Archive for September 2008

PESANAN UNTUK ISTERI PEJUANG

September 16, 2008

Temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab – pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israel yang  disalintampal dari egroups lamanannur, moga memberi manfaat dan membarakan semangat bersama.

 

S: Bagaimana akhlak Abu Syanab?
J: Akhlaknya adalah (berdasarkan) Al Qur’an… Beliau melaksanakan perintah Allah dengan cara yang betul tanpa fanatik membuta. Beliau sentiasa tekun dan memelihara sembahyang, puasa, dakwah dan jihad fi sabilillah. Seringkali beliau berpuasa sunat secara mingguan. Beliau menghafaz 20 juzuk dari kitab Allah (Al Qur’an). Beliau mula mengenali Syeikh Ahmad Yasin (pemimpin utama dan pengasas Hamas) sebaik tiba di Ghaza tahun 1964 dari Mukhayyam An Nusairat, kampung keluarganya.

S: Adakah As Syahid (Abu Syanab) membimbing keluarga dengan baik dan adakah beliau dapat seimbangkan antara tugas-tugas dakwah, politik dan rumah tangga?
J: Alhamdulillah, beliau bukan sahaja membimbing keluarga dengan baik, tetapi cemerlang. Beliau adalah pembimbing keluarga yang terbaik. Sememangnya tugas-tugas dakwah mengambil waktunya, begitu juga dengan politik dan kerja beliau di Universiti Islam. Tetapi bagi kami (ahli keluarga) kami tidak kisah. Bahkan sebaliknya kami sentiasa memberi ruang supaya beliau dapat menunaikan tugas dan kewajipannya dengan sempurna.

Al Marhum bekerja menerusi politik untuk kemaslahatan dakwah dan untuk mencari keredhaan Allah di samping satu khidmat untuk Islam dan umatnya. (Dalam keadaan itu pun) beliau satu haripun tidak pernah alpa terhadap hak keluarganya. Beliau sentiasa bertanya tentang pelajaran dan keadaan anak-anaknya walaupun seketika. Beliau juga sering menziarahi anak-anak perempuannya. ..

Dalam hal mengambil berat terhadap keluarga ini, saya masih ingat ketika beliau dipenjarakan oleh Yahudi pada tahun 1989. Dalam keadaan kami yang sentiasa risaukan keselamatannya yang mungkin beliau disiksa dan sebagainya, beliau masih berkesempatan menghantar pesanan menerusi pasukan Palang Merah bertanyakan keputusan peperiksaan anak-anaknya di sekolah rendah. Sedangkan ketika itu kami tidak dibenarkan melawat beliau.

Dari sudut kerja-kerja dakwah, saya tidak banyak masuk campur urusannya. Tetapi beliau tidak pernah cuai menjalankan tugas tersebut. Ia dilakukan semata-mata untuk keredhaan Allah, di samping menyahut seruan rakan-rakan pejuang.

S: Bagaimanakah detik-detik terakhir sebelum Abu Hasan (Abu Syanab) mati syahid?
J: Detik-detik terakhir seperti biasa sahaja. Sebelum terbunuh beliau sempat membelikan perabut baru untuk rumah kami. Pada pagi kejadian, beliau menunaikan solat Subuh di rumah kerana sebab-sebab keselamatan. Kemudian beliau bersarapan bersama dengan rakan-rakan yang datang menziarahinya. Kemudian beliau duduk berehat seketika dan sempat mandi terlebih dahulu sebelum keluar rumah.

Biasanya sebelum beliau keluar rumah saya akan menasihatinya terlebih dahulu. Contohnya, “Berhati-hatilah, ” atau, “Jangan memandu kereta jika ada helikopter mengekori.” Tetapi pada hari kejadian, saya tidak berbuat demikian kerana merasakan sudah terlalu kerap beliau mendengar pesanan berkenaan dari saya… Perangainya seperti biasa. Pada saat-saat terakhir beliau kelihatan sangat gembira. Beliau berusaha menggembirakan anak-anak perempuannya yang masih kecil dengan membelikan keperluan mereka…

S: Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada wanita yang ingin berkahwin dengan pejuang-pejuang jihad seperti Abu Syanab supaya mereka boleh membantu suami mereka dalam berjihad?
J: Saya tidak suka memuji diri sendiri kerana Allahlah yang terbaik. Tetapi secara realiti, setiap wanita yang ingin berkahwin dengan mujahid dan da’i (pendakwah) di jalan Allah hendaklah membiasakan diri dengan kehidupan mujahid dan kehidupan jihad. Kerana kehidupan para mujahidin adalah kehidupan yang tidak tetap. Rumah tangga hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa jua suasana pada bila-bila masa.

Justeru, mereka yang ingin mengahwini mujahid hendaklah benar-benar faham tugas suami (sebagai pejuang) dan hendaklah bersedia membantu mereka menunaikan tugas mereka. Mereka juga perlu menjadi orang yang sabar dan hendaklah tahu bahawa mereka perlu menerima tetamu pada bila-bila masa. Begitu juga mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindakan Yahudi atau musuh-musuh Islam yang lain sama ada mereka menghalau atau membunuh syahid.

S: Bagaimana puan menerima berita syahidnya jurutera Ismail (Abu Syanab)?
J: Perasaan saya adalah perasaan orang yang kehilangan kekasih. Tetapi saya bangga dan merasa mulia kerana suami saya berhasil memperoleh apa yang dikehendakinya dan dicita-citakan dalam hidupnya.

Saya juga bersedih hati kehilangan orang yang paling saya sayangi. Apapun, kematian boleh datang bila-bila masa. Ada orang mati kerana kemalangan jalan raya. Tetapi suami saya dipilih Allah untuk mati syahid. Saya sangat berbangga walaupun sedih kehilangannya. Saya berdoa agar saya ditemukan kembali dengannya di dalam rahmatNya yang berkekalan (syurga).

Alhamdulillah, kami semua yakin beliau adalah syahid. Kami menerima berita syahidnya dengan bertakbir, “Allahu Akbar, baba telah mati syahid! Allahu Akbar, baba sudah syahid di sisi Allah.”

Anak-anaknya yang lelaki dan perempuan merasa sedih dengan kehilangan bapa mereka, tetapi mereka tetap bersabar dan bertekad meneruskan perjuangan menerusi jalan yang telah dilalui oleh bapa mereka. Bapa mereka adalah model, contoh ikutan, kemuliaan dan kebanggaan. Hidupnya sebagai mujahid dan matinya sebagai syahid, dengan izin Allah.

S: Adakah puan kesal dengan jalan yang ditelusuri oleh suami puan yang diakhiri dengan puan kehilangan suami?
J: Sama sekali saya tidak menyesal! Bahkan ingin saya tegaskan, jalan yang dilalui oleh suami saya adalah jalan yang benar. Saya merasa sangat mulia menjadi isteri beliau. Kalaulah suami saya berada di atas jalan yang tidak benar, tentulah Yahudi tidak menjadikannya sebagai sasaran pembunuhan. Jadi Alhamdulillah pada waktu senang atau waktu susah. Saya sungguh-sungguh berbangga menjadi isteri kepada lelaki seperti Abu Hasan (Abu Syanab).

S: Adakah puan yakin terhadap kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang, khususnya Hamas dalam menuntut bela di atas pembunuhan As Syahid (Abu Syanab)?
J: Ya, pertama sekali saya yakin dengan kuasa Allah. Kemudian saya percaya kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang. Saya tidak mahu (mereka) menuntut bela untuk suami saya sahaja. Tetapi saya mahu menuntut bela untuk dakwah, untuk agama (Islam) dan untuk para syuhada’. Saya berdoa kepada Allah agar pembelaan ini berlaku dengan jalan Allah dan bukannya dengan jalan manusia.

Semua pihak, timur, barat dan Amerika memusuhi kami. Saya berharap agar Allah menunjukkan kepada kami hari hitam buat mereka sebagai satu pembelaan kepada agamanya dan dakwahnya sebelum pembelaan kepada suami saya Abu Hasan (Abu Syanab) rahimahullah. Saya beriman dengan Allah. Kemudian saya percaya akan kekuatan Gerakan Kebangkitan Islam HAMAS untuk membalas dan menuntut bela kerana agama, dakwah dan Palestin dan bukannya untuk suami saya sahaja.

S: Adakah As Syahid (Abu Syanab) sudah dapat merasakan bahawa ajalnya sudah hampir, kerana biasanya pejuang-pejuang mujahidin ini mereka dapat merasakan kedatangan ajal mereka?
J: Sebenarnya, beliau tidak merasa demikian. Tapi boleh jadi juga ada perasaan berkenaan di dalam dirinya. Bagaimanapun, saya dapati beliau sangat senang hati dan terlalu gembira… Saya tidak menyangka itu adalah saat-saat terakhir kehidupan beliau.

Alhamdulillah beliau telah menjayakan cita-citanya iaitulah kegembiraan di dalam hidupnya. Saya berdoa moga beliau bertemu dengan Allah dalam keadaan redha dan mendapat nikmat syurga dengan penuh kegembiraan dan kekal di dalamnya.

Dalam tempuh terakhir itu juga beliau pergi menemui semua orang yang bekerja di rumah dan membayar baki gaji mereka. Orang terakhir menerima bayaran daripadanya ialah Duhan. Katanya, “Awal bayaran kali ini Abu Hasan?”

Beliau menjawab, “Wahai orang muda, ambil hak kamu ini. Seseorang itu tidak tahu bila dia akan mati.”

Alhamdulillah, beliau sempat membayar semua bayaran yang sepatutnya beliau jelaskan dan beliau meninggalkan dunia ini dengan tidak menanggung sebarang hutang. Moga-moga Allah menerimanya sebagai syahid.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ———

 

WASIAT DARI KU BUATMU Sahabat sahabiahku sekalian!

 

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!

 

JIKA DIRIMU SEORANG ISTERI…

 

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA TELAH DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!

PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

 

 

JIKA DIRIMU SEORANG SUAMI…

 

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA  YANG DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….

KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN DAN MEMARTABATKANNYA…

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

  (more…)

Bila Waktu Telah Berakhir

September 12, 2008

Bagaimana kau merasa bangga akan dunia yang sementara
Bagai manakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan diri mu
Bagimanakah bila saatnya waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagi mu untuk kembali mengulang ke masa lalu
Dunia….dipenuhi dengan hiasan
Semua..dan segala yang ada akan kembali pada nya
Bila waktu telah memanggil teman sejati hanyalah
Bila waktu telah terhenti teman sejati tinggalah sepi…

UMMi ada al-Quran terjemahan tak?

September 10, 2008

Pos ini adalah sambungan cerita perbualan di telefon tadi.  Ummi pun taknak panjangkan cerita sebab Along ada assignment yang perlu dilunaskan segera.  Jadi Ummi tulis di sini nanti Along ada masa Along komen ye.  Oh ye, Ummi beritau adik kata Along dah baca post terkini dia.  Dia kata tak nampak Along komen apa2 pun.  (pada dia kalau baca mesti komen, kalau takde komen maknanya tiada pembaca 🙂 )

Berbalik cerita tentang adik dah buang semua cerita kartun dalam blog dia tu, Ummi sekarang teringat2 kata2nya lepas teraweh tadi. Kitorang berdua je malam ni sebab yang lain2 g hantar BangTam g stesen ketapi.

Ummi: Adik dengar je la Ummi baca sambil adik makan kepok tu ye sebab kalau tunggu adik habis makan nanti lewat sangat lak.  Kita baru juz 6 ni orang sume dah juz 8 atau lebih.

Adik: Mi, Mi ada al-Quran terjemahan tak? Adik rasa macam nak baca cerita dia masa Ummi tengah baca Al-Quran Arab tu. 

Ummi: Hmm, takde la plak Dik.  Takpe esok Ummi bawak.

Adik: Al-Quran kecik biru tu terjemahan kan Mi?

Ummi: Aah.  Hari ni adik baca je lah terjemahan surah Yassin.  Ni banyak surah Yassin kat sini.

Adik: Ow.  Itu adik dah habis baca dah semalam.  Adik suka baca makna yang bahasa Melayu dia.

Ummi: Hmm ok2 takpe.  Kita abeskan sikit ni pastu kita balik.

Komen:  Ummi rasa macam tak terkejar dengan kelajuan kematangan anak2 Ummi.  Baru semalam berpeluh2 jawab soalan Along, Angah, Bglg, BgTeh, Bgck, BgTam, akak.  Ini adik pula.  Rasa macam taknak bagi dia matang cepat sangat.  Takut hari ni dia ada di sisi, esok Ummi dah tak ada sesiapa lagi bila dia dah jadi besar cam abang2 dia.  Huhu.  Just my thoughts…Dan dalam berpk2 tu teringat lak lagu lama ni.  Cuba search jumpa lak video ni.  Mula2 nampak Uni Adelaide dah…pastu nampak watak utamanya cam kenal..dan bila masuk bilik tu..rasa macam tak silap lagi, rumah Along tu kan?  Kalau ye, esok nak tunjuk kat adik, mesti dia suka.

Mega nan cerah, kelam tiba2
Itu tandanya, ada bencana
Saat itu ku sendirian di sisi
Kubur bonda sunyi dan sepi

Masih terngiang kata2 nasihat
Pedoman dan belaian kasih bonda
Tapi kini bonda telah pergi
Pergi nya tiada kembali

Sewaktu mula ku melangkah dewasa
Mencari ilmu
Tugas utama ku merantau jauh meninggalkan bonda
Akan ku tunaikan hajatmu bonda

Tapi di dalam menghadapi cabaran
Ku terlupa tugas ku di rantauan
Apakah makan minum mu terjaga
Adakah nasib mu terbela

Oh Tuhan ampunkan dosa ibuku
Masukkan ia kedalam jannahmu
Selamatkan ia dari nerakamu
Terangi kuburnya dengan sinarmu

Sedih nya hatiku
Dibuai mimpi mu
Hatiku di alun kecewa dan sengsara
Dosaku ibarat air di lautan hidupku bagai anak durhaka

Oh bonda ampunkan kesalahanku
Tak tersengaja ku mengasarimu
Hatiku kesal tiada terkira
Kau pergi didalam kecewa
Tidak ku tertahan menanggung seksaan
Setelah kau tiada dugaan yg mendatang
Ampuni dosaku redha kan hidupku
Kau lah mithali pedomanku

Sayu mengenang saat manis itu
Tangan bonda mengusap pipiku
Terpancar senyuman di wajah bonda
Agar anak nya beroleh jaya
Didikan islam diberi sempurna
Walaupun tanpa suami tercinta
Yang telah terkorban kerna Ilahi
Tabah menghadapi hidup yg sunyi..

ANDAI INI YANG TERAKHIR

September 4, 2008

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan…sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku…
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih…berqiamullail…bertahajjud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”  

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….  
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti  

Namun …
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia…meminta belas-NYA  

 andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
 MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

reformat dari egroups ait.ukm – egroups artificial intelligence, FTSM UKM