Lain Kali?

heartcopy
Ini tentang hati
Bila lagi
lain kali
Jika esok kita mati
10 (1)
tiada lagi lain kali
tinggallah janji tak terpateri
untuk menjaga hati
agar fitrah terungkap kembali
mari kita bawa diri
tanpa manusia kekuatan diri
pasti Allah beri
kita hidup sendiri
tanpa mengharap sesiapa memberi
kita cari
kita beri
kita tunaikan amanah diri
fikirkan apa kan ditanya nanti
di daerah nan abadi
setulus hati
buatmu dan diri ini
insyaAllah biiznillah pasti
Allah bersama membangunkan diri
kita ini al faqir ilaAllah, tanpa api
yang membakar semangat jatidiri
siapalah diri ini
687560486l cuma nanti
bila Sang Pencipta bertanyakan hal ini
jangan salahkan abah dan ummi
jika ditanya tentang pos ini
memang ada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah pergi
terutama sekali
ditujukan buat mutiara2 hati
yang pernah dan sesuka hati
gemar mengungkapkan bait ini
suka hati…lain kali
yang gemar mendekati ummi
tahu penyebatian ungkapan itu yang terkambus di sudut hati
itu antara ungkapan terlarang dalam kotak hati
tapi ummi mengerti
kadang kala tak dapat elakkan diri
pulangkan segalanya pada Sang Pencipta kerna dia Pemilik hati2 ini

5 Respons to “Lain Kali?”

  1. wardatul asrar Says:

    sesungguhnya antara hakikat kehidupan ini kita perlu berkorban
    kerana jalan mujahadah menuju mahmudah
    tangganya licin dan berlumut, basah dan berselut
    tiada perhentian untuk rehat, peluh di kesat
    kerana bukan di sini tempat melepas penat
    hiburannya tenang hati di dunia
    bahagia hakiki menanti di Syurga

    salam mujahadah

  2. Cikgu Says:

    insyaAllah berkorban itu memang indah, susah senang Allah yang tahu, apalah diharap pada manusia. Ummi uhibbuki ilaAllah. Salam mujahadah kembali.

  3. FaisaL Says:

    semoga dipermudahkan urusan..

    selalu kita mengharapkan hari yang cerah, kadang tiba-tiba Allah berikan hujan.. puas kita menahan sebak kerana musnah harapan.. rupanya, setelah hujan itu, dia hadirkan pelangi untuk hambaNya..

    susah dan senang.. kita tetap terus padaNya.. insyaAllah..

    semoga dipermudahkan segalanya.. amin..

    senantiasa doakan kami semua ye ummi.. walaupun ada yang di antara kami mungkin selalu melukakan hati ummi..

    uhibbuki fillah..

    salam rindu dari perantauan..
    Along
    Nailsworth, Australia

  4. Kanan Yg Girang Gembira Says:

    Salam…

    Ke hadapan ummi yg dirindui,

    ‘Dan apakah mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka belum diuji?’

    Dan apabila mereka itu diuji dan gagal.. Lalu mereka meratapi dan mengatakan ujian Allah terlalu berat.. Sedangkan mereka punyai hati2 yg rapuh.. Lalu sedarlah mereka, mereka bukan org yang beriman.. Lalu mereka meratapi nasib mereka.. Tp lantaskah mereka hanya bersedih dan tidak berbuat apa2? Tidak, mereka lantas bangkit, mengubati hati2 yg lemah dan rapuh.. Dan mencari jalan Allah dengan sebenar2nya.. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya.. Mereka menunggu ujian Allah selepas ini, dan yakin dan mendekatkan diri dengan Allah, mereka cuba utk melepaskan diri dari kemelut hati.. Semoga mereka berjaya menempuh ujian Allah yg seterusnya.. n menjadi org2 yg terlepas diri dari azab Allah.. Ameen..

    Umi..
    Bglang yakin dengan umi.. Dah terlalu lama bglang kenal umi utk mengetahui bahawa dalam kotak hati umi tuh takda perkataan ‘putus asa’.. Bglang sayang umi…

    Dari perlembahan Nil..
    Ardhul Kinanah..

    Wassalam

  5. Cikgu Says:

    Ummi uhibbukum fillah …jzzk… ummi berlapang dada sesunggungNya Allah ada di mana-mana selagi kita mencariNya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: