IMAM BUAT SEORANG PUTERI

Bila tiba masanya nanti…
Bonda ingin kamu pilih..
Imam yang bakal membawamu ke syurga…
Tak hensem tak mengapa,
kerana lelaki memimpin bukan dengan kehensemannya…

Tak kaya lebih bonda suka,
sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan…
Ada lelaki yang tak hensem,
nampak lembut, tak segagah hero KL menjerit…
kulitnya gelap atau matanya sepet…
namun penampilannya kemas, kefahaman agamanya baik…
di wajahnya terpancar pesona seorang mujaheed…

Ada ramai lelaki kacak, tetapi penampilannya tidak terurus,
di luar kacak, di rumah bersepah pinggan megi,
bungkusan makanan dan gelas tak berbasuh…
tapi anime dan dota mampu dikhatamkan ikut masa yang ditentukan…
apalagi jika ada puntung rokok…
gerenti bonda tak rela melepaskanmu kepada lelaki seperti itu…

tak kaya tak mengapa,
asal diri dan kebersihan persekitaran terjaga…
bilik penuh buku dan baju tak berlipat sekali-sekala tak mengapa,
asal jangan sampai ada makhluk lain datang menyinggah…
abuk kayu bertaburan di halaman sekali-sekala pun tak mengapa,
asal harum kucing pun tak berani membuangkan najisnya…

Ada yang memandang agama perkara remeh…
Sesuatu yang boleh dipelajari bila dah kawen nanti…
Sebenarnya isu agama adalah isu kritikal…
Kerana memilih seorang imam tidak mudah…
Mungkin puteri bonda akan bertanya,
Bagaimana memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam….
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam…
Ada juga yang merasakan lelaki yang telah khatam hafazan itu paling baik sebagai imam…
Tetapi pada bonda itu semata-mata; bukanlah ukurannya…
Tiada semua itu tak mengapa asal ingin dan berusaha menjadi seperti itu dalam masa terdekat…

Asal dia ingin nanti membangunkanmu bermunajat di sepertiga malam…
Asal dia ingin membawamu bersama berada di atas jalanNya…
Kita hanya mengukur zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu…
Pun begitu, bonda suka mencadangkan…
Satu tempoh yang istimewa sebelum sah bergelar isteri kepada seseorang…
Satu tempoh terbaik 3,5, 7, 9 atau 15 purnama …tapi bukan tempoh yang terlalu lama…
Untuk menguji sejauh mana dia ikhlas, serius dan mampu menjadi imam …

Tatkala seorang lelaki yang baik ingin menyuntingmu…
Seorang lelaki yang mungkin memenuhi ciri-ciri yang diimpikan…
Seorang lelaki yang ikhlas…
Seorang mujaheed yang dicari…
Bonda rela melepaskanmu jika dia sudi dan mampu menjadi imam
kepadamu dan zuriat yang bakal dilahirkan…
Jika dia perlukan berikan waktu …
Waktu yang mampu memberikannya masa…
Menjadi imam yang dia sendiri ikhlas ingin membina dirinya keranaNya jua…
untuk kamu atau untuk seseorang yang lain
Yang mungkin lebih sesuai untuknya…

Sama seperti soalan yg ditujukan kepada Ustazd Azhar Idrus…
Orang tutup aurat semuanya baikkah?
Ustaz Azhar Idrus lalu jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat…
Begitulah persoalan kita sekarang…
Bukanlah lelaki yang mengutamakan perkara-perkara lain melebihi
perkara-perkara yang disangkutkan dengan hal-hal memperoleh ilmu agama dan
melaksanakan kewajipan amal maaruf nahi munkar untuk diri keluarga dan masyarakat tidak baik;
tetapi seorang lelaki yang baik akan mengutamakan hal-hal membangunkan dirinya dgn agamanya
sebagai bekalan ke kampong akhirat
agar perkongsian hidup kalian akan kekal hingga ke jannnah…

Tatkala waktu itu tiba…dan bonda tiada lagi di dunia ini…
Istikharahlah wahai puteri bonda,
Istikharah itu bukan memilih antara dua insan…
Istikharah bermaksud berusaha mencari yang terbaik atas segala usaha yang mampu…
Setelah menjumpai imam yang memenuhi ciri-ciri yang bonda nyatakan tadi…
Berdoalah seusai bermunajat kepadaNya…
Moga Allah Razaq memberikanmu kemudahan…
dalam memilih seorang imam…
Jika baik untuk puteri bonda pasti Allah permudahkan
Jika dia bukan yang terbaik untukmu
mohon Allah jauhkan, pisahkan dengan cara yang terbaik
mohon agar tidak tersalah pilih hanya kerana mengikut kata hati yang sedang lena dibuai mimpi…

Moga Allah permudahkanmu…
memilih seorang lelaki yang mampu menjadi imam untukmu …
yang dapat menitiskan air matanya apabila melihatmu kesakitan melahirkan zuriatnya…
yang mampu membangunkan kamu untuk beribadat di sepertiga malam ….
yang memahami minatmu
yang dapat membantumu menjaga ibadahmu dari segala yang melalaikan
yang sama-sama membaca, mentadabbur dan mengamalkan Al-Qalam
yang dapat menemanimu mengikuti kuliah Risale-i-Nur dan pengajian seumpamanya…
yang dapat memimpinmu bersama di atas jalan yang telah diukirkan untukmu…
jalan yang sama menuju kampong akhirat…
Jika pencarian itu telah kau temui…
Bersyukurlah kepadaNya…
Jadilah, permaisuri hatinya…
Bonda rela melepaskanmu…andai di tangannya ada Syurga buat kamu…
Tidak perlu lagi bonda menemuinya…cukup sekiranya dia
sudi menjadi imammu seperti mana yang dinyatakan…

– Kalam Ketikan Dell Bonda 27.2.2015 Jumaat

2 Respons to “IMAM BUAT SEORANG PUTERI”

  1. Hakimi Banjari Says:

    kuha biasakan panggil diri bonda kepada anak-anak…nanti sy minta dia bacakan kepada anak….sebelum tidur biar anak tahu isi hasrat bonda..

  2. Cikgu UmmI Says:

    hihi betul ke gitu hakim? Saya bahasakan diri saya bonda dalam surat syair sajak dan puisi sahaja, dalam refleksi dan komen serta bersemuka ia berubah serta merta menjadi Ummi🙂 Kirimkan salam rindu kepada Kuha yang sangat dirindui🙂 maila buat Lawatan Sanggar Kerja ke tempat kami, saya di pusat komputer sekarang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: