Archive for Januari 2009

KEMPEN SAVE GAZA Peringkat Bandar Baru Bangi

Januari 23, 2009

bbb1

UCAPAN PALESTIN KEPADA KITA

Januari 17, 2009

Pos ini adalah olahan makumat yang Ummi dapat dari emel Permata Biru hari ini.  Gambar2 ada yang lama ada yang terkini:

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya..  Doa orang yang teraniaya amat makbul:

Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah, turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis.  Amin.

World most arrogant & inhuman

p3

لو كانت صاحبة هذه الصورة طفلة فلسطينية لقامت الدنيا ولم تقعد وهي تتحدث عن وحشية الفلسطينيين والعرب والمسلمين الذين يعلمون أطفالهم القتل وسفك الدماء..
لكنها – يا سادة- لطفلة إسرائيلية دعاها جيش الاحتلال الصهيوني لتكتب رسالتها لأطفال فلسطين ولبنان على صاروخ سيمزق أشلاءهم.. وهذه الدعوة لا تدل إلا على ذروة الإنسانية..
إنسانية الغرب التي تنظر للعرب على أنهم أدنى بكثير من الحيوان

ووصلت الرسالة
Les enfants ont reçus le message des filles israéliennes !

 childrens receiving the message !

p4
لقد وصلت الرسالة هذا الطفل كان أول من استلمها !
p5

وهؤلاء استلموا الرسالة

p6

وهذا الطفل أيضا كان له نصيب

Du’a buat Palestine dan Islam oleh Tariq Ramadan

Januari 14, 2009

A Conversation with Tariq Ramadan

Du’a oleh Basfar buat Gaza, Palestine dan Muslims Seantero Dunia.

Januari 14, 2009

ISTIKHARAH DARI PANDANGAN UZAR

Januari 14, 2009

Post ini diambil dari zaharudin.net

Guna Istikharah Untuk Paksa Kahwin

Salam ustaz. Dulu saya pernah berkawan dengan seorang lelaki dan akhirnya putus, walaubagaimanapun, lelaki tersebut tidak berpuas hati dan mengatakan dia telah melakukan istikharah dan dia pasti saya adalah teman hidupnya dan mengatakan sekiranya saya berkahwin saya mungkin akan bercerai atau suami saya akan mati dan akhirnya saya tetap berkahwin dengan dia (adakah lelaki ini berdosa cakap macam tu). Saya agak risau pada mulanya kerana bila saya istikharah saya tak nampak apa-apa (mungkin tidak khusy’ atau tak tau laa) sehingga saya jadi ragu-ragu. Sekarang saya telah berkahwin dengan lelaki lain (suami saya sekarang) dan saya berharap hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat. Minta pandangan ustaz, adakah lelaki itu “jahat” kerana menggunakan alasan istikharah untuk memaksa orang mengahwininya. – melalui ruangan komentar-

JAWAPAN UZAR 1) Perlu fahami konsep istikharah terlebih dahulu. Boleh baca juga jawapan saya berkenaan istikharah di sini. Antara yang perlu difahami adalah, bagi mendapat tanda yang benar, setiap individu yang ingin melakukan istikaharah ini mestilah memberishkan niat dan hatinya dari sebarang pilihannya SEBELUM melakukan istikharah ini. serta benar-benar berniat bahawa ia akan menerima apa sahaja pilihan yang akan didapatinya dari istikharah tadi. Demikian pendapat majoriti ulama. Ringkasnya, dalam sebuah hadis sohih menyebut :- كان رسول اللَّهِ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ في الْأُمُورِ كما يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ من الْقُرْآنِ يقول إذا هَمَّ أحدكم بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ من غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللهم إني أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ من فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ ولا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللهم إن كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ خَيْرٌ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لي وَيَسِّرْهُ لي ثُمَّ بَارِكْ لي فيه وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ شَرٌّ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال في عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عنه وَاقْدُرْ لي الْخَيْرَ حَيْثُ كان ثُمَّ أَرْضِنِي به قال وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ Ertinya : Adalah Rasulullah s.a.w mengajar kami melakukan istikharah (meminta petunjuk) sama sepertimana mengajar kami surah-surah Al-Quran. Apabila seseorang kamu mempunyai sesuatu hajat hendaklah dia solat solat dua raka’at dan kemudian berdoa ( dengan doa yang diwarnakan merah di atas)” ( Riwayat Al-Bukhari, no 1109, 1/391) 2) Ugutan si lelaki adalah salah dan mendedahkan kelemahannya. Ia juga tergolong dalam hal yang ditegah oleh Islam. Dimana Islam menegah umatnya untuk menakutkan dan mengugut yang lain. Dalam sebuah hadis menyatakan : كَانُوا يَسِيرُونَ مع النبي فَنَامَ رَجُلٌ منهم فَانْطَلَقَ بَعْضُهُمْ إلى حَبْلٍ معه فَأَخَذَهُ فَفَزِعَ فقال رسول اللَّهِ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا Ertinya : Para sahabat Nabi berjalan (jauh) bersama Nabi saw, lalu seorang dari mereka tidur, sebahagian mereka mula mengambil tali (lalu mengikatnya) dan mengejutkannya (menakutkannya), baginda mendengarnya lalu berkata : “Tidak halal seorang Muslim untuk menakutkan seorang Muslim yang lain” (terjemahan berdasarkan huraian kitab Mirqat Al-Mafatih, 7/103) Di dalam kitab ‘Aunul Ma’bud syarah Sunan Abu Daud, dalam menghuraikan hadis di atas mengatakan tidak halal seseorang mempermainkan rakan yang lain samada dengan niat gurauan, menakutkan dan lain-lain. Al-Munziri pula tidak memberikan sebarang komen tentang taraf hadis ini (‘Aunul Ma’bud, 13/236) Kesimpulannya, perkataan-perkataan yag digunakan oleh lelaki tadi pada hemat saya adalah tergolong dalam kategori ini. Selain itu, ia juga salah kerana berbentuk ramalan berdasarkan tanda istikharahnya semata-mata, malah tanda ini juga mungkin boleh disilapfahamkan jika hati sudah berat sebelah. 3) Ye semoga rumahtangga anda bahagia dan jangan terpengaruh dengan ‘ugutan’ tidak langsung lelaki tersebut. 4) Perlu difahami bahawa tanda istikharah lelaki A (sebagai contoh) berkemungkinan menunjukkan wanita B adalah sesuai dan baik untuknya. Namun istikharah wanita B, menunjukkan lelaki A tidak sesuai untuknya. Ia kerap dan boleh berlaku. Justeru, jangan merasa pelik, jika anda mendapat tanda yang baik, tetapi bakal pasangan anda mendapat tanda sebaliknya, kesimpulan jika mendapat tanda sedemikian adalah, anda berdua tidak sesuai. Akhirnya Dinasihatkan dalam sebuah athar : ما خاب من استخار ولا ندم من استشار Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365) Ibn Taimiyah ketika menghuraikan atahar di atas menyatakan ما ندم من استخار الخالق، وشاور المخلوقين، فقد قال تعالي: وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ Ertinya : Tidak menyesal barangsiapa yang beristikharah kepada penciptanya ( Allah), dan bermesyuarat ( meminta pendapat) dari makhluk ( rakan-rakan dan mereka yang berpengalaman), dan Allah telah berfirman ertinya : Dan dalam urusan mereka itu mereka bermesyuaarat, dan apabil akmu telah berusaha, bertawakkal ( berserah) kepada Allah swt” Justeru, amat elok untuk mengabungkan istikharah dengan berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman, pendapat mereka yang berpengalaman itu sebenarnya adalah salah satu dari tanda istikharah. Seorang ulama salaf berkata :- من حق العاقل أن يضيف إلى رأيه آراء العلماء، ويجمع إلى عقله عقول الحكماء، فالرأي الفذّ ربما زلّ، والعقل الفرد ربما ضلّ Ertinya : dari hak seorang yang beraqal lagi bijak itu adalah menambahkan nilai pendapatnya dengan pendapat para ulama, sehingga bergabung pendapatnya dengan aqal (minda) para ahli cerdik pandai, maka pendapat secara berseorangan berkemungkinan tergelincir, dan minda berseorangan mungkin akan tersesat” ( Al-Madkhal, 4/41) Sekian, Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 22 Feb 2008 Last update: 22-02-2008 16:34

Posted by shahida, on 15-01-2008 09:58, IP 211.25.51.1, Guest
34. …

asslamu’alaikum ustaz, 
 
soalan anaadalah lanjutan dari soalan yg sebelum ini… 
1) ana telah melakukan istikharah berserta doa yg bersungguh minta petunjuk dr Allah dlm setiap solat fardhu dan sunat….isyarat yg ana dapat skrg ini adalah kuat mendorong kpd lelaki itu sedangkan dia telah mendpat isyarat dgn insan lain…APAKAH YG HARUS ANA LAKUKAN?BENARKAH HAL SEDEMIKIAN BOLEH TERJADI?ANA AGAK MUSYKIL..harap ustaz dpt membantu…insyaallah 
 
KOMEN UZAR : IA BIASA SAJA BERELAKU, INI BERMAKNA DIA BAGUS UNTUK ANDA, TAPI ANDA KURANG SESUAI UNTUK DIA. ITU SAHAJA.. 
 
PASANGAN YANG BAIK, ELOKNYA DUA-DUA DAPAT TANDA POSITIF

Mencari Sesuatu Yang Indah

Januari 12, 2009

Menyingkap semula malam terakhir di persidangan WSEAS, Ummi duduk semeja dengan rakan2 guru dan pensyarah dari UKM yang kebanyakannya dari FTSM, ada dari KEJUT dan seorang dari PPU.  Siangnya mereka dibawa berjalan2 di tempat bersejarah.  Mrk hairan juga knp Ummi tak pergi.  Kawan Ummi dari PPU tau.  LE410 caj berjalan2 tu boleh Ummi gunakan untuk membeli kalau tak 1 atau mungkin gak 2 barang untuk hantaran nikah salah seorang dari anak Ummi (mana2 dari 3 yang dah mencapai tahap harus nikah tu lah …  tapi nampak2 macam yg nombor 2 akan mendahului yg lain).  Salah seorang menasihatkan Ummi suruh nasihat anak Ummi supaya fikir masak2 tentang keputusan yg sangat penting ini krn umur muda lagi baru 1st year 2nd year belum nampak semua yg ada di dunia lagi takut nanti dah nampak nyesal lak kerana anak dia pun kahwin masa 2nd year.  Ummi senyap dan senyum saja. Rasanya anak anak2 Ummi faham pandangan Ummi berkaitan hal ini dan masa membaca blog Dr. Asri berkaitan hal ini pagi tadi terjumpa jawapan yang sepatutnya Ummi nak jawab tetapi Ummi rasa lebih baik let it go knowing fikrahnya mmg berlainan dari kita.  Namun suka ummi lampirkan cetusan minda Dr. Asri di sini;

APABILA ZINA LEBIH MUDAH DARIPADA KAHWIN – DR. ASRI

Disiarkan pada Nov 23, 2008 dalam kategori Ibadat |

Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.

Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju”atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:

“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.

Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.

Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:

“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:

“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

Ya Ummi

Januari 12, 2009

Pembentangan di American Univercity in Cairo

Januari 11, 2009

 

 Mulanya nak attach power point presentation Ummi tapi tak kena pula dengan tema blog pembangunan insan ini.  Jadi Ummi attachkan 4 gambar pemandangan yang sempat Ummi lihat dalam perjalanan ke bilik pembentangan di Alfi Hall.  Tiba di Gate 4 AUC, kelihatan pintu gerbang dan pemandangan indah.  Meneruskan perjalanan terlihat beberapa bangunan indah dan yang menjadi tumpuan mata Ummi ialah perpustakaan AUC yang mengandungi lebih 700,000 volumes dan periodical subscriptions, lebih 22,000 e-buku dan 84 pangkalan data. Bangunan ini juga menyimpan Rare Books dan Special Collections Library di lantai atas.  Seterusnya tiba di tempat persidangan dan pemandangan tempat makan tengahari di Food Court.  Itu dulu.  Banyak cerita nanti kalau sempat Ummi tulis lagi.

 

Akhir kata, artikel Bacakan Doa Qunut Nazilah Bagi Gaza
oleh Ust. Dr. Ihsan Tandjung

 

qunut11

Ketika agresi udara Zionis atas kota Gaza pertama kali pecah sabtu yang lalu tanggal 27 Desember 2008 kami menerima e-mail dari seorang kawan di Damaskus, Suriah. Beginilah sebagian isi suratnya:

“Masjid-masjid di seantero Damaskus basah oleh air mata para jama’ah, ketika para imam menutup rakaat terakhir solat Asar tadi dengan Qunut Nazilah yang menggetarkan. Para imam itu mengangkat tangan ke langit dan berdoa,

“Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, turunkan para Malaikatmu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan Seluruh Palestina, sebagaimana telah kau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza, kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka, menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam lewat Jihad fii Sabiilillah. Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami.

qunut2

Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu. Jangan Kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu. Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim.”

Seiring waktu dimana perang ini telah memasuki hari ke sepuluh, semakin banyak masjid di seantero dunia yang mengharuskan pembacaan doa Qunut Nazilah setiap sholat lima waktu. Doa Qunut Nazilah merupakan Qunut yang dibaca Nabi Muhammad shollallahu ‘alaih wa sallam untuk mendoakan kebaikan suatu kaum atau untuk kebinasaan suatu kaum yang lain. Doa ini dibaca pada saat sholat berjamaah. Doa ini dibaca pada rakaat terakhir sesudah ruku terakhir setelah berdiri i’tidal setelah membaca kalimat:

  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه

Lalu dalam posisi berdiri Imam sholat dan seluruh ma’mum mengangkat kedua tangan lalu mengaminkan doa Qunut Nazilah yang dipimpin  Imam sholat berjamaah.  Saudaraku, ketahuilah bahwa doa merupakan salah satu senjata penting kaum muslimin. Itulah sebabnya menjelang Perang Badar Nabi shollallahu ‘alaih wa sallam mengawali perang dengan berdoa memohon pertolongan Allah bagi kemenangan pasukan Islam. Sedemikian khusyu’nya beliau berdoa sehingga sempat tiga kali surbannya jatuh dan setiap kali jatuh diangkat kembali oleh sahabat Abu Bakar.

qunut3

Saudaraku, jangan pernah remehkan pengaruh doa Anda apalagi jika mendoakan saudara muslim tanpa sepengetahuan fihak yang didoakan. Doa Qunut Nazilah yang kita bacakan sekarang berkaitan dengan pembantaian pasukan Zionis Israel atas saudara-saudara kita kaum muslimin di Gaza, Palestina. Intinya kita memohon kepada Allah Yang Maha Kuasa agar menolong dan memenangkan kaum muslimin dan mujahidin Palestina di Gaza sembari mengharapkan kekalahan bahkan kehancuran fihak Yahudi Zionis Israel.

Biasanya doa Qunut Nazilah diawali dengan pembacaan doa Qunut seperti biasa oleh Imam Sholat berjamaah. Lalu sesudah itu barulah sang Imam memimpin doa yang lebih spesifik berkenaan dengan penderitaan saudara-saudara kita di Gaza. Doa Qunut yang biasa berbunyi sebagai berikut:

  اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنَا فِيمَنَ عَافَيْتَ ، وتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ،

 وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ ،

 وَإِنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ

“Ya Allah, berilah kami petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk. Selamatkanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau telah pelihara. Uruslah kami di antara orang-orang yang telah Engkau urus.  Berkahilah kami dalam segala sesuatu yang Engkau telah berikan. Hindarkanlah kami dari segala bahaya yang Engkau telah tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan. Sesungguhnya tidak akan jadi hina orang yang telah Engkau lindungi. Engkau wahai Rabb kami adalah Maha Mulia dan Maha Tinggi.” (HR Thabrani 3/123)

Sesudah itu barulah Imam berdoa sambil diamini oleh jamaah. Doa spesifik ini bisa berbeda antara satu Imam dengan Imam lainnya. Ia boleh mengembangkannya sendiri. Yang penting isinya adalah mengharapkan kebaikan bagi fihak kaum muslimin dan kekalahan atas fihak musuh yang menganiaya atau memerangi kaum muslimin. Di antaranya ia bisa berbunyi seperti di bawah ini:

  اللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ وَ الْمُسلِمِين اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَاننَاَ الْمُسلِمِين وَ المُجَاهِدِينَ فِي فِلِسْطِين اللَّهُمَّ ثَبِّتْ إِيمَانَهُمْ وَ أَنْزِلِ السَّكِينَةَ عَلَى قُلُوبِهِم وَ وَحِّدْ صُفُوفَهُمْ

اللَّهُمَّ أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَ المُشْرِكِينَ اللَّهُمَّ دَمِّرِ الْيَهُود وَ إِسْرَآئِل

وَ شَتِّتْ شَمْلَهُم وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ اللَّهُمَّ انْصُرْ المُجَاهِدِينَ عَلَى أَعْدَائِنَا أَعْدَاءَ الدِّين بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ

“Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin. Ya Allah, tolonglah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestina. Ya Allah, teguhkanlah Iman mereka dan turunkanlah ketenteraman di dalam hati mereka dan satukanlah barisan mereka. Ya Allah, hancurkanlah kaum kuffar dan kaum musyrikin. Ya Allah, binasakanlah kaum Yahudi dan pasukan Israel dan cerai-beraikanlah kesatuan mereka. Ya Allah, menangkanlah kaum Mujahidin atas musuh kami musuh agama dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih. Dan sampaikanlah Sholawat kami  kepada Nabi Muhammad.”

Saudaraku, tidak banyak yang bisa kita lakukan. Sungguh, kita sangat geram, sedih sekaligus menyesal bahwa tidak banyak yang bisa kita lakukan untuk kaum Muslimin Palestina di Gaza. Mereka dizalimi oleh kekuatan terlaknat pasukan Zionis Israel. Mereka diharuskan berada di dalam sebuah pertempuran tidak seimbang. Hanya doa yang bisa kita kirim untuk mereka. Ingatlah, doa bukan perkara ringan. Ia merupakan senjata orang beriman. Marilah kita mengharuskan diri membaca doa Qunut Nazilah dalam sholat-sholat kita pada hari-hari ini.

qunut4

Sekedar kabar gembira, berdasarkan informasi dari Al-Markaz Al-Filistini Al-I’lamy dikabarkan bahwa Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap militer Hamas menegaskan Ahad malam kemarin bahwa mereka berhasil membunuh 11 serdadu Israel dan melukai 48 lainnya dalam 24 jam sejak operasi darat Israel dimulai di Jalur Gaza. Di antara korban yang tewas itu ada seorang komandan dengan pangkat kolonel. Sementara itu Jubir Batalion Al-Quds, sayap militer Jihad Islami, Abu Hamd menegaskan bahwa faksi-faksi perlawanan Palestina di wilayah perkampungan Zaitun berhasil   menghancurkan tujuh tank dan ada puluhan serdadu Israel tewas dan lainnya luka-luka. Ia menegaskan bahwa serdadu Israel terjebak dalam banyak ranjau bom. Saudaraku, doa Anda tidak ada yang diabaikan oleh Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengbulkan doa hamba-hambaNya yang beriman dan beramal sholeh. Percayalah, kemenangan Islam dan Ummat Islam pasti terjadi, sebab itulah skenario Allah….

 Allahu Akbar wa lillahilhamd…!!!

 

 

 

 

 

Akhirnya hampir tercapai Misi ke-3 Ummi ke Mesir

Januari 4, 2009

Secara logiknya misi ke-3 itu seharusnya menjadi matlamat utama Ummi.  Ya, ia tetap matlamat utama dalam hidup cumanya apabila teket kapalterbang Ummi dibayar oleh UKM serta yuran WSEAS (World Scientific and Engineering Academy and Society) sebanyak EURO100 dan yuran E-Activities sebanyak EURO550 dibayar oleh UKM menggunakan wang rakyat maka amanah itu perlu Ummi segerakan dahulu. 

Hari pertama menjejakkan bumi ke bumi anbiya’ ini Ummi tak cerita kepada Aiman takut dia risau.  Oleh kerana dia ada kuliah Ummi kata Ummi uruskan sendiri sampai habis persidangan.  Oleh kerana jumlah wang terhad untuk tinggal di hotel di Cairo, Ummi hanya book hotel di tempat persidangan yang sangat mahal itu untuk hari2 persidangan selama 3  malam bermula 28hb-31hb Disember.  

Bia Ummi tiba 27hb Ummi pun cari tempat tinggal yang murah sebab ingat nak jimat duit supaya nanti boleh cover tempat tinggal untuk hari-hari seterusnya.    Tetapi tempat tinggal yang dikatakan hotel 3 bintang itu  sangat menakutkan, kalau kat Malaysia 1 bintang pun belum tentu kerana kalau ikut piawaian Seri Malaysia saja dah jauh ketinggalannya.  Rasanya tidak berbaloi untuk merisikokan keselamatan dan forego ketenangan bagi membolehkan Ummi menyiapkan kerja2 untuk misi ke-2.  Jadi keesokannya Ummi pindah ke hotel tempat persidangan.  Pada masa yang sama Aiman membawa berita gembira mengenai kekosongan Rumah Pahang yang mampu untuk Ummi duduki selama sebulan di sini bagi mencapai 3 misi utama.  Rumah Selangor, Kedah dan lain-lain tak ada vacancy.

Malam tu Aiman datang melawat kerana keesokannya Azhar dapat cuti awal Muharram.  Oleh kerana tempat tinggal semalamnya itu menakutkan Ummi untuk bergerak jauh dari kerusi kerja Ummi, tak berani langsung nak turun cari makan.  Selain tidor, dapatlah Ummi minum segelas kopi, sekeping roti dan bun serta sebiji telor rebus.  Selain itu, dengan Aiman itulah makanan berat pertama yang Ummi jamah dalam tempoh 35 jam setelah memijakkan kaki ke bumi Mesir ini.  Makanan yang sungguh sedap itu hanyalah berharga 2.50 L.E.  duit kita dalam RM1.50.  Air tebu .70 L.E. kira-kira 40sen duit kita.  Masa tu orang semua tengah concentrate dengar berita tentang serangan Israel laknatullah.  Berita di sini real masuk segalanya tak censored langsung padanlah berkobar-kobar semangat anak-anak muda melihatkan kekejaman tersebut.  Cukuplah sekali, mmg tak sanggup lagi dah nak buka video2 lain yang di dalam Internet.

Berbalik tentang misi ke-3.  Setelah selesai misi pertama, membentangkan hasil kajian PhD Ummi di Giza, Ummi terus menyiapkan misi ke-2 iaitu mengembangkan makalah 4 m/s itu kepada sekurang-kurangnya 10 m/s setelah terpilih sebagai salah satu makalah yang akan dimasukkan dalam jurnal Scorpus yang terindeks oleh ISI dengan syarat pembaikan yang dibuat itu benar-benar mengikut garispanduan yang diberi serta menjawab persoaan-persoalan yang dikemukakan oleh penilai pakar dan bahasa Inggerisnya mengikut piawaian yang diterima.  Untuk itu Ummi telah siapkan dan emel kepada kawan Ummi untuk semak dan edit langsung menjadikannya penulis bersama jika dia sudi.

Semua itu telah Ummi selesaikan semalam.  Hanya menunggu jawapan dari kawan Ummi sebelum Ummi hantar deraf akhir.  Setelah hampir seminggu Ummi di sini belum nampak jalan untuk misi ke-3.  Tapi Ummi tawakal.  Ummi teruskan hari-hari dengan merancang penulisan tesis yang perlu Ummi siapkan deraf pertamanya dalam bulan 2.  Bila budak2 ni ajak pergi talk di Dewan Malaysia Abbasiyah untuk talk tentang misi Palestin, Ummi ikut.  Ummi yakin jika  dalam kesibukan kita tetap istiqomah meluangkan masa untuk kerja-kerja yg meraih keredhoanNya pasti apa saja yang kita rancangkan untuk mencari ilmuNya tetap Ia permudahkan cuma masa tempat dan ketika itu dia jua yang mengetahui bilanya yg terbaik.

Alhamdulillah ekoran dari perkenalan dengan seorang pelajar Bouz dari High School berdekatan dengan Dewan Malaysia Abbasiyah itu, Ummi dapat maklumat untuk misi ke-3.  Nama adik yang berumur 13 tahun itu ialah Khadijah juga.  Dia cadang Ummi dapatkan misi ke-3 Ummi tu dengan Sheikhah Hoda, tok guru qurannya.   Tapi dipendekkan cerita, Ummi mendaftar pagi tadi di Maahad Iqro’ dengan Sheikh Said.  Oleh kerana tempoh Ummi di sini tinggal 3 minggu itupun belum tolak 3 hari yang Ummi kene pergi buat kerja di American University in Cairo New Campus pada 10-13hb January nanti, Sheikh Said suruh Ummi berbincang dengan mudir/pengurus Maahad kerana slot belajar  paling cepat seminggu lepas daftar disusun oleh pengurus itu.

Ummi kata kepada Khadijah tak apa.  Biar Ummi daftar dulu, insyaAllah kalau ini ketentuanNya pasti ada jalan yang mudah.  Seperti saranan Sheikh Said, Ummi pun menelefon Ustaz Omar am tepat jam 11 pagi.  Alhamduliah Ust Omar berasal dari Malaysia dan Ummi tak perlu mengganggu Khadijah yang sedang menghafal syair Arabnya sebagai jurucakap.

“Salamualaikum Ustadz, saya pelajar dari Malaysia, UKM. Tetapi saya sekejap saja di sini tinggal tak sampai 3 minggu tapi niat saya kemari selain menyiapkan kerja-kerja penyelidikan saya ialah nak khatam 30 juzuk bersanat dengan sheikh yang shadid kalau boleh kerana bacaan saya sangat lemah”.

“Boleh, datang daftar dan minggu depan boleh mula”

Huhu Ummi memang dah tahu minggu depan pelajar-pelajar Syariah sini minggu exam tu sebab ada kekosongan untuk dislotkan pengajian Ummi.  Camana ya?  Adakah Ummi pushy? Adakah begitu? Jawab la Ummi nak tau.

“Tapi Ustaz, saya nak la khatam 30 juzuk sebelum balik Malaysia.  Saya tinggalkan suami dan anak-anak 8 orang (semuanya…bukan kat Mesia je serata dunia…tapi ini Ummi tak explain la) sebab dah lama saya bercita-cita nak tahsin 30 juzuk dengan sheikhah atau sheikh dari Mesir.  Belum tahu bila lagi saya nak dapat peluang ni.”

“ok2.  Nanti saya telefon balik nombor ni.”

“Tak ustadz.  Saya masih pakai telefon Malaysia.  Ni telefon Khadijah, student Bouz.  Dia dah nak balik.  Saya takut tak dapat khatam sebelum balik Malaysia.  Saya nak sangat khatam di sini”

“Kalau macam tu saya cadang beli cepat sim card sini senang nak telefon beritau jadual.  Boleh, boleh. InsyaAllah boleh khatam 30 juzuk”

“Baik ustadz.  Hari ini saya usahakan”

“OK, bila dapat nanti sms balik.  Buat masa ini boleh datang hari Selasa untuk mula nanti saya beritahu waktu”.

“Alhamdulilah, terima kasih ustadz, nanti dah dapat nombor saya mesej”.

Alhamdulillah.  Syukur kepada Rabb yang Maha Esa mempermudahkan segalanya.  Akhirnya misi ke-3 Ummi ke Mesir dan cita-cita Ummi yang telah terpendam sekian lama hampir tercapai!  Allah is the Greatest. 

Cukuplah di sini dulu kerana sekarang Ummi rasa semakin risau pula takut Sheikh Said dan Ustadz Omar mentertawakan Ummi dalam hati mereka nanti, tengoklah makcik ni beriya2 nak khatam tahsin 30 juzuk konon Bismillah dan AlFatihah pun siksa nak lepas dengan makhraj yg betul. Takpela, Ummi dah mulakan langkah pertama.  Apa pun harus Ummi teruskan gagahi segala rintangan. Doakan pengajian Ummi dipermudahkan, Allah beri ilham dan hati yang terang untuk menerima ilmu mudah2an dapat khatam dalam tempoh tak sampai 3 minggu ni.  Ummi ada hari Selasa-Jumaat (3 hari kalau mereka tak cuti Jumaat).  Break untuk kerja di American University Cairo dan sambung semula 14-21 (8 hari).  Bukan tak sampai 3 minggu, tak sampai 2 minggu!  Rempuh ajelah… 22-24hb janji nak lawat anak angkat Ummi kat Alex, 25hb dah kena berangkat untuk kerja-kerja seterusnya di Dubai sebelum balik ke Malaysia tercinta pada 30hb Januari 09.  Doakan…

Dewan Malaysia Abbasiyah: Misi Mercy ke Palestine

Januari 3, 2009

Semalam Ummi dengan penghuni2 rumah Pahang 402 ni  ke Seminar Palestine di Dewan Malaysia Abbasiyah.  Masa tunggu bas dapat berjumpa-pelajar-pelajar dari rumah Terengganu tetapi oleh kerana mereka seakan serupa Ummi hanya dapat ingat nama Khadijah Rashida yang lain sikit penampilannya dari yang lain. Kalau yang lain2nya pelajar Medic di Ain Syams, Syida pelajar syariah di Al-Azhar lil Banat.

Dewan dan bangunan paling cantik di Egypt yang Ummi pernah nampak di sini selama berada di sini setakat ini.  Jumpa Aiman di sana dan kawan Bangah, Ibrahim yang pernah ke rumah kita di Bangi.   Dia tanya macam-macam tentang Bangah, Ummi pun cerita jadi Bangah jangan pula terkejut kalau ada orang dah tahu nanti memang Ummi lah yang bagi tau, tapi tak apa la perkara baik apa salahnya kan, itu pun tujuan kita membuat keputusan untuk perubahan dalam hidup Bangah.  Tapi buat apa Ummi cerita ni pun, Bangah bukannya baca blog Ummi ni.

Balik kepada seminar misi Palestine yang diketuai oleh Dato’ Dr. Jemilah.  Secara professionalnya, semua orang tahu Dato’ Jemilah ialah pakar sakit puan tapi dalam misi-misi seperti ini jururawat pun dia pernah jadi.  Dalam program tu katanya masuk satu sms dari kerajaan Malaysia pledge sumbangan 100 juta kalau tak silap dengar untuk misi Palestin yang ingin disalurkan melalui Mercy.  Allahuakbar! Subhanallah walhamdulillah.  Siang tadi masa telefon abah, rasa patah hati  apabila abah cerita ceramah lepas solat Jumaat di Bangi yang dianjurkan oleh kerajaan Selangor diketuai Dato’ Hasan Ali dibubarkan oleh polis Kajang kita.  Ummi rasa pelik juga tentang pendirian kita.  Memang selalu je Dato’ Hasan Ali buat ceramah2 gitu untuk beri kefahaman mengenai perkara semasa yang berlaku di Palestine sambil mengutip sumbangan.  Sebelum ni pun dia pernah buat untuk misi lain di stadium Section 15.  Bila orang ramai faham, timbullah kesedaran untuk menyumbang dalam pelbagai cara, insyaAllah dengan hidayahNya jua, Amin.

Lepas talk Dr. Jemilah tentang misi Kosovo, Afghanistan, Iraq dan banyak misi2 Mercy ke 17 negara lain , En Norazam pula bercerita tentang misi Aceh yang diketuainya dari mula krisis hingga ke peringkat recovery dan kini setelah 4 tahun  Aceh telah mempunyai beberapa Pusat Kesihatan Masyarakat (PusKesMas) dan rumah-rumah anak yatim yang telah dibaiki dan dipulih dan ditambahbaik dengan pelan-pelan pembangunan yang dibuat dalam masa 2 minggu secara sukarela.  Yang agak anti-klimaksnya seperti kata Aiman dan pelajar2 lain tak banyak pun ttg Palestine.  Kata Dr. Jemilah at the moment there’s not much we can do hanya sekadar nak dapat jalan masuk untuk hantar bantuan dalam bentuk keperluan asasi sahaja.  Bila dah dapat masuk barulah kepakaran volunteers Mercy benar2 dapat  dimanfaatkan.

Ummi akhiri posting ini dengan pautan qunut nazilah yang ada juga dalam blog along sedikit masa dulu tapi yang ini ummi baru terima dari sms anak angkat  Ummi di Alexandria untuk sama2 kita panjatkan doa buat mereka di Palestine.    

Salam dari ‘Asyir, Nasr City