Buat anakanda yg bermujahadah menghafal Al-Quran

Pertama sekali Ummi ucapkan syukur kepada Allah yang Maha Esa kerana membuka hati2 kita yang bermujahadah walau tidak banyak barang sedikit cuma cuba untuk menghafal dan mengamalkan isi kandungan kalam suci AlQuran.  Menyorot pelbagai ujian yang dihadapi Ummi paparkan posting dari www.saidhawa.com yang terakhir dibaca oleh bangcik di komputer Ummi untuk renungan anak-anak Ummi khususnya dan anakanda penghafal al-quran yg lain umumnya.  Apa pun ujian yang dihadapi, ingatlah Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Pengampun Maha Pemurah Maha segala-galanya.  Jika kita mohon dengan ikhlas padaNya Dia telah berjanji tidak akan mengecewakan kita jika itu baik untuk kita. Maka adakah kita sangsi akan janjiNya?  Akhir kata jazakumullahukhairan kathira kepada guru2 ustadz2 ustadzh2 yg berkorban apa adanya untuk mendidik anak2 Ummi khusus sekalung penghargaan buat Ustadz Silmi.  Seterusnya sebelum menoktahkan kalam mari cuba kita renungi penulisan yang ditujukan untuk penghafal al-quran dari blog saidhawa.com ini:

Buat Sahabatku Penghafal al-Quran
sahabatku para penghafal al-Quran

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang  menghafal al-quran.  Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian  yang kadang-kadang  kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang  yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan  dunia.

Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang  terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran.

Imam Syafie Rahimahullah  yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya  menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para Sahabat yang ku kasihi..

Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara  yang sia-sia…

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk  bangun Solat Tahajjud . Qiamulail adalah  warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran.

Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita..

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran , utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan  tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina ini, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat  yang menghafal al-quran.

Uhibbuka Fillah
Barakallahu fikum…

اللهم اجعلنا من أهل القرءان

الذين هم أهلك وخاصة

3 komen dari blog tersebut setakat ini:

  • December 31st, 2008 at 18:37 | #1

    artikel ni memang kena kat ana…
    bab menghafaz tu..
    kadang2 menghafaz al-quran sekadar untuk peperiksaan..
    lepastu lupa…tinggalkan semua…
    astaghfirullahalazim…

  • December 31st, 2008 at 21:32 | #2

    Syukran.
    Sama sama kita muhasabah diri

  • Fikri
    Fikri
    February 7th, 2009 at 01:12 | #3

    Assalamualaikum. Buat para penghafaz quran, Sama2lah kita beramal ngan quran yg telah dihafaz. Walaupun kita tak mampu untuk mengingati semua, jangan sesekali tggl semuanya. Mungkin itu merupakan ujian Allah buat kita. Teruskan usaha kita untuk mengingati quran dengan beristiqomah membaca quran. Mungkin dgn cara ini Allah akan menolong kita untuk mengingati quran secara comlete. InsyaAllah..

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


    %d bloggers like this: