Archive for the ‘Aqidah’ Category

Mata Akal Mata Hati

Mac 31, 2013

Buku terkini Prof Muhaya Terbitan 2013

Rumusan Bahagian 1: Berfikir Mematangkan Diri

“Corak fikiran dibentuk oleh iman yang dimiliki oleh seseorang.  Baik imannya, maka akan baiklah cara pemikiran dan tingkah laku seseorang itu”

Kategori orang yang benar2 berjaya ialah orang yang benar2 boleh mengawal fikirannya dari 3 aspek:

1.  Sentiasa berfikir
2.  Mengawal pemikiran
3.  Berfikir di luar kotak pemikiran yang biasa

Untuk mencapai pemikiran sebegitu kita harus selalu menyuruh dan mengawal pemikiran supaya selalu berfikiran positif dan di luar kotak. Kira harus tahu potensi diri yang sentiasa boleh menjadi apa yang kita inginkan.  Caranya dengan meletakkan matlamat menggunakan minda sedar (berfungsi hanya 5% ke arah matlamat yang kita tetapkan)  dan bersungguh2 menggunakan minda bawah sedar (berfungsi 95% untuk mencapai matlamat yg kita ditetapkan).

Corak fikiran dibentuk oleh iman yang dimiliki oleh seseorang.  Baik imannya, maka akan baiklah cara pemikiran dan tingkah laku seseorang itu.  Oleh itu kita perlu belajar melihat sesuatu dengan 3 mata iaitu (i) mata fisikal, (ii)  mata hati dan (iii) mata akal serta mengelakkan daripada melihat hanya dengan mata fizikal dan mata yg keempat iaitu (iv) mata nafsu.

Apabila kita memberi, mulakan dengan akidah iaitu sistem kepercayaan.  Selepas itu barulah memberi untuk membina akhlak dan amalan.  Kemudian barulah bentuk sikap kemanusiaan dan seterusnya membentuk gerakan fizikal.  Fikir di luar kotak dan potensi kerana potensi kita sangat besar.  Most of all, jauhi dari 7 emosi yang tidak perlu ada dalam diri kita iaitu:

1.  Takut
2. Benci
3. Dendam
4. Tamak
5. Tahyul
6. Marah
7. Dengki

Wallahua’lam.  Itu setakat yang Ummi fahami dari bacaan bahagian 1 yang mengandungi 6 bab.  Rumusan bab-bab tersebut bakal menyusul.  Jika salah pemahaman Ummi mohon betulkan.  Robbi zidni ‘ilmaan nafi’a.

 

Meniti Hari-Hari Terakhirku …

Mac 15, 2009

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Selawat dan salam sejahtera kpd Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta sahabat2 baginda.

1_hetty

…sesungguhnya mereka telah mengumpulkan pasukan untuk menyerangku, kerana itu mereka fikir hatiku yang hancur luluh seusai pertemuan petang jumaat 13.2.09 telah melemahkan diriku justeru ancaman yang disampaikan melalui ketua kami akan kuturuti sebagaimana dikehendaki mereka.

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi derajatnya jika kamu orang2 yang beriman.
[Ali Imran:139]

…mereka fikir dengan penuh yakin kini diriku yang lemah ini cukup gentar dan aku bakal akur dengan kehendak mereka.  Namun aku belum mahu menyerah kalah dan memberi kemenangan percuma kepada mereka malah perkataan ketua kami dalam nada menengking itu sekian lama kian memberiku kekuatan.  Aku yakin aku berada di dalam kebenaran dan apa yang kuperjuangkan adalah hak diriku dan rakan-rakan seperjuangan.  Sungguh tatkala aku tidak dapat menahan sebak dan airmata dari bercucuran di hadapan mereka mereka yakin mereka telah menang dan aku telah dilemahkan, namun aku bangkit dan belum mau tunduk dengan kehendak mereka.

Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung [Ali-Imran:173]

Tanggal 6.3.09 di pagi Jumaat yang mulia itu kutemui penyeliaku yang telah membuat surat sokongan dan ulasan demi meyakinkan mereka akan keperluanku itu.  Temujanji dibuat untuk mendapat sokongan pentadbir atasan dan ulasannya pada 10.3.09.  Syukur, beliau juga memahami keperluanku dan memberi ulasan dan sokongan terhadap permohonanku itu.  Kini saat yang kutakuti tiba untuk berjumpa kembali dengan ketuaku pada 12.3.09.  Seperti yang kujangkakan, permohonan itu ditolak mentah2 “Kan saya dah kata, you jangan buat, you dah janjikan!” .

Kucuba meyakinkannya dengan sokongan penyelia dan pentadbir atasan namun katanya dia telah menjelaskan kepada atasan kami itu dan beliau akan menarikbalik sokongannya terhadap permintaanku itu.  Pelbagai alasan2 “trivial” yang tidak masuk akal diberikan demi mempertahankan keputusannya sebelum ini dan akhirnya aku mengalah juga kerana aku malas untuk menjawab lagi… pasti ada saja jawapannya yang tidak dapat kuterima.  Dan aku tahu kelemahanku apabila perlu mengadap bersemuka lidahku seakan kelu walau skrip panjang telah tertulis rapi di benak fikiranku sejak beberapa lama sebelum pertemuan itu. Apalagi yang dapat kuusahakan..borang serta lampiran ulasan serta laporan lengkap yang kusiapkan saban hari minggu itu diambil dan aku tiada salinan yang mengandungi sokongan dan ulasan atasanku itu…Disimpannya takut nanti mana tahu aku naik ke atas lagi menuntut hakku…

Malam itu kucuba menenangkan fikiran dengan bermusafir bersama keluarga ke Pulai Condong.   Subuh kami di Masjid Gua Musang.   Tiba di Kota Bahru pagi Jumaat nan mulia itu  jiwaku semakin terasa tenang.  Ayat-ayat dari qalam suci memecah kesunyian diikuti ceramah yang membangun jiwa memenuhi ruang lingkup dataran pasar siang di Jalan Dato’ Pati sehingga menyelinapi seluruh ruang bilik 503 di Ansar Garden.

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.  Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram
[Ar-Rad:28]

Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan tindakan2 kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami …
[Ali-Imran:147]

Kini aku mampu kembali mengetik kekunci kanvas maya ini di Bumi Bangi.  Kumulai dengan nafas baru yg kuperoleh seusai bermusafir ke Kota bahru  dengan penuh kesyukuran.  Aku berusaha meringankan bebanku dengan mengucapkan kesyukuranku kepada Allah s.w.t. bahawa segala usaha ku ini hanyalah untuk anak-anakku, keluargaku, anak didikku, bangsa dan agamaku demi menegakkan risalahNya; bahawa semua ini untuk jalan Allah, bukan jalan materialis dan bukan pula jalan orang-orang munafik atau kafirun.  Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana menganugerahkan Islam kepadaku.   

Hasbunallah wani’mal wakil…cukuplah Allah menjadi penolongku dan Dia adalah sebaik2 Pelindung.

Terima kasih Tuhanku…

November 23, 2008

Kerana dalam ukhuwah, apabila kasih sayang yang dibina
tidak dimulakan dengan akidah yang satu atas fikrah yang sama
maka apabila hilang tujuan permulaan, hilang rasa dan perasaan.

Terima kasih wahai Tuhanku 
Y
ang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya 
Membenarkan aku menghadap-Mu
Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang 
Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan ku minta pada-Mu 
Memuja memuji sepenuh hatiku 
M
emohon munajat pada-Mu Ya Rabbi 

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu 
Aku mula bimbang kalau aku derhaka dalam ketaatan 
Bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat 
T
apiku kan dapat kemarahan-Mu 
Ya Rabbal ‘Aalamin maafkanlah aku…

Terima kasih Tuhanku…
Masih aku tsabat dengan izinMu
Biarpun sms ku tak berjawab
Berlalu ia pergi tanpa bersalaman
Pandangan dibawa jauh membelakangi diri

Aku hanya insan yang lemah
Tidak mampu menurut perancangan dan hasrat insan terpilih
Namun doa ku tetap mengiringinya
Agar bahagia yang dicari menjadi miliknya

Allahumma Inni a’uzhubika minal hammi walhazan
Astaghfirullahalladhi Laailahailla huwalhayyulqayyu mu waatubuilaih.

Keimanan

Oktober 16, 2008
Andai matahari ditangan kananku…
takkan mampu mengubah yakinku
terpatri dan takkan terbeli
dalam lubuk hati
Bilakah rembulan di tangan kiriku
takkan sanggup mengganti imanku
jiwa dan raga ini
apapun adanya….
Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yg kutempuh
Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanyalah untukMu tetapkan muslimku selalu…

 

Munsyid: Harris Shafix
Klik untuk Dengar