Archive for November 2008

Terima kasih Tuhanku…

November 23, 2008

Kerana dalam ukhuwah, apabila kasih sayang yang dibina
tidak dimulakan dengan akidah yang satu atas fikrah yang sama
maka apabila hilang tujuan permulaan, hilang rasa dan perasaan.

Terima kasih wahai Tuhanku 
Y
ang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya 
Membenarkan aku menghadap-Mu
Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang 
Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan ku minta pada-Mu 
Memuja memuji sepenuh hatiku 
M
emohon munajat pada-Mu Ya Rabbi 

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu 
Aku mula bimbang kalau aku derhaka dalam ketaatan 
Bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat 
T
apiku kan dapat kemarahan-Mu 
Ya Rabbal ‘Aalamin maafkanlah aku…

Terima kasih Tuhanku…
Masih aku tsabat dengan izinMu
Biarpun sms ku tak berjawab
Berlalu ia pergi tanpa bersalaman
Pandangan dibawa jauh membelakangi diri

Aku hanya insan yang lemah
Tidak mampu menurut perancangan dan hasrat insan terpilih
Namun doa ku tetap mengiringinya
Agar bahagia yang dicari menjadi miliknya

Allahumma Inni a’uzhubika minal hammi walhazan
Astaghfirullahalladhi Laailahailla huwalhayyulqayyu mu waatubuilaih.

Berat ujianMu…sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

November 16, 2008

 

Salam buat anakanda semua.  Post ini khusus menjawab persoalan Jeeb, perihal perkembangan studi Ummi. Alhamdulillah setelah 2 minggu memaksa diri tersenyum berdiri duduk bergerak dan bekerja menahan kesakitan mencari kudrat agar tampak segalanya seperti sedia kala pastinya kerana dosa yang menggunung kini terasa sedikit ringan dan kerja2 telah mula menghasilkan sedikit sebanyak dapatan hasil analisa yang dibuat.  Dipendekkan cerita Ummi pinjam lakaran tinta Along untuk membicarakan perasaan dan rasa hati masa ini, sungguh berat ujianMu, sakit yang kurasa biarlah menjadi penawar dosaku, aku pasrah menerima segalanya.

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu