariNya”.  Artikel dari blog Dr. Maza tadi juga ada membincangkan perihal doa kita yang tidak ditolak tatkala diucapkan semasa berbuka puasa.

Wallahualam.  Sama2 kita rebut peluang yang terbuka luas, belum tentu selepas ini ada lagi peluang ini.

`uMMi`

Adab Berbuka Puasa – Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

Ogos 31, 2008
Penulisan ini petik sepenuhnya dari blog dr.maza.com yang ditulisnya pada Aug 29, 2008 dibawah kategori Ibadat |

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):

    “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”

    (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

  2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

    “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

    (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

    Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

    “Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

    (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

  3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

    “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Riwayat di atas juga menambah:

    Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

    (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

    Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

    “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”

    (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

    Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

    Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

    “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

    (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

  4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

    Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

    (Surah al-`Araf:31).

    Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

    “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

    Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

  5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

    “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

    (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

    Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

    ”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”

    (Faidh al-Qadir, 2/500).

    Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

    “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

    (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

    Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

  6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:

    “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

    (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

**Artikel yang dicadangkan untuk bacaan bersempena dengan Ramadhan ini ialah “Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah”. Sila klik di sini untuk artikel tersebut.

– dari blog Dr. Asri Mufti Perlis

Gerhana Bulan 17 Ogos 2008 bersamaan 15 Syaaban

Ogos 16, 2008

Assalamualaikum wbt.,

Ummi dapat pesanan dari guru talaqqi Ummi Ustz Zawiah dari Akademi Akrab semasa halaqah Jumaat tengahari semalam, yang mendapat pesanan dari gurunya semasa kelas pembelajarannya pagi itu 11-1 tghari yang mohon di sampai2 kan agar kita pastikan bangun berqiam kerana insyaAllah gerhana bulan akan terjadi kira2 jam 3 pagi waktu Malaysia 17 Ogos 2008 bersamaan 15 Syaaban di mana pada masa itu pintu2 langit terbuka, doa2 kita terus dipanjatkan kepada Rabbul ‘alamin.  Wallahualam.  berikut Ummi dapatkan video simulasi kejadiannya.

Jika peristiwa gerhana matahari pada 1 Ogos 2008 yang baru berlalu kita terlepas maka ini yang jatuhnya pada hari cuti perlulah kita bersedia untuk pastikan dapat bangun dengan berdoa bersungguh2 malam ni lepas baca2 yasin banyak-banyak (sekali pun tak apa, atau surah mana2 pun sempena nisfu syaaban ni – ustazah kata takape jangan difikir2kan ttg bidaah, bidaah hasanah yang baik2 teruskan aje) masa nak tidor agar dibangunkan untuk qiam nanti dan melihat sendiri peristiwa kebesaran Allah itu.

Menurut blogger Indonesia di Karo Cyber Community, saat 17 Ogos 2008 yang jatuh pada hari Minggu, saat Tanah Air Indonesia tepat berusia 63 tahun, pada hari itu akan juga terjadi fenomena alam gerhana bulan.

“Betul, nanti akan mulai gerhana bulan sebagian. Artinya, permukaan bulan tidak gelap total”, ujar Ketua Jogja Astro Club Mutoha ketika dikofirmasi detikcom tentang fenomena alam pada HUT Kemerdekaan RI itu, Rabu (13/8/2008).

Mutoha menjelaskan, tahapan gerhana bermula pada pukul 01.23 WIB, (di Malaysia kita kira-kira jam 3 pagi nanti I.A.) saat bulan memasuki bayangan penumbra (bayangan kabur) dan belum pernah dilihat mata. Posisi bulan pada saat itu berada di langit barat.

Kemudian, lanjut dia, pada pukul 02.36 WIB sampai 05.45 WIB, bulan masuk bayangan umbra (bayangan inti yang berada di bagian tengah, sangat gelap).

“Saat bayangan bulan masuk umbra, bisa dilihat dengan mata telanjang,” jelas Koordinator Lembaga Ru’yatul Hilal Indonesia ini.

Kerana pada hari itu sepatutnya bulan berbentuk purnama, dengan adanya gerhana sebagian, maka bentuknya seperti bulan sabit. Maklum, sebagian permukaan bulan tertutup bayangan bumi, atau kata orang zaman dulu, sebagian bulan ‘dimakan’ Buta Kala.

“Nggak sabit banget sih. Lingkaran bulan sama lingkaran umbra, diameternya besar lingkaran umbra. Agak seperti kapal. Hanya sisi bagian utara cukup terang. Sebelah selatan mungkin 80 persen tertutup, masuk ke bayangan umbra. Harusnya itu bulan purnama,” papar Mutoha.

Setelah bayangan umbra dilewati, imbuhnya, proses gerhana berakhir pada pukul 05.45 WIB, karena langit sudah terang. “Kontak terakhir pukul 06.54 WIB. Bulan sudah tenggelam,” tutur anggota Badan Hisab Ru’yat ini.

Satu lagi maklumat yang baik mengenai gerhana bulan ini Ummi dapatkan dari laman sahabat maya dari Indonesia juga iaitu di catatan seorang muslim.  Ummi copy paste juga di sini selain pautan yang disediakan ke situ. 

 

Setelah gerhana matahari pada tanggal 1 Agustus 2008, maka di bulan yang sama (Agustus) terjadi gerhana yang kedua. Gerhana Bulan insya Allah akan terjadi besok tanggal 17 Agustus 2008 (di Indonesia). Wahh asyik juga .. malam 17-an, tirakat sambil nonton Gerhana Bulan.

 

Secara global gerhana bulan terjadi pada tanggal 16-17 di seluruh belahan dunia. Gerhana ini hanya sebagian (bukan Gerhana Bulan Total), namun mendalam dan sangat berarti. Dapat disaksikan dari seluruh bagian dunia, kecuali Amerika Utara.

JIka Gerhana Matahari hanya dapat dilihat secara langsung oleh sebagian kecil manusia, gerhana bulan dapat disaksikan oleh siapapun yg ingin melihatnya. Peta berikut memperlihatkan bagian/ daerah mana di dunia yang akan dilewati gerhana, serta ketika bulan terbit atau tenggelam selama fase-fase gerhana. Hanya Amerika Utara saja yg tak terkena gerhana. Berikut peta bumi yang akan dilewati oleh Gerhana Bulan ini,

.

Bulan memasuki “penumbra” bayangan bumi saat 18:23 Universal Time (UT) atau 01:23 wib (tengah malam). Ketika semakin banyak bagian rembulan masuk ke bayangan bumi (penumbra), maka terjadinya gerhana akan terlihat.

Bulan akan masuk ke bayangan gelap (umbra) saat 19:36 UT (02:36 wib), gerhana bulan sebagian pun mulai. Puncak gerhana terjadi 94 menit kemudian, pukul 21:10 UT (04:10 wib). Pada saat ini 81% bulatan rembulan berada di dalam umbra. Kemudian pelan-pelan rembulan meninggalkan umbra. Umbra lepas pukul 04:45 wib setelah lebih dari 3 jam sejak dimulainya gerhana. Bulan meninggalkan fase penumbra saat 06:57 wib. Sudah pagi dan di sebagian kawasan di tanah air, bulan sudah tenggelam.

Menurut ramalan astronomi, dalam waktu dekat tak ada gerhana bulan, sampai Desember 2010.  Wallahu a’lam.

Pertunangan Bukan Lesen ‘P’

Ogos 3, 2008

Kiriman: UstFauziAsmuni pada 14/06/08 dari laman web ISMA

Rasanya rata-rata pasangan yang sedang di dalam tempoh pertunangan akan menghadapi masalah mengawal batas-batas perhubungan di antara pasangan. Kalau sebelum bertunang segala-galanya jelas; tidak boleh dating, tidak boleh berbalas sms, tidak boleh tegur menegur ikut suka dan sebagainya, tetapi di dalam tempoh pertunangan ianya akan menjadi sedikit kelabu.

Komen Ummi: Setuju

Mungkin sebab itulah agaknya sebahagian ibu bapa lebih suka menangguhkan majlis pertunangan dan melewatkannya sehingga hampir-hampir hari pernikahan. Ibu bapa tidak yakin agaknya anak-anaknya yang wara’ ini boleh mengawal perasaan dan jiwa mudanya ketika tempoh bertunang. Sebelum ini saya lebih suka jika mana-mana pasangan yang telah nekad untuk hidup bersama melangsungkan pertunangan rasmi agar setiap pasangan merasai sedikit komitmen dan menyediakan diri untuk perkahwinan itu. Tetapi setelah melihat beberapa kes yang berlaku kepada beberapa pemuda-pemudi wara’, rasa seperti saya terpaksa menyokong pula pandangan kebanyakan ibu bapa.

Komen Ummi: Setuju tapi kadang mungkin ibubapa dikatakan over syadid tak percaya dgn anak2 sendiri

Pertunangan dalam erti kata mudahnya adalah satu proses menanda bahawa diri ini sudah berpunya. Sebab itu lepas seseorang bertunang, dia akan pakai satu cincin yang di dalam masyarakat kita dikenali sebagai cincin tanda. Kalau orang Arab, mereka akan memakai cincin tersebut di jari tertentu untuk menunjukkan bahawa dia sudah bertunang. Kalau sudah berkahwin, cincin dipakai di jari lain. Dalam erti kata mudah kita kata pertunangan ini hanyalah satu proses ‘cup’ sahaja.

Komen Ummi: Pheww…macam dejavu cuma ‘cup’ tu dibaca ‘cop’

Ada atau tidak apa-apa komitmen semasa tempoh pertunangan? Jawapannya ada tetapi amat sedikit. Lelaki tidak wajib memberikan nafkah. Wanita pula tidak wajib taat dan minta izin ke mana-mana dari tunangnya. Lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. Jika putus tunang, tidak ada eddah dan tidak juga perlu untuk pulangkan kembali hadiah-hadiah pertunangan kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. Komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi. Lelaki mungkin boleh meminang orang lain sebab syarak benarkan dia untuk berkahwin empat, tapi macam gelojoh sangat pula jika si lelaki meminang lebih dari seorang wanita semasa masih bujang.

Ini semua kerana pertunangan bukan perkahwinan. Bezanya amat jauh. Kebenaran yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bertunang tidak sama dengan kebenaran kepada orang yang sudah berkahwin. Permilikan mutlak masih lagi belum berlaku. Maka batas-batasnya sama seperti orang-orang bujang yang lain. Si wanita pada tunangnya adalah orang asing. Kalau si wanita jumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan masih lagi belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. Nak panggil ayah mungkin boleh tapi tak payahlah kot, macam mengada-ngada rasanya. Tidak ada ikatan lagi. Bahkan sebenarnya ayah lelaki tersebut boleh berkahwin dengan tunang anaknya itu kalau putus tunang.

Oleh itu kena kuatkan iman sepanjang tempoh pertunangan. Nak bercakap-cakap boleh kalau ada sebabnya dan dengan adab-adabnya. Ada orang tengah seperti ada ahli keluarganya sekali. Begitu juga berutus sms atau email. Dating tidak sama sekali. Keluar makan sama-sama juga tidak sama sekali.

Saya pernah melihat satu kes di depan mata saya sendiri di mana seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita. Dia menziarahi keluarga wanita tersebut bersama keluarganya. Sampai situ ok lagi. Tiba-tiba lelaki tadi memanggil wanita, tunangnya itu dan meminta tuangkan air. Ya salaammm. Tak bolehlah macam tu. Dalam satu kes yang lain pula lebih berat dari itu, si wanita memanggil tunangnya dengan kuat di hadapan semua ahli keluarga ‘ABANG’. Belum jadi ‘abang’ lagi saudari! Sabarlah sikit. Jangan tunjuk sangat depan orang. Semua orang tahu awak tu tengah seronok.

Kesimpulannya jagalah batas-batas dengan tunang sama seperti kita menjaga batas dengan orang lain. Ada sedikit tarikan untuk kita mengexpesskan perasaan kita kepada tunang, kawallah perasaan itu. Nanti lepas akad, ungkapkanlah ‘kaulah ratu hatiku’ dan sebagainya.

Bersabarlah sedikit demi sebuah perkahwinan yang Islamik.


Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Sekretariat Perhubungan Luar Negara
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)