Archive for Mac 2009

Usah dibudayakan …

Mac 31, 2009

Apa yang ingin Ummi perturunkan ini pernah kita bincangkan tetapi tidak terkumpul dalam satu tazkirah khas.  Kadang terkeluar topik ini secara tak formal bila bangcik atau bangtam balik madrasah atau bangteh banglang bangah along balik sekolah ABIM atau adik kakak dari program mereka atau juga Abah Ummi bila dikutip dari emel, cikgu, tok guru dan seumpamanya.  Kebetulan hari ini Ummi dapat emel egroup ex-MRSM Kulim, kawan lama Abah Ummi masa sekolah kat MRSM Kulim dan juga masa belajar kat CSU dulu, yang menghantar koleksi amalan2 yg tidak sepatutnya kita budayakan dalam hidup apabila kita faham tanggungjawab kita sebagai individu muslim.  Agar cepat kita budayakan atau elakkan pembudayaan perkara2 yg patut atau tak sepatutnya, marilah kita renungi bersama atau elok juga kalau adik kakak print letak kat meja rumah dan sekolah untuk diingatkan bersama.

AMALAN UNTUK ELAKKAN HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

 

 

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin (100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam
dan yang paling penting dibawah ini……..

 

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.  

Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk kotor tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.   Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik  dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, akhirat lebih utama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN, semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik  untuk hamba ciptaanNya.

Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun  (Sabda Rasulullah SAW).  Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. [Surah Al-Ahzab:71]

Advertisements

Meniti Hari-Hari Terakhirku …

Mac 15, 2009

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Selawat dan salam sejahtera kpd Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta sahabat2 baginda.

1_hetty

…sesungguhnya mereka telah mengumpulkan pasukan untuk menyerangku, kerana itu mereka fikir hatiku yang hancur luluh seusai pertemuan petang jumaat 13.2.09 telah melemahkan diriku justeru ancaman yang disampaikan melalui ketua kami akan kuturuti sebagaimana dikehendaki mereka.

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi derajatnya jika kamu orang2 yang beriman.
[Ali Imran:139]

…mereka fikir dengan penuh yakin kini diriku yang lemah ini cukup gentar dan aku bakal akur dengan kehendak mereka.  Namun aku belum mahu menyerah kalah dan memberi kemenangan percuma kepada mereka malah perkataan ketua kami dalam nada menengking itu sekian lama kian memberiku kekuatan.  Aku yakin aku berada di dalam kebenaran dan apa yang kuperjuangkan adalah hak diriku dan rakan-rakan seperjuangan.  Sungguh tatkala aku tidak dapat menahan sebak dan airmata dari bercucuran di hadapan mereka mereka yakin mereka telah menang dan aku telah dilemahkan, namun aku bangkit dan belum mau tunduk dengan kehendak mereka.

Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung [Ali-Imran:173]

Tanggal 6.3.09 di pagi Jumaat yang mulia itu kutemui penyeliaku yang telah membuat surat sokongan dan ulasan demi meyakinkan mereka akan keperluanku itu.  Temujanji dibuat untuk mendapat sokongan pentadbir atasan dan ulasannya pada 10.3.09.  Syukur, beliau juga memahami keperluanku dan memberi ulasan dan sokongan terhadap permohonanku itu.  Kini saat yang kutakuti tiba untuk berjumpa kembali dengan ketuaku pada 12.3.09.  Seperti yang kujangkakan, permohonan itu ditolak mentah2 “Kan saya dah kata, you jangan buat, you dah janjikan!” .

Kucuba meyakinkannya dengan sokongan penyelia dan pentadbir atasan namun katanya dia telah menjelaskan kepada atasan kami itu dan beliau akan menarikbalik sokongannya terhadap permintaanku itu.  Pelbagai alasan2 “trivial” yang tidak masuk akal diberikan demi mempertahankan keputusannya sebelum ini dan akhirnya aku mengalah juga kerana aku malas untuk menjawab lagi… pasti ada saja jawapannya yang tidak dapat kuterima.  Dan aku tahu kelemahanku apabila perlu mengadap bersemuka lidahku seakan kelu walau skrip panjang telah tertulis rapi di benak fikiranku sejak beberapa lama sebelum pertemuan itu. Apalagi yang dapat kuusahakan..borang serta lampiran ulasan serta laporan lengkap yang kusiapkan saban hari minggu itu diambil dan aku tiada salinan yang mengandungi sokongan dan ulasan atasanku itu…Disimpannya takut nanti mana tahu aku naik ke atas lagi menuntut hakku…

Malam itu kucuba menenangkan fikiran dengan bermusafir bersama keluarga ke Pulai Condong.   Subuh kami di Masjid Gua Musang.   Tiba di Kota Bahru pagi Jumaat nan mulia itu  jiwaku semakin terasa tenang.  Ayat-ayat dari qalam suci memecah kesunyian diikuti ceramah yang membangun jiwa memenuhi ruang lingkup dataran pasar siang di Jalan Dato’ Pati sehingga menyelinapi seluruh ruang bilik 503 di Ansar Garden.

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.  Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram
[Ar-Rad:28]

Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan tindakan2 kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami …
[Ali-Imran:147]

Kini aku mampu kembali mengetik kekunci kanvas maya ini di Bumi Bangi.  Kumulai dengan nafas baru yg kuperoleh seusai bermusafir ke Kota bahru  dengan penuh kesyukuran.  Aku berusaha meringankan bebanku dengan mengucapkan kesyukuranku kepada Allah s.w.t. bahawa segala usaha ku ini hanyalah untuk anak-anakku, keluargaku, anak didikku, bangsa dan agamaku demi menegakkan risalahNya; bahawa semua ini untuk jalan Allah, bukan jalan materialis dan bukan pula jalan orang-orang munafik atau kafirun.  Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana menganugerahkan Islam kepadaku.   

Hasbunallah wani’mal wakil…cukuplah Allah menjadi penolongku dan Dia adalah sebaik2 Pelindung.