Archive for Oktober 2008

Pelangi

Oktober 31, 2008

Rasanya elok kita clearkan perkara ini secepat mungkin
supaya fikiran kita tenang untuk settlekan study kita pula
Lagi pula saya tak mahu bersangka buruk…

 

Lalu kubalasi warkah itu…

Kutulis apa yang dikehendakinya…

Walau kutahu apa sangkaannya…

 

Biar hidupmu tenang temanku…

Perihal diriku usah kau gusari…

Aku telah biasa hidup dalam gelap gelita.

 

Malah aku rindu…

Bermunajat pada Sang Pencipta

Kukan usahakan apa yang dipinta

Biar yang hak pulang kepada yang berhak

 

Moga apa yang berlalu pergi

Digantikan dengan kebaikan

Yang lebih baik buat diriku

 

Subhanallah Maha Suci Allah

Kau Maha Mengetahui

Isi hati ini

Permudahkanlah segala urusanku

Allahumma yassir walatu’assir Ya Kareem.

 

Advertisements

Keimanan

Oktober 16, 2008
Andai matahari ditangan kananku…
takkan mampu mengubah yakinku
terpatri dan takkan terbeli
dalam lubuk hati
Bilakah rembulan di tangan kiriku
takkan sanggup mengganti imanku
jiwa dan raga ini
apapun adanya….
Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yg kutempuh
Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanyalah untukMu tetapkan muslimku selalu…

 

Munsyid: Harris Shafix
Klik untuk Dengar