Dewan Malaysia Abbasiyah: Misi Mercy ke Palestine

Semalam Ummi dengan penghuni2 rumah Pahang 402 ni  ke Seminar Palestine di Dewan Malaysia Abbasiyah.  Masa tunggu bas dapat berjumpa-pelajar-pelajar dari rumah Terengganu tetapi oleh kerana mereka seakan serupa Ummi hanya dapat ingat nama Khadijah Rashida yang lain sikit penampilannya dari yang lain. Kalau yang lain2nya pelajar Medic di Ain Syams, Syida pelajar syariah di Al-Azhar lil Banat.

Dewan dan bangunan paling cantik di Egypt yang Ummi pernah nampak di sini selama berada di sini setakat ini.  Jumpa Aiman di sana dan kawan Bangah, Ibrahim yang pernah ke rumah kita di Bangi.   Dia tanya macam-macam tentang Bangah, Ummi pun cerita jadi Bangah jangan pula terkejut kalau ada orang dah tahu nanti memang Ummi lah yang bagi tau, tapi tak apa la perkara baik apa salahnya kan, itu pun tujuan kita membuat keputusan untuk perubahan dalam hidup Bangah.  Tapi buat apa Ummi cerita ni pun, Bangah bukannya baca blog Ummi ni.

Balik kepada seminar misi Palestine yang diketuai oleh Dato’ Dr. Jemilah.  Secara professionalnya, semua orang tahu Dato’ Jemilah ialah pakar sakit puan tapi dalam misi-misi seperti ini jururawat pun dia pernah jadi.  Dalam program tu katanya masuk satu sms dari kerajaan Malaysia pledge sumbangan 100 juta kalau tak silap dengar untuk misi Palestin yang ingin disalurkan melalui Mercy.  Allahuakbar! Subhanallah walhamdulillah.  Siang tadi masa telefon abah, rasa patah hati  apabila abah cerita ceramah lepas solat Jumaat di Bangi yang dianjurkan oleh kerajaan Selangor diketuai Dato’ Hasan Ali dibubarkan oleh polis Kajang kita.  Ummi rasa pelik juga tentang pendirian kita.  Memang selalu je Dato’ Hasan Ali buat ceramah2 gitu untuk beri kefahaman mengenai perkara semasa yang berlaku di Palestine sambil mengutip sumbangan.  Sebelum ni pun dia pernah buat untuk misi lain di stadium Section 15.  Bila orang ramai faham, timbullah kesedaran untuk menyumbang dalam pelbagai cara, insyaAllah dengan hidayahNya jua, Amin.

Lepas talk Dr. Jemilah tentang misi Kosovo, Afghanistan, Iraq dan banyak misi2 Mercy ke 17 negara lain , En Norazam pula bercerita tentang misi Aceh yang diketuainya dari mula krisis hingga ke peringkat recovery dan kini setelah 4 tahun  Aceh telah mempunyai beberapa Pusat Kesihatan Masyarakat (PusKesMas) dan rumah-rumah anak yatim yang telah dibaiki dan dipulih dan ditambahbaik dengan pelan-pelan pembangunan yang dibuat dalam masa 2 minggu secara sukarela.  Yang agak anti-klimaksnya seperti kata Aiman dan pelajar2 lain tak banyak pun ttg Palestine.  Kata Dr. Jemilah at the moment there’s not much we can do hanya sekadar nak dapat jalan masuk untuk hantar bantuan dalam bentuk keperluan asasi sahaja.  Bila dah dapat masuk barulah kepakaran volunteers Mercy benar2 dapat  dimanfaatkan.

Ummi akhiri posting ini dengan pautan qunut nazilah yang ada juga dalam blog along sedikit masa dulu tapi yang ini ummi baru terima dari sms anak angkat  Ummi di Alexandria untuk sama2 kita panjatkan doa buat mereka di Palestine.    

Salam dari ‘Asyir, Nasr City

8 Respons to “Dewan Malaysia Abbasiyah: Misi Mercy ke Palestine”

  1. FaisaL Says:

    amin.. insyaAllah.. dekat sini tak nampak sangat suasananya.. sekadar berita di dalam kaca tv.. dekat mesir lebih terserlah suasananya.. dengan penangkapan.. dipukul.. dipenjara.. semuanya ada di depan mata.. itu menjadikan kita lebih jelas ke mana kita tuju.. insyaAllah.. semoga terus tsabat atas jalanNya.. amin..

    semoga dipermudahkan segala urusan.. amin..

  2. Cikgu Says:

    Rumah Ustaz Saleh tempat ummi ngaji malam2 ada parabola dan boleh dapat Al-Jazeera versi Mesir rasanya (sebab versi Internet yg pernah Ummi lihat rasa mcm tak sereal itu atau mungkin keadaan semasa yg membuat terasa begitu). Kata Ustaz Saleh tak mahal (mmg Ummi percaya tak mahal sebab rumah yg dah kopak pecah pun boleh ada parabola tu), banyak ilmu dan maklumat yg boleh diperoleh jika dimanfaatkan dgn baik. Tapi melihatkan beberapa minit saja pun memang rasa dah tak sunggup. Tak perlu itu, Ummi tengok gambar saja dah tak dapat menahan air mata terutamanya gambar beberapa saat sebelum perginya ibu seorang budak Palestine tu. Umi tak dapat nak bayangkan jika ibu itu Ummi dan budak itu salah seorang anak Ummi.

  3. FaisaL Says:

    versi internet pun dah cukup seram dah.. huhu.. astro ada jugak al-jazeera kalau kita subscribe.. bahagian news.. tapi astro mahal la kot daripada parabola tu..

    ummi, kat sana beza waktu dengan malaysia pukul berapa?.. along nak call tak tahu pukul berapa.. takut salah timing..

  4. FaisaL Says:

    owh ye ummi, along masih tak boleh edit ummi punya penulisan tu.. along rasa sebab role along just contributor.. so, tak boleh nak edit.. hanya boleh menyumbangkan entri je kalau tak silap along..

  5. Cikgu Says:

    Tambah 6jam. Kalau sekarang jam 10 pagi, Malaysia jam 4 petang Australia jam 6 petang? Ummi dah ubah role along daripada contributor. Jzzk.

  6. Bglang Says:

    Salam..

    Erm.. lame tak on9..

    Rase2nye, aritu yg derma 100juta tu bukan kerajaan Mesia kot.. kerajaan North Korea tak silap bglang.. ntah r.. kalau tak silap..

    K, Wassalam

  7. Cikgu Says:

    umi pun confuse tapi tak kisah la yg penting kita sama2 memainkan peranan masing2 seboleh mana mungkin semaksima yg mampu. Allah sentiasa bersama2 mrk yg ikhlas berjuang di jalanNya. Moga kita termasuk di dalam golongan itu. Amin.

  8. FaisaL Says:

    ummi nape asyik tak dapat nak contact ummi je.. macam mana nak contact ummi ni?..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: