Akhirnya hampir tercapai Misi ke-3 Ummi ke Mesir

Secara logiknya misi ke-3 itu seharusnya menjadi matlamat utama Ummi.  Ya, ia tetap matlamat utama dalam hidup cumanya apabila teket kapalterbang Ummi dibayar oleh UKM serta yuran WSEAS (World Scientific and Engineering Academy and Society) sebanyak EURO100 dan yuran E-Activities sebanyak EURO550 dibayar oleh UKM menggunakan wang rakyat maka amanah itu perlu Ummi segerakan dahulu. 

Hari pertama menjejakkan bumi ke bumi anbiya’ ini Ummi tak cerita kepada Aiman takut dia risau.  Oleh kerana dia ada kuliah Ummi kata Ummi uruskan sendiri sampai habis persidangan.  Oleh kerana jumlah wang terhad untuk tinggal di hotel di Cairo, Ummi hanya book hotel di tempat persidangan yang sangat mahal itu untuk hari2 persidangan selama 3  malam bermula 28hb-31hb Disember.  

Bia Ummi tiba 27hb Ummi pun cari tempat tinggal yang murah sebab ingat nak jimat duit supaya nanti boleh cover tempat tinggal untuk hari-hari seterusnya.    Tetapi tempat tinggal yang dikatakan hotel 3 bintang itu  sangat menakutkan, kalau kat Malaysia 1 bintang pun belum tentu kerana kalau ikut piawaian Seri Malaysia saja dah jauh ketinggalannya.  Rasanya tidak berbaloi untuk merisikokan keselamatan dan forego ketenangan bagi membolehkan Ummi menyiapkan kerja2 untuk misi ke-2.  Jadi keesokannya Ummi pindah ke hotel tempat persidangan.  Pada masa yang sama Aiman membawa berita gembira mengenai kekosongan Rumah Pahang yang mampu untuk Ummi duduki selama sebulan di sini bagi mencapai 3 misi utama.  Rumah Selangor, Kedah dan lain-lain tak ada vacancy.

Malam tu Aiman datang melawat kerana keesokannya Azhar dapat cuti awal Muharram.  Oleh kerana tempat tinggal semalamnya itu menakutkan Ummi untuk bergerak jauh dari kerusi kerja Ummi, tak berani langsung nak turun cari makan.  Selain tidor, dapatlah Ummi minum segelas kopi, sekeping roti dan bun serta sebiji telor rebus.  Selain itu, dengan Aiman itulah makanan berat pertama yang Ummi jamah dalam tempoh 35 jam setelah memijakkan kaki ke bumi Mesir ini.  Makanan yang sungguh sedap itu hanyalah berharga 2.50 L.E.  duit kita dalam RM1.50.  Air tebu .70 L.E. kira-kira 40sen duit kita.  Masa tu orang semua tengah concentrate dengar berita tentang serangan Israel laknatullah.  Berita di sini real masuk segalanya tak censored langsung padanlah berkobar-kobar semangat anak-anak muda melihatkan kekejaman tersebut.  Cukuplah sekali, mmg tak sanggup lagi dah nak buka video2 lain yang di dalam Internet.

Berbalik tentang misi ke-3.  Setelah selesai misi pertama, membentangkan hasil kajian PhD Ummi di Giza, Ummi terus menyiapkan misi ke-2 iaitu mengembangkan makalah 4 m/s itu kepada sekurang-kurangnya 10 m/s setelah terpilih sebagai salah satu makalah yang akan dimasukkan dalam jurnal Scorpus yang terindeks oleh ISI dengan syarat pembaikan yang dibuat itu benar-benar mengikut garispanduan yang diberi serta menjawab persoaan-persoalan yang dikemukakan oleh penilai pakar dan bahasa Inggerisnya mengikut piawaian yang diterima.  Untuk itu Ummi telah siapkan dan emel kepada kawan Ummi untuk semak dan edit langsung menjadikannya penulis bersama jika dia sudi.

Semua itu telah Ummi selesaikan semalam.  Hanya menunggu jawapan dari kawan Ummi sebelum Ummi hantar deraf akhir.  Setelah hampir seminggu Ummi di sini belum nampak jalan untuk misi ke-3.  Tapi Ummi tawakal.  Ummi teruskan hari-hari dengan merancang penulisan tesis yang perlu Ummi siapkan deraf pertamanya dalam bulan 2.  Bila budak2 ni ajak pergi talk di Dewan Malaysia Abbasiyah untuk talk tentang misi Palestin, Ummi ikut.  Ummi yakin jika  dalam kesibukan kita tetap istiqomah meluangkan masa untuk kerja-kerja yg meraih keredhoanNya pasti apa saja yang kita rancangkan untuk mencari ilmuNya tetap Ia permudahkan cuma masa tempat dan ketika itu dia jua yang mengetahui bilanya yg terbaik.

Alhamdulillah ekoran dari perkenalan dengan seorang pelajar Bouz dari High School berdekatan dengan Dewan Malaysia Abbasiyah itu, Ummi dapat maklumat untuk misi ke-3.  Nama adik yang berumur 13 tahun itu ialah Khadijah juga.  Dia cadang Ummi dapatkan misi ke-3 Ummi tu dengan Sheikhah Hoda, tok guru qurannya.   Tapi dipendekkan cerita, Ummi mendaftar pagi tadi di Maahad Iqro’ dengan Sheikh Said.  Oleh kerana tempoh Ummi di sini tinggal 3 minggu itupun belum tolak 3 hari yang Ummi kene pergi buat kerja di American University in Cairo New Campus pada 10-13hb January nanti, Sheikh Said suruh Ummi berbincang dengan mudir/pengurus Maahad kerana slot belajar  paling cepat seminggu lepas daftar disusun oleh pengurus itu.

Ummi kata kepada Khadijah tak apa.  Biar Ummi daftar dulu, insyaAllah kalau ini ketentuanNya pasti ada jalan yang mudah.  Seperti saranan Sheikh Said, Ummi pun menelefon Ustaz Omar am tepat jam 11 pagi.  Alhamduliah Ust Omar berasal dari Malaysia dan Ummi tak perlu mengganggu Khadijah yang sedang menghafal syair Arabnya sebagai jurucakap.

“Salamualaikum Ustadz, saya pelajar dari Malaysia, UKM. Tetapi saya sekejap saja di sini tinggal tak sampai 3 minggu tapi niat saya kemari selain menyiapkan kerja-kerja penyelidikan saya ialah nak khatam 30 juzuk bersanat dengan sheikh yang shadid kalau boleh kerana bacaan saya sangat lemah”.

“Boleh, datang daftar dan minggu depan boleh mula”

Huhu Ummi memang dah tahu minggu depan pelajar-pelajar Syariah sini minggu exam tu sebab ada kekosongan untuk dislotkan pengajian Ummi.  Camana ya?  Adakah Ummi pushy? Adakah begitu? Jawab la Ummi nak tau.

“Tapi Ustaz, saya nak la khatam 30 juzuk sebelum balik Malaysia.  Saya tinggalkan suami dan anak-anak 8 orang (semuanya…bukan kat Mesia je serata dunia…tapi ini Ummi tak explain la) sebab dah lama saya bercita-cita nak tahsin 30 juzuk dengan sheikhah atau sheikh dari Mesir.  Belum tahu bila lagi saya nak dapat peluang ni.”

“ok2.  Nanti saya telefon balik nombor ni.”

“Tak ustadz.  Saya masih pakai telefon Malaysia.  Ni telefon Khadijah, student Bouz.  Dia dah nak balik.  Saya takut tak dapat khatam sebelum balik Malaysia.  Saya nak sangat khatam di sini”

“Kalau macam tu saya cadang beli cepat sim card sini senang nak telefon beritau jadual.  Boleh, boleh. InsyaAllah boleh khatam 30 juzuk”

“Baik ustadz.  Hari ini saya usahakan”

“OK, bila dapat nanti sms balik.  Buat masa ini boleh datang hari Selasa untuk mula nanti saya beritahu waktu”.

“Alhamdulilah, terima kasih ustadz, nanti dah dapat nombor saya mesej”.

Alhamdulillah.  Syukur kepada Rabb yang Maha Esa mempermudahkan segalanya.  Akhirnya misi ke-3 Ummi ke Mesir dan cita-cita Ummi yang telah terpendam sekian lama hampir tercapai!  Allah is the Greatest. 

Cukuplah di sini dulu kerana sekarang Ummi rasa semakin risau pula takut Sheikh Said dan Ustadz Omar mentertawakan Ummi dalam hati mereka nanti, tengoklah makcik ni beriya2 nak khatam tahsin 30 juzuk konon Bismillah dan AlFatihah pun siksa nak lepas dengan makhraj yg betul. Takpela, Ummi dah mulakan langkah pertama.  Apa pun harus Ummi teruskan gagahi segala rintangan. Doakan pengajian Ummi dipermudahkan, Allah beri ilham dan hati yang terang untuk menerima ilmu mudah2an dapat khatam dalam tempoh tak sampai 3 minggu ni.  Ummi ada hari Selasa-Jumaat (3 hari kalau mereka tak cuti Jumaat).  Break untuk kerja di American University Cairo dan sambung semula 14-21 (8 hari).  Bukan tak sampai 3 minggu, tak sampai 2 minggu!  Rempuh ajelah… 22-24hb janji nak lawat anak angkat Ummi kat Alex, 25hb dah kena berangkat untuk kerja-kerja seterusnya di Dubai sebelum balik ke Malaysia tercinta pada 30hb Januari 09.  Doakan…

8 Respons to “Akhirnya hampir tercapai Misi ke-3 Ummi ke Mesir”

  1. FaisaL Says:

    senantiasa di doakan.. amin..

    nur cahaya ilmu dan al-quran yang mulia dan tinggi.. akan tumpah dan jatuh di hati yakni tempat yang bersih dan merendah diri.. insyaAllah.. semoga dipermudahkan.. amin..

    alhamdulillah ummi berjaya.. doakan along pula.. insyaAllah..

    kirim salam kepada Aiman..🙂

  2. ummi Says:

    Alhamdulillah, ummi dah balik dari sesi pertama. Ust Omar call dekat telefon Shida roomate Ummi kat rumah Pahang ni tanya kalau2 Ummi nak mulakan hari ni juga. Pucuk dicita ulam mendatang. Cepat2 minum air mineral dan sebiji oren yang dikirimkan Aiman melalui Ustadz Azim yg tinggal di tingkat 1 Rumah Pahang ni. Cukup insyaAllah sekadar untuk mengalas perut. Ustadz Omar letak bawah Sheikh Ahmad Said. Dekat 3 jam dapat 3 ain. Waladdhollin…berkali2. Ain tak betul, dan banyak lagi la…huhu tak tau la dapat ke khatam sebelum balik. Doakan ye…ummi kene cari ebook tajweed sebab banyak gak la langgar tajweed. Tau tapi tak sedar banyaknya perlanggaran yang dibuat. Nak kena ulang balik semua..sedih tapi gembira. Alhamduillah…

  3. FaisaL Says:

    senantiasa didoakan.. amin..

    along rasa ada satu ebook yang merumuskan secara ringkas tentang tajwid di sini..

    amat besar ganjaran orang yang memperbaiki bacaan al-quran.. kalau tak silap along, ada hadith mengenai orang yang mengalami kesulitan membaca al-quran namun dia cuba memperbaiki bacaannya, baginya dua pahala.. subhanAllah..

    semoga kita semua terus menerus memperbaiki bacaan kita.. amin..

    semoga dipermudahkan semuanya ummi.. amin..🙂

  4. Cikgu Says:

    Terima kasih banyak Along, Jzzk. Awalnya ingat macam dah tau tapi yg pasti kene ulang balik sebelum kelas tahsin jam 8-1:30 tghari esok. Doakan ummi dapat bertahan dengan kesejukan duduk dalam kelas selama 5 setengah jam esok.Tengah winter sejuk giler…kalau along balik nanti belikan aiman thermal wear dari sana ye, kat sini kene pakai berlapis2 utk perangkap haba…sian dia dah la jaket nipis yg hanya sehelai kepunyaannya tu lesap krn tertinggal sekejap je kat pdg bola hari jumaat masa dia dtg lawat ummi last week. Dia dah nak exam nak g beli pun takde da slot kosong, ummi pun sejak ambil tahsin ni lepas tu direct lak sewa internet 5 jam sampai 9pm kene cari masa gak utk belikan dia…tak tau camana dia survive dah la tak ade heater…kene gak beli…ni dah berbungkus2…pun masih sejuk gedi…huhhh tak tahan…

  5. wardatul asrar Says:

    tak terkata.. =)

    moga Allah mudahkn segalanya..

  6. FaisaL Says:

    huhu.. patut ambil je mana2 baju2 sejuk along ni.. banyak.. dan thermal along pun patut boleh bawa balik je.. insyaAllah along boleh beli lain.. tapi tak terfikir hari tu.. takpe.. insyaAllah nanti along bawa balik mana termampu.. insyaAllah..

    semoga dipermudahkan.. amin..

  7. Tanpa Nama Says:

    salam…

    mintak maaf sebb amik masa ummi 2 malam… tak dapat umi ngaji 2 malam…

    moga misi ke3 ummi dapat disempurnakan..amin..

    insyaAllah..(^^,)

  8. Cikgu Says:

    Takpe insyaAllah Ummi cuba cover balik sikit2. Dua hari 1 malam di sina tetap membuahkan pengalaman dan memberi ilmu serta makna persaudaraan dalam erti kata sebenar. Maat Taufik Wannajah fi Imtihan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: