ISTIKHARAH DARI PANDANGAN UZAR

Post ini diambil dari zaharudin.net

Guna Istikharah Untuk Paksa Kahwin

Salam ustaz. Dulu saya pernah berkawan dengan seorang lelaki dan akhirnya putus, walaubagaimanapun, lelaki tersebut tidak berpuas hati dan mengatakan dia telah melakukan istikharah dan dia pasti saya adalah teman hidupnya dan mengatakan sekiranya saya berkahwin saya mungkin akan bercerai atau suami saya akan mati dan akhirnya saya tetap berkahwin dengan dia (adakah lelaki ini berdosa cakap macam tu). Saya agak risau pada mulanya kerana bila saya istikharah saya tak nampak apa-apa (mungkin tidak khusy’ atau tak tau laa) sehingga saya jadi ragu-ragu. Sekarang saya telah berkahwin dengan lelaki lain (suami saya sekarang) dan saya berharap hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat. Minta pandangan ustaz, adakah lelaki itu “jahat” kerana menggunakan alasan istikharah untuk memaksa orang mengahwininya. – melalui ruangan komentar-

JAWAPAN UZAR 1) Perlu fahami konsep istikharah terlebih dahulu. Boleh baca juga jawapan saya berkenaan istikharah di sini. Antara yang perlu difahami adalah, bagi mendapat tanda yang benar, setiap individu yang ingin melakukan istikaharah ini mestilah memberishkan niat dan hatinya dari sebarang pilihannya SEBELUM melakukan istikharah ini. serta benar-benar berniat bahawa ia akan menerima apa sahaja pilihan yang akan didapatinya dari istikharah tadi. Demikian pendapat majoriti ulama. Ringkasnya, dalam sebuah hadis sohih menyebut :- كان رسول اللَّهِ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ في الْأُمُورِ كما يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ من الْقُرْآنِ يقول إذا هَمَّ أحدكم بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ من غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللهم إني أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ من فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ ولا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللهم إن كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ خَيْرٌ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لي وَيَسِّرْهُ لي ثُمَّ بَارِكْ لي فيه وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ شَرٌّ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال في عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عنه وَاقْدُرْ لي الْخَيْرَ حَيْثُ كان ثُمَّ أَرْضِنِي به قال وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ Ertinya : Adalah Rasulullah s.a.w mengajar kami melakukan istikharah (meminta petunjuk) sama sepertimana mengajar kami surah-surah Al-Quran. Apabila seseorang kamu mempunyai sesuatu hajat hendaklah dia solat solat dua raka’at dan kemudian berdoa ( dengan doa yang diwarnakan merah di atas)” ( Riwayat Al-Bukhari, no 1109, 1/391) 2) Ugutan si lelaki adalah salah dan mendedahkan kelemahannya. Ia juga tergolong dalam hal yang ditegah oleh Islam. Dimana Islam menegah umatnya untuk menakutkan dan mengugut yang lain. Dalam sebuah hadis menyatakan : كَانُوا يَسِيرُونَ مع النبي فَنَامَ رَجُلٌ منهم فَانْطَلَقَ بَعْضُهُمْ إلى حَبْلٍ معه فَأَخَذَهُ فَفَزِعَ فقال رسول اللَّهِ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا Ertinya : Para sahabat Nabi berjalan (jauh) bersama Nabi saw, lalu seorang dari mereka tidur, sebahagian mereka mula mengambil tali (lalu mengikatnya) dan mengejutkannya (menakutkannya), baginda mendengarnya lalu berkata : “Tidak halal seorang Muslim untuk menakutkan seorang Muslim yang lain” (terjemahan berdasarkan huraian kitab Mirqat Al-Mafatih, 7/103) Di dalam kitab ‘Aunul Ma’bud syarah Sunan Abu Daud, dalam menghuraikan hadis di atas mengatakan tidak halal seseorang mempermainkan rakan yang lain samada dengan niat gurauan, menakutkan dan lain-lain. Al-Munziri pula tidak memberikan sebarang komen tentang taraf hadis ini (‘Aunul Ma’bud, 13/236) Kesimpulannya, perkataan-perkataan yag digunakan oleh lelaki tadi pada hemat saya adalah tergolong dalam kategori ini. Selain itu, ia juga salah kerana berbentuk ramalan berdasarkan tanda istikharahnya semata-mata, malah tanda ini juga mungkin boleh disilapfahamkan jika hati sudah berat sebelah. 3) Ye semoga rumahtangga anda bahagia dan jangan terpengaruh dengan ‘ugutan’ tidak langsung lelaki tersebut. 4) Perlu difahami bahawa tanda istikharah lelaki A (sebagai contoh) berkemungkinan menunjukkan wanita B adalah sesuai dan baik untuknya. Namun istikharah wanita B, menunjukkan lelaki A tidak sesuai untuknya. Ia kerap dan boleh berlaku. Justeru, jangan merasa pelik, jika anda mendapat tanda yang baik, tetapi bakal pasangan anda mendapat tanda sebaliknya, kesimpulan jika mendapat tanda sedemikian adalah, anda berdua tidak sesuai. Akhirnya Dinasihatkan dalam sebuah athar : ما خاب من استخار ولا ندم من استشار Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365) Ibn Taimiyah ketika menghuraikan atahar di atas menyatakan ما ندم من استخار الخالق، وشاور المخلوقين، فقد قال تعالي: وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ Ertinya : Tidak menyesal barangsiapa yang beristikharah kepada penciptanya ( Allah), dan bermesyuarat ( meminta pendapat) dari makhluk ( rakan-rakan dan mereka yang berpengalaman), dan Allah telah berfirman ertinya : Dan dalam urusan mereka itu mereka bermesyuaarat, dan apabil akmu telah berusaha, bertawakkal ( berserah) kepada Allah swt” Justeru, amat elok untuk mengabungkan istikharah dengan berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman, pendapat mereka yang berpengalaman itu sebenarnya adalah salah satu dari tanda istikharah. Seorang ulama salaf berkata :- من حق العاقل أن يضيف إلى رأيه آراء العلماء، ويجمع إلى عقله عقول الحكماء، فالرأي الفذّ ربما زلّ، والعقل الفرد ربما ضلّ Ertinya : dari hak seorang yang beraqal lagi bijak itu adalah menambahkan nilai pendapatnya dengan pendapat para ulama, sehingga bergabung pendapatnya dengan aqal (minda) para ahli cerdik pandai, maka pendapat secara berseorangan berkemungkinan tergelincir, dan minda berseorangan mungkin akan tersesat” ( Al-Madkhal, 4/41) Sekian, Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 22 Feb 2008 Last update: 22-02-2008 16:34

Posted by shahida, on 15-01-2008 09:58, IP 211.25.51.1, Guest
34. …

asslamu’alaikum ustaz, 
 
soalan anaadalah lanjutan dari soalan yg sebelum ini… 
1) ana telah melakukan istikharah berserta doa yg bersungguh minta petunjuk dr Allah dlm setiap solat fardhu dan sunat….isyarat yg ana dapat skrg ini adalah kuat mendorong kpd lelaki itu sedangkan dia telah mendpat isyarat dgn insan lain…APAKAH YG HARUS ANA LAKUKAN?BENARKAH HAL SEDEMIKIAN BOLEH TERJADI?ANA AGAK MUSYKIL..harap ustaz dpt membantu…insyaallah 
 
KOMEN UZAR : IA BIASA SAJA BERELAKU, INI BERMAKNA DIA BAGUS UNTUK ANDA, TAPI ANDA KURANG SESUAI UNTUK DIA. ITU SAHAJA.. 
 
PASANGAN YANG BAIK, ELOKNYA DUA-DUA DAPAT TANDA POSITIF

5 Respons to “ISTIKHARAH DARI PANDANGAN UZAR”

  1. wardatul asrar~ Says:

    “Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati”

    siapa si dia, telah di tetapkan cuma keindahan peribadi si dia itu ditentukan oleh tahap peribadi kita sendiri (kan,ummi..? ni yg kte bace, org yg xdop pngalaman =s)

    selagi tak bersedia untuk satu ikatan yang sah, tak perlu (bg kte) untuk beristikharah. maybe at the moment, kta hanya knal si dia dan merasakan si dia yg terbaik. mcm jwpn ust, manusia ni kadang2 terdorong dgn keinginan sendiri (berat sebelah) tapi menyndarkan petunjuk yg diperoleh itu dari Allah. timbulkan zina hati ja kan perkara ni. (naudzubillah~)

    teringat hadis nabi yg maksudnya lebih kurang gini.. barangsiapa yg terasa syok (asyaka) pada seseorg, maka ditahan, dan jika dia mati, matinya adalah mati syahid.

    indahnya islam

  2. Cikgu Says:

    berdasarkan hadis yg Jeeb tulis itu Ummi cam confuse juga bila digandingkan dgn jawapan UZAR terhadap pertanyaan2 tu (ada banyak lagi comment dalam artikel tu tapi ummi hanya ambil yg berkaitan persoalan ini). UZAR kata kalau sorang dapat positif dan sorang negatif atau tak nampak apa-apa maknanya org yg tak nampak tu baik utk org yg dapat positif tu ttp org yg tak nampak keputusan yg sama dgn yg dapat positif tu maka yg dapat positif itu bukan yg baik untuknya. Ada jumpa syarah hadis ke apa2 yg berkenaan hal ini tak? Apapun Ummi bersandar kepada pendapat UZAR cuma kadangkala sukar untuk menyatakan ini kepada mereka yang berkenaan kerana apabila hati dan perasaan mereka dah terfokus kepada orang yang berkenaan, dunia seolah-olah tidak lagi nampak cerah gelapnya dan kita ini serta ques berkaitan serta kata2 kita seperti cakap2 di angin lalu. Jadinya kadangkala bila ditanya walaupun ini jawapan yang ingin Ummi sampaikan tapi lidah seakan kelu dan hati rasa tak kesampaian untuk menyatakannya…moga Allah permudahkan untuk kita mengikut ketentuanNya. Amin.

  3. wardatul asrar Says:

    tentang UZAR ckp, kte pun baru 1st time baca. mcm mana kalau banin A beristikharah, nmpak banat A. tp banat A nampak banin B, banin B nmpak banat C, mcm chain..? hee~ jauh pulak kte fikirkn. emm.. resolusinya mcm, islah nafsak supaya sesuai untuk mereka2 yg soleh/ah,kn.

    hadis yg kte tulis tu lebih merujuk pd mereka yg berkeinginan pada seseorang tp masih tak berkemampuan untuk memiliki. nasihat nabi supaya di diamkan dahulu hingga masanya sesuai. tp kalau masa dah sesuai, masing2 dh bersedia dlm segenap segi, maka beristikharohlah dan kemudian guna cara yg paling syaro’ untuk mnyampaikn hasrat. dlm forum by kak fatimah syarha, beliau nasihatkn baca kisah2 cinta salafussoleh. ~serahkan cintamu pada Allah nescaya Dia temukan pemilik terbaik~

    ummi mesti lg byk pngalaman hidup yg real untuk dikongsi dgn ank2 dan pasti sgt berbeza dgn teori semata2. ini cuma cebisan ilmu dari pembacaan, ceramah2 (yg menghujan di sini tentang baitul muslim dan yg seangkatan dgnnya) serta sedikit perkongsian pengalaman dr ummi kte msa keja kt bhgian kaunseling,nikah cerai (jawi) dulu. (hari2 denga tazkirah realiti hidup rumahtangga ummah zaman ini) moga segalanya x sia2 dan dpt jd benteng diri ini~

  4. Cikgu Says:

    huhu…tak tau la tapi seperti kata UZAR dan Aiman ada dua jenis istikhorah dan sedikit sangat yg jawapannya dlm bentuk mimpi tapi kalau Aiman baca biar dia yg jawab sebab jawapannya dari Prof Al-Azhar; rasanya takut lak nanti Ummi silap sampaikan…

  5. cikita Says:

    Macam mana pula if dua2 xnampak apa2 tanda? contohnya pihak A dan B sama2 istikharah, tapi dua2 xdapat tanda..apa maknanya? Adakah dua2nya xelok antara satu sama lain??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: