UMMi ada al-Quran terjemahan tak?

Pos ini adalah sambungan cerita perbualan di telefon tadi.  Ummi pun taknak panjangkan cerita sebab Along ada assignment yang perlu dilunaskan segera.  Jadi Ummi tulis di sini nanti Along ada masa Along komen ye.  Oh ye, Ummi beritau adik kata Along dah baca post terkini dia.  Dia kata tak nampak Along komen apa2 pun.  (pada dia kalau baca mesti komen, kalau takde komen maknanya tiada pembaca🙂 )

Berbalik cerita tentang adik dah buang semua cerita kartun dalam blog dia tu, Ummi sekarang teringat2 kata2nya lepas teraweh tadi. Kitorang berdua je malam ni sebab yang lain2 g hantar BangTam g stesen ketapi.

Ummi: Adik dengar je la Ummi baca sambil adik makan kepok tu ye sebab kalau tunggu adik habis makan nanti lewat sangat lak.  Kita baru juz 6 ni orang sume dah juz 8 atau lebih.

Adik: Mi, Mi ada al-Quran terjemahan tak? Adik rasa macam nak baca cerita dia masa Ummi tengah baca Al-Quran Arab tu. 

Ummi: Hmm, takde la plak Dik.  Takpe esok Ummi bawak.

Adik: Al-Quran kecik biru tu terjemahan kan Mi?

Ummi: Aah.  Hari ni adik baca je lah terjemahan surah Yassin.  Ni banyak surah Yassin kat sini.

Adik: Ow.  Itu adik dah habis baca dah semalam.  Adik suka baca makna yang bahasa Melayu dia.

Ummi: Hmm ok2 takpe.  Kita abeskan sikit ni pastu kita balik.

Komen:  Ummi rasa macam tak terkejar dengan kelajuan kematangan anak2 Ummi.  Baru semalam berpeluh2 jawab soalan Along, Angah, Bglg, BgTeh, Bgck, BgTam, akak.  Ini adik pula.  Rasa macam taknak bagi dia matang cepat sangat.  Takut hari ni dia ada di sisi, esok Ummi dah tak ada sesiapa lagi bila dia dah jadi besar cam abang2 dia.  Huhu.  Just my thoughts…Dan dalam berpk2 tu teringat lak lagu lama ni.  Cuba search jumpa lak video ni.  Mula2 nampak Uni Adelaide dah…pastu nampak watak utamanya cam kenal..dan bila masuk bilik tu..rasa macam tak silap lagi, rumah Along tu kan?  Kalau ye, esok nak tunjuk kat adik, mesti dia suka.

Mega nan cerah, kelam tiba2
Itu tandanya, ada bencana
Saat itu ku sendirian di sisi
Kubur bonda sunyi dan sepi

Masih terngiang kata2 nasihat
Pedoman dan belaian kasih bonda
Tapi kini bonda telah pergi
Pergi nya tiada kembali

Sewaktu mula ku melangkah dewasa
Mencari ilmu
Tugas utama ku merantau jauh meninggalkan bonda
Akan ku tunaikan hajatmu bonda

Tapi di dalam menghadapi cabaran
Ku terlupa tugas ku di rantauan
Apakah makan minum mu terjaga
Adakah nasib mu terbela

Oh Tuhan ampunkan dosa ibuku
Masukkan ia kedalam jannahmu
Selamatkan ia dari nerakamu
Terangi kuburnya dengan sinarmu

Sedih nya hatiku
Dibuai mimpi mu
Hatiku di alun kecewa dan sengsara
Dosaku ibarat air di lautan hidupku bagai anak durhaka

Oh bonda ampunkan kesalahanku
Tak tersengaja ku mengasarimu
Hatiku kesal tiada terkira
Kau pergi didalam kecewa
Tidak ku tertahan menanggung seksaan
Setelah kau tiada dugaan yg mendatang
Ampuni dosaku redha kan hidupku
Kau lah mithali pedomanku

Sayu mengenang saat manis itu
Tangan bonda mengusap pipiku
Terpancar senyuman di wajah bonda
Agar anak nya beroleh jaya
Didikan islam diberi sempurna
Walaupun tanpa suami tercinta
Yang telah terkorban kerna Ilahi
Tabah menghadapi hidup yg sunyi..

3 Respons to “UMMi ada al-Quran terjemahan tak?”

  1. FaisaL Says:

    huhu.. tak tahu nak cakap macam mana.. at one side happy dengan keinginan adik terhadap ilmu agama or islam as in general.. tapi at one side.. sedih.. sebab ummi describe the whole thing macam ummi rasa keseorangan kalau adik membesar.. huhu.. moga setiap sesuatu itu semuanya kebaikan untuk kita bersama.. amin..

    selagi mana along masih hidup.. insyaAllah along cuba buat yang terbaik untuk ummi.. insyaAllah adik2 yang lain pun takde bezanya.. kami semua memang nak buat yang terbaik untuk ummi.. cuma mungkin dengan pengalaman dan kematangan yang tak seberapa ini, mungkin kadang-kadang melukakan hati ummi atau menyebabkan ummi terasa.. tetapi jauh dalam di sudut hati kecil tak pernah terdetik dan tidak pernah terlintas sedikit pun untuk melakukan yang sedemikian.. moga kami akan terus berbakti untuk ummi sehingga akhir hayat kami.. amin..

    moga ummi terus tabah atas perkembangan kami dan sabar dalam mendidik kami.. kadang-kadang bila mendalami perasaan seorang ibu, walaupun pun along pasti masih sangat jauh daripada macam mana yang ummi rasakan.. tapi sedikit sebanyak terkesan juga.. insyaAllah kami cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik.. menjadi anak yang soleh dan solehah..

    tetiba rasa rindu… huhu..

    moga keberadaan ku di perantauan, bermujahadah segala yang di depan, sambil mendidik diri yang serba kekurangan.. suatu hari nanti akan pulang ke pangkuan, menemui dirimu yang dirindukan dengan berbekalkan ciri-ciri impian.. walaupun mungkin tidak sempurna di pandangan.. namun harapnya memenuhi harapan..

    jazakillahu khairan kathira ya ummi..

    semoga jasamu dibalas syurgaNya.. amin..

    salam sayang penuh kerinduan dari anakmu di kejauhan,
    Along

  2. Cikgu Says:

    Huhu, Ummi sebenarnya terkejut gak dgn soalan adik. Sebenarnya sejak semalam dia tanya tentang alQuran terjemahan tu tapi Ummi macam tak compute sangat apa tujuan soalan tu. Tapi hari ni lepas Along call tu Ummi bertubi2 teringat bicaranya mengenai alQuran terjemahan tu lantas jadi sedih (dalam kesyukuran kerana hatinya yang lembut Allah kurniakan keinginan kearah itu) mengenangkan diri yg bakal keseorangan dan ntah bila2 masa akan dijemputNya sedangkan persediaan belum bermula..rasa takut yg amat sangat… Tu yg teringat lagu tu sesungguhnya Ummi anggap miracle bila Ummi search video utk lagu tu keluar lak penggambaran dak2 tu kat umah Along…nostalgia nampak kotak besar kat sudut belakang kiri bilik kecik belakang tu…

  3. jiwang031 Says:

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

    KINI TELAH DIBUKA..
    PUSAT DOWNLOAD MELAYU

    MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
    ►Audio Muzik
    ►Ceramah & Motivasi
    ——Audio
    ——Video
    ►Ebook
    ——Majalah
    ————————Majalah PC ada,
    ————————Majalah PC Xtra ada,
    ————————Mangga ada,
    ————————Ujang ada,
    ————————Mastika ada,
    ————————Gila-Gila ada,
    ————————Majalah Apo? ada,
    ————————Majalah Gempak ada,
    ————————Majalah Utopia ada,
    ————————Majalah Mingguan Wanita ada,
    ————————Majalah Mastika ada,
    ————————Majalah Wisel ada,
    ————————Majalah Arena Bolasepak ada,
    ————————Majalah Hai ada,
    ————————Majalah Maskulin ada,
    ————————Majalah G3 ada,
    ————————Majalah Max It ada,
    ————————Majalah Star Soccer ada,
    ————————Majalah Klik ada,
    ————————Majalah Remaja ada,
    ————————Majalah CHIP ada,
    ————————Majalah Aliran Informasi Pertahanan TEMPUR ada,
    ————————Majalah Rasa ada,
    ►Filem
    ——Versi DVD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ——Versi VCD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ►Rancangan Televisyen
    ——8TV
    ——Astro Ceria
    ——Astro Prima
    ——Astro RIA
    ——AXN
    ——NTV7
    ——RTM
    ——TV3
    ——TV9
    ►Video Muzik
    ——Muzik Indonesia

    dan banyak lagi..!!!

    Masuk sini= http://jiwangg.notlong.com

    TENGOK DULU BARU TAHU, CAKAP SAJA TARA GUNA

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: