Berat ujianMu…sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

 

Salam buat anakanda semua.  Post ini khusus menjawab persoalan Jeeb, perihal perkembangan studi Ummi. Alhamdulillah setelah 2 minggu memaksa diri tersenyum berdiri duduk bergerak dan bekerja menahan kesakitan mencari kudrat agar tampak segalanya seperti sedia kala pastinya kerana dosa yang menggunung kini terasa sedikit ringan dan kerja2 telah mula menghasilkan sedikit sebanyak dapatan hasil analisa yang dibuat.  Dipendekkan cerita Ummi pinjam lakaran tinta Along untuk membicarakan perasaan dan rasa hati masa ini, sungguh berat ujianMu, sakit yang kurasa biarlah menjadi penawar dosaku, aku pasrah menerima segalanya.

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

6 Respons to “Berat ujianMu…sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku”

  1. wardatul asrar Says:

    mendalam sgt makna video tu.. best.. sedih.. terasa.. betapa manusia sering lalai mngucapkn syukur dgn nikmat drNya.. syukran kathir ya ummi sudi mnjawap..

    syafakillah ya ummi.. moga Allah pinjamkn kembali nikmat sihat padamu.. dikurnia kudrat berganda untuk menyiapkn tugasan selanjutnya..

    buat along juga, (wlau knal hanya pd penulisn) moga terus mnjadi mujahid pemangkin semangat ummi..

    salam sayang dr kejauhan.. rindu bukanlah pada pertemuan.. kerana tautan hati yg terpatri dlm mencari kasihNya itu melebihi segalanya =)

  2. UmmI Says:

    Jzzk atas doa Jeeb, anakanda maya yang sering mendoakan Ummi seperti juga anak2 Ummi yg lain. Maha suci Allah yang memberi rezeki anak2 penawar rindu penyejuk jiwa ditambah dgn anak2 maya yg menjadi penambah seri terutama tatkala yg lain sedang sibuk melaksanakan tanggungjawab masing2 dalam usaha menuju jalanNya (Amin). Moga Allah berkati dan tumpahkan rahmatNya berkali ganda lagi atas keprihatinan serta doa yang sentiasa dipanjatkan padaNya buat insan yg belum juga pernah memberi apa2 padamu ini; hanya sekadar coretan maya seiring pelangi petang moga sedikit sebanyak ada manfaatnya dgn ukhuwah yg terbina. Doa Ummi moga Jeeb menjangkau 4 flat sem ini dan seterusnya amin ya rabbal alamin.

  3. Tanpa Nama Says:

    Salam alayk…

    Buat Srikandi,
    Yang tidak betah melihat iman diratah rona2 keperitan.. Yang berjuang menegakkan panji diri agar tidak kabur dalam ujian yg diberi oleh Khaliq..

    Buat Mujahidah,
    Yang tidak tega membebani anaknya di perantauan ini, Lan

  4. Anakmu Hai Mujahidah.. Says:

    Salam alayk…

    Buat Srikandi,
    Yang tidak betah melihat iman diratah rona2 keperitan.. Yang berjuang menegakkan panji diri agar tidak kabur dalam ujian yg diberi oleh Khaliq..

    Buat Mujahidah,
    Yang tidak tega berkongsi keperitan jasmani dengan anaknya di perantauan ini… Mungkin takut membebani atau dirisaui.. Tapi, anak itu sentiasa memperuntukkan doanya utk Permaisuri Hatinya.. Dan hanya mampu menyerahkan kepada Allah jua utk menjaga Permata Kehidupan yang berjauhan darinya..

    Buatmu Ummi,
    Rindu yang kian bertakhta di hati ini tidak kan terukur dek jarak yang memisahkan, atau dek kelibat yang melangkaui zaman.. Cinta yg diperuntukkan buatmu Ratu tidak ternilai dek dunia, tak terhambat dek limpahan sungai yang mengalir.. Tak mungkin kan hambar kasihku ini dek pukulan angin sonata yang membekukan sumsum di kala ini, kerna panasnya hati yg meronta2 di dalam aroma kehidupan.. Tapi yang Pasti, Rabitah Hati yg menyatukan kita, tidak akan pudar begitu saja, tidak akan hangit sekali lalu, tidak akan hilang dalam kelam malam… Kecuali dengan takdir Dia Sang Pencipta…

    Anakmu Merindui.. Ballagh Salami ila usratina.. (Kirim Salam pada ahli2 kluarge yg laen)… Semoga nikmat sihat tetap bersamamu lagii selepas ini, dengan hati yg telah disucikan, dengan redha Illahi yang telah digapai.. Agar tenang sentiasa dalam capaian..

    Wassalam

  5. Cikgu Says:

    Terima kasih anakanda permata hati mutiara jiwa, moga naungan rahmat sentiasa melindungimu. Jazakaullahukhairankatihira…doaku jua buatmu penyejuk mata yang sentiasa menebarkan kebahagiaan. Moga Allah pelihara kita semua sentiasa tsabat dan bersatu di atas jalanNya. Amin ya rabbal alamin.

  6. Gabriel Deniasaputra Says:

    bismillahirohmanirohim. . .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: