InsyaAllah saya akan bentang …

Insya Allah itu adalah janji kita kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu DENGAN izin ALLAH.  Ucapan insya Allah bukan alasan untuk tidak menepati janji.  Janji adalah hutang yang mesti dibayar.  Ucapan ini juga bukan kalimah menolak secara halus permintaan pihak yang ingin kita jaga hati dan perasaannya. Insya Allah lebih difahami sebagai kata-kata jaminan bahawa janji yang telah kita ucapkan akan terlaksana dengan baik. Sebab siapa yang berjanji dengan niat sungguh-sungguh untuk menepatinya, maka Allah akan membantu untuk mematerikan janji tersebut.

Islam mengajar kita, apabila berjanji berkatalah Insya Allah yang bermaksud jika Allah izin, kerana kita tidak mempunyai daya upaya untuk melakukan apapun kecuali atas izin Allah kerana kita tidak tahu walau dalam sekelip mata apa pun boleh terjadi kepada kita dengan kehendakNya.

Kalimat insya Allah telah digunakan oleh nabi-nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad Saw. Ketika Nabi Ibrahim menyampaikan perintah Allah untuk menyembelih putranya, Nabi Ismail berkata, “Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang bersabar.” (Qs Al-Saffat ayat 102).

Begitu juga ketika Nabi Musa berjanji kepada Nabi Khidir untuk patuh dan tidak mempertanyakan semua tindakannya selama dalam perjalanan menuntut ilmu. Nabi Musa berkata, “Insya Allah engkau akan mendapatiku sebagai orang yang bersabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.” (Qs Al- Kahfi ayat 69).

Kalimat ini kemudiannya diwariskan kepada Nabi Muhammad Saw. Allah memerintahkan kepada Nabi untuk selalu mengucapkan insya Allah setiap kali berjanji akan melakukan sesuatu. Allah berfirman:
“Dan jangan sekali-kali engkau (Muhammad) mengatakan Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok kecuali dengan menyebut Insya Allah” (Qs Al-Kahfi ayat 23-24).

Maka jika kita merancang untuk bentang proposal pada bulan 11, maka berusahalah bersungguh2 dengan menghantar bab demi bab sekurang2nya 3 bulan sebelum bulan 11 setelah kita mengatakan kepada penyelia:

konfem saya akan bentang bulan 11

…kerana kita tidak tahu apa ketentuan Allah dan apakah penyelia kita dapat memenuhi harapan kita untuk dia menyemak dalam tempoh seminggu untuk setiap bab.   3 bab 3 minggu, jika ada pembetulan kita perlu 3 minggu lagi untuk 3 bab.  Katakan kita memang hebat hanya perlu 2 kali pembetulan sebelum menghantar final deraf yg memerlukan 3 minggu untuk 3 bab bagi penyelia finalize, agree, approve dan endorse; that takes at least 9 weeks = 3 bulan!  Penyelia kita ada ramai pelajar.  Misalnya bulan 11 ni dia ada 5 orang nak bentang iaitu pelajar S, C, W, I dan A.  Adakah dalam tempoh 3 bulan sebelum bulan 11 ni kita expect penyelia kita siang malam pagi petang baca all 5 usulan dengan sebegitu teliti sekali?  Mungkin dapat baca tapi tak seteliti yg sepatutnya dia boleh baca kerana dia perlu habiskan 5 usulan dalam tempoh 3 bulan selama sekurang2nya 3 pusingan termasuk final draft yang akan dibentangkan.

Kesimpulannya, hantar 6 bulan sebelum supaya kita tak bersaing dengan rakan2 lain untuk mendapat feedback teliti dari penyelia dan follow up selalu kerana penyelia ada banyak tanggungjawab lain, mengajar, menulis, menyelidik dll maka bila hilang kita dari pandangannya mungkin hilang juga dari ingatannya untuk membaca tesis kita.  Just my opinion. ..penyelia kita manusia yang tidak lari dari kesilapan dan kealpaan, dia memerlukan kita untuk saling ingat-mengingati.  Others may think differently.  Walllahualam.  Jangan marah ya, hanya sekadar mengingatkan🙂 Teruskan berjuang untuk defend usulan yang terbaik!

Seorang mukmin yang baik menyadari hakikat dirinya sebagai hamba yang lemah dan tidak pernah berjanji melainkan dengan menyebut Insya Allah. Tapi kita juga tidak boleh bermain-main dengan kalimat ini untuk  berjanji kepada seseorang yang kita tahu janji itu belum benar2 pasti dapat kita tepati. Kalau memang pasti tidak boleh menunaikan sesuatu atau memenuhi permintaan atau harapan orang lain dalam tempoh yang diminta  terus terang walaupun itu mungkin menghampakan seseorang.  Wallahualam fissawab.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: