Meniti Hari-Hari Terakhirku …

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Selawat dan salam sejahtera kpd Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta sahabat2 baginda.

1_hetty

…sesungguhnya mereka telah mengumpulkan pasukan untuk menyerangku, kerana itu mereka fikir hatiku yang hancur luluh seusai pertemuan petang jumaat 13.2.09 telah melemahkan diriku justeru ancaman yang disampaikan melalui ketua kami akan kuturuti sebagaimana dikehendaki mereka.

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi derajatnya jika kamu orang2 yang beriman.
[Ali Imran:139]

…mereka fikir dengan penuh yakin kini diriku yang lemah ini cukup gentar dan aku bakal akur dengan kehendak mereka.  Namun aku belum mahu menyerah kalah dan memberi kemenangan percuma kepada mereka malah perkataan ketua kami dalam nada menengking itu sekian lama kian memberiku kekuatan.  Aku yakin aku berada di dalam kebenaran dan apa yang kuperjuangkan adalah hak diriku dan rakan-rakan seperjuangan.  Sungguh tatkala aku tidak dapat menahan sebak dan airmata dari bercucuran di hadapan mereka mereka yakin mereka telah menang dan aku telah dilemahkan, namun aku bangkit dan belum mau tunduk dengan kehendak mereka.

Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung [Ali-Imran:173]

Tanggal 6.3.09 di pagi Jumaat yang mulia itu kutemui penyeliaku yang telah membuat surat sokongan dan ulasan demi meyakinkan mereka akan keperluanku itu.  Temujanji dibuat untuk mendapat sokongan pentadbir atasan dan ulasannya pada 10.3.09.  Syukur, beliau juga memahami keperluanku dan memberi ulasan dan sokongan terhadap permohonanku itu.  Kini saat yang kutakuti tiba untuk berjumpa kembali dengan ketuaku pada 12.3.09.  Seperti yang kujangkakan, permohonan itu ditolak mentah2 “Kan saya dah kata, you jangan buat, you dah janjikan!” .

Kucuba meyakinkannya dengan sokongan penyelia dan pentadbir atasan namun katanya dia telah menjelaskan kepada atasan kami itu dan beliau akan menarikbalik sokongannya terhadap permintaanku itu.  Pelbagai alasan2 “trivial” yang tidak masuk akal diberikan demi mempertahankan keputusannya sebelum ini dan akhirnya aku mengalah juga kerana aku malas untuk menjawab lagi… pasti ada saja jawapannya yang tidak dapat kuterima.  Dan aku tahu kelemahanku apabila perlu mengadap bersemuka lidahku seakan kelu walau skrip panjang telah tertulis rapi di benak fikiranku sejak beberapa lama sebelum pertemuan itu. Apalagi yang dapat kuusahakan..borang serta lampiran ulasan serta laporan lengkap yang kusiapkan saban hari minggu itu diambil dan aku tiada salinan yang mengandungi sokongan dan ulasan atasanku itu…Disimpannya takut nanti mana tahu aku naik ke atas lagi menuntut hakku…

Malam itu kucuba menenangkan fikiran dengan bermusafir bersama keluarga ke Pulai Condong.   Subuh kami di Masjid Gua Musang.   Tiba di Kota Bahru pagi Jumaat nan mulia itu  jiwaku semakin terasa tenang.  Ayat-ayat dari qalam suci memecah kesunyian diikuti ceramah yang membangun jiwa memenuhi ruang lingkup dataran pasar siang di Jalan Dato’ Pati sehingga menyelinapi seluruh ruang bilik 503 di Ansar Garden.

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.  Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram
[Ar-Rad:28]

Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan tindakan2 kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami …
[Ali-Imran:147]

Kini aku mampu kembali mengetik kekunci kanvas maya ini di Bumi Bangi.  Kumulai dengan nafas baru yg kuperoleh seusai bermusafir ke Kota bahru  dengan penuh kesyukuran.  Aku berusaha meringankan bebanku dengan mengucapkan kesyukuranku kepada Allah s.w.t. bahawa segala usaha ku ini hanyalah untuk anak-anakku, keluargaku, anak didikku, bangsa dan agamaku demi menegakkan risalahNya; bahawa semua ini untuk jalan Allah, bukan jalan materialis dan bukan pula jalan orang-orang munafik atau kafirun.  Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana menganugerahkan Islam kepadaku.   

Hasbunallah wani’mal wakil…cukuplah Allah menjadi penolongku dan Dia adalah sebaik2 Pelindung.

5 Respons to “Meniti Hari-Hari Terakhirku …”

  1. FaisaL Says:

    huhu.. semoga dipermudahkan ummi.. amin..

  2. Cikgu Says:

    Amin ya rabbalalamin

  3. wardatul asrar Says:

    katakanlah yang HAQ walau ianya PAHIT..

    salam mujahadah buat ummi..

  4. Tanpa Nama Says:

    moga ummi terus kuat
    terus atas jalan yang ummi perjuangkan

    moga sakit itu menguatkan
    moga sedih itu ada kegembiraan
    moga letih itu sembuh dengan manis perjuangan

    moga apa yang ummi perjuangakan
    mendapat balasan
    dalam cara terbaik yang Allah kurniakan

    amin..

    kami di sini
    kami penyokong2 ummi…(^^,)

    slam rindu dari bumi anbiya’

  5. Cikgu Says:

    Along di OZ, Wardatul Asrar di PJ dan Tanpa Nama di bumi anbiya’:

    Jazakumullahukhairan katheera. Ingatan kalian saja sudah cukup menggembirakan, memberi kekuatan, memberi kesembuhan dan menggamit ingatan mesra yg cukup manis dan membahagiakan.

    Ummi tetap yakin, andai kita menolong agama Allah, pasti Dia akan memenangkan kita. Segala kepincangan dan kekalahan yang dialami adalah kerana kesilapan Ummi sendiri yang masih kerap lalai sehingga membelakangkan kitab Allah, tidak istiqomah dalam perjuangan.

    Hanya dengan Kitab Alah dan Sunnah kita akan menang. Kemenangan terletak pada ketaatan kepada Alllah, begitu juga syurga Firdausi hanya akan dicapai dengan taat setia kepadaNya.

    Jika kamu menolong agama Alah, nescaya Dia akan menoongmu dan menegukan kedudukanmu [Muhammad:7].

    Doakan perjuangan Ummi disini. Esok satu lagi perjuangan bakal di hadapi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: