DAKWAH MASYARAKAT DAN DAKWAH KELUARGA: GARIS MENGEKAL KONSISTENSI DARI ASPEK HABLUMMINALLAH DAN HABLUMMINANNAS

Julai 29, 2012

Semua aspek ibadah yang dilaksanakan dalam program bersama ahli jemaah dan masyarakat biarlah konsisten dilaksanakan juga di rumah bersama keluarga atau dalam lingkungan individu itu sendiri tatkala tinggal bersendirian.   Berdasarkan dalil dakwah itu wajib sudah jelas kita perlu berdakwah. Ini adalah kerana selepas kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyah.kita perlu bangun semula untuk menegakkan Islam dari segenap lapisan bermula daripada i) Individu Muslim, ii) Baitul Muslim, iii) Rakyat Muslim, iv) Daulah Islamiyah dan v) Khilafah Islamiyah.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung. 

(Surah Ali Imran: 104).

‘Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)’.

(Surah Ali Imran: 110).

Kita harus berusaha menjaga hati ibu bapa dan keluarga SAMA dengan usaha menjaga hati mad’u, ahli usrah, ahli jemaah dan masyarakat  dari pelbagai aspek:

  • Keikhlasan dan kerelaan dalam menyumbang tenaga

Jika untuk program jemaah kita boleh pergi awal dan balik lewat semata-mata untuk menjalankan tugas sebagai ahli jemaah membantu menyediakan jamuan dan membantu mengemas untuk menjaga maslahat ukhuwah maka di rumah lebih2 lagi.  Jika ada yang membasuh pinggan atau masak bantulah mengemas halaman atau lain-lain perkara yang boleh dibantu atau berlumba2lah untuk mendahului orang lain menyediakan makanan tanpa dikejut atau diminta dengan bangun lebih awal. PASTIkan kita bukan sekadar menyediakan makanan tetapi sebagaimana kita sanggup balik lambat dalam program jemaah untuk mengemas dan seumpamanya begitu jugalah di rumah.  Jangan sampai perkakasan dapor yang kita guna ditinggalkan begitu sahaja dan bekas-bekas makanan basi ditinggalkan di atas meja seusai makan untuk orang lain pula menyumbang tenaga mereka hanya kerana kita telah menyediakan makanan.  Jika kita ikhlas dan faham, kitalah yang perlu menunjukkan contoh yang baik.  Jangan berkira tenaga dengan adik-beradik dan ibu bapa sendiri sebagaimana kita dengan rela hati sentiasa bersedia bila-bila masa apabila pihak kepimpinan meminta kita menyumbang tenaga dengan kerja dakwah.  Kalau dalam jemaah sebilangan besar tanggungjawab kita yang buat kerana kita lebih mahir dalam sesuatu bidang misalnya produksi video dan seumpamanya maka apa salahnya jika di rumah walaupun adik-beradik lain melepak, jika kita tidak pandai mengagihkan tugas antara ahli-ahli keluarga yang lain, kita sendiri yang menyelesaikan tugas dengan tujuan menunjukkan contoh yang baik.  Lakukanlah dengan ikhlas pasti keikhlasan kita tercermin dan lambat-laun niat ikhlas kita akan menyentuh hati mereka yang cuba kita sendtuh dalam kalangan keluarga sendiri seperti mana kita beria-ia mengambil hati mad’u dengan cuba menyentuh hati mereka.  Lebih baik dari itu jika kita dapat mengajak mereka sama-sama melaksanakan sesuatu tugasan agar ukhuwah terbina.  Jangan sampai ibu bapa balik dari bekerja mereka juga akhirnya terpaksa menyelesaikan semak-samun di rumah.  Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kamu sewaktu kamu kecil.  Perkara kecil seperti ini adalah juga dakwah melalui contoh yang baik kepada ahli keluarga. Dakwah ini adalah proses tarbiyyah diri kita sendiri dan juga untuk keluarga.  Jika tertib dakwah di ikuti, adab-adab di fahami, setiap sunnah di hayati, dalam rumah agama di hiasi dan hidup beragama setiap hari sama ada dalam keluarga mahupun di luar sana tatkala bermasyarakat, insya-Allah akhlaq ahli keluarga akan di perbaiki dan kita bakal melahirkan sifat sayang menyayangi, akhlak terpuji yang seterusnya akan membentuk umat yang berbakti.  Selagi hayat di kandung badan, cinta Allah terpahat di hati, syurga menjadi destinasi, insya-Allah kita bukan saja bakal mendapat ketenangan dan kebahagiaan di dunia hidup dalam keluarga yang harmoni tetapi insya-Allah akan bahagia di akhirat yang kekal abadi. Itulah janji Illahi, Rabbul Jalil.

  • Keikhlasan dan kerelaan membelanjakan wang ringgit

Hisab diri apa yang telah kita buat dalam program dan tanya diri adakah kita telah berusaha melaksanakan perkara yang sama di rumah atau dengan keluarga?  Sanggupkah kita korbankan masa dan wang ringgit untuk maslahat usrah keluarga seperti mana kita korbankan wang ringgit untuk program dan sumbangan bulanan kepada jemaah dan ahli usrah serta mad’u kita?  Jika jawapannya “situasi berlainan kerana adik-adik di rumah tak mahu ikut program…” tanya kembali kepada diri sendiri berapa kali telah kita ajak ahli keluarga ikuti program 5X, 10X, 15X, 30X?  Jika tidak sampai pun kepada angka-angka itu, kita harus berusaha lebih keras memahami JALAN DAKWAH. Baca buku DAKWAH FARDHIAH, JALAN DAKWAH dan seumpamanya.  Hayati dan amalkan apa yang kita tahu bermula dengan diri dan keluarga dahulu.  Itu menunjukkan keikhlasan dalam berdakwah kerana mengikut tertib jalan dakwah jika tidak kita hanya sekadar untuk memperlihatkan kehebatan beragama dalam kalangan ahli jemaah, ahli usrah dan mad’u.  Membaca dan mencari ilmu bukan sekadar untuk menjadikannya bahan kita berhujah atau untuk menunjukkan kehebatan ilmu kita semasa menyampaikan tazkirah dan seumpamanya.

Rasulullah berdakwah kepada kaum kerabatnya dahulu dan dalam masa yang sama berdakwah juga kepada masyarakat sekeliling.  Keluarga merupakan sokongan yang kuat untuk kita terus berdakwah sebenarnya. Jadi, perseimbangan antara tanggungjawab dakwah dengan urusan keluarga amatlah dituntut.  Sebagai da’i yang memiliki kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab, kita mestilah mengatur kehidupan kita agar seimbang.  Keluarga tidak harus diabaikan kerana dakwah. Begitu juga sebaliknya dakwah tidak harus dikorbankan kerana sibuk melayani anak isteri, adik-beradik dan ibu bapa.  Kita mesti memahami keutamaan bagi setiap perkara, masa dan keadaan. Ketika adik-adik dan anak-anak masih kecil, tumpuan mesti diberikan kepada mereka, didik dan beri tarbiyyah supaya mereka menjadi pelapis yang bakal meneruskan risalah. Bukan mendidik dan mentarbiyyah adik-beradik yang kecil dan mudah diajak sahaja tetapi semua adik-adik remaja.  Cuba pelbagaikan strategi dan jangan mudah jemu dengan sekadar 10x ajakan yang tidak diterima.  Mungkin masa dan keadaan semasa ajakan pertama kedua dan kesepuluh itu tidak sesuai, mana tahu dengan doa dan hidayah dari Allah ajakan kesebelas dia dalam dilemma memilih jalan yang benar atau kufur dan kita tidak mengajaknya berada di atas jalan yang benar.  Apakah yang akan kita jawab kepada Allah nanti bila di akhirat beliau menyatakan bahawa beliau memilih jalan kufur kerana abangnya tidak mengajaknya lagi untuk sama-sama berada di atas jalan yang benar?

Sungguhpun demikian, dalam masa yang sama kita tidak boleh meninggalkan medan dakwah sepenuhnya atas alasan mendidik anak atau mentarbiyyah ahli keluarga khususnya adik-beradik yang bermasalah.  Tindakan ini akan membawa kerugian kepada kita dari segi pendedahan, pengalaman dan pahala.  Dalam membuat pengimbangan antara kegiatan dakwah dan urusan keluarga, kita mestilah benar-benar mengetahui tahap kemampuan optimum yang mampu diberikan kepada kegiatan dakwah dan kita juga mesti benar-benar tahu tahap optimum urusan keluarga yang boleh dikongsi dengan kegiatan dakwah.  Kita mesti tahu tahap yang kalau diabaikan tanggungjawab terhadap tarbiyyah ahli keluarga sehingga akan menyebabkan kemudaratan. Misalnya jika saban minggu kita ada program jemaah dan kita telah buat perancangan minggu ini untuk program besar2an di salah sebuah masjid kawasan berdekatan bersama ahli jemaah, tiba-tiba ibu bapa kita ajak balik kampung “mungkin kata ayahnya yang akan menjalani pembedahan jantung pada minggu hadapan bahawa  ini mungkin kali terakhir mereka akan iftar bersama”, maka seharusnya perasaan ibu bapa tatkala itu harus diutamakan walaupun sekilas lalu nampak urusan balik kampung berbanding dengan agenda iftar jamaei solah-olah terlalu remeh untuk dilayan.  Dengan tidak melayani permintaan itu yang bukannya selalu diminta oleh ibu dan ayah, hanya sekadar sekali sahaja dalam tempoh lebih setahun kita telah menghiris hati mereka sedalam-dalamnya.  Memang mereka sentiasa memafkan tetapi tahukan apa implikasi tatkala bercucuran air mata ibu dalam perjalanan ke kampung tanpa kia bersama pada hari itu.  Apakah pandangan Allah terhadap kita yang sanggup melukkan hati ibu bapa hanya kerana kita ingin iftar bersama jemaah kerana program itu program hebat semua ahli jamaah yg hebat akan hadir dan imam palestin akan mengimamkan solat walhal setiap tahun imam palestin akan datang mengimamkan solat di Malaysia ttp tahun depan mungkin kita tidak berpeluang iftar sekeluarga dengan mengumpulkan semua yg ada di Malaysia begini lagi.  Dalam pada itu kita juga mesti tahu tahap kegiatan dakwah yang kalau ditinggalkan akan memudaratkan dakwah. Dalam menentukan kedua-dua tahap ini kita mesti jujur terhadap diri kita, keluarga dan dakwah yang dipikul. Pertimbangan juga akan dipengaruhi bantuan dan kerjasama suami, isteri, ibu atau bapa jika kita masih tinggal bersama mereka.  Jika harus keluar rumah, mintalah izin dari ibu bapa atau sekurang-kurangnya maklumkan kepada ibu atau bapa ke mana kita pergi.  Janganlah bersangka buruk kepada mereka bahawa mereka akan menghalang kerja dakwah kita.  Bukan kita saja yang faham.  Mereka mungkin tidak aktif seperti kita ttp mereka faham juga tanggungjawab dan kewajipan berdakwah.  Sentiasa bersangka baik kepada ibu bapa kita insya-Allah pasti satu hari dakwah kita akan seiring dengan jalan yang mereka telah rentas sejak kita kecil lagi.  Kita kadangkala tidak akui tarbiyyah kita dapat ini dimulakan oleh mereka bila kita terlalu taksub dengan pimpinan jemaah semasa.  Sejahil-jahil ibu bapa kita tidak mungkin mereka tidak pernah mendidik kita sehingga apa yang ada pada kita pada masa ini.  Mereka tidak minta wang ringgit dan harta dari kita.  Mereka saban hari mendoa dan memafkan apa jua kesalahan kita.  Apalah salahnya kita menghormati mereka.  Jika tidak mahu ajak mereka ikuti program umum yang sedang kita tujui ajaklah anak-anak mereka yang lain iaitu adik-beradik kita sendiri.  Usahlah malu dengan keadaan keluarga sendiri kerana hakikat itu tidak mungkin terhapus sekiranya kita sendiri tidak menggilap permata dalam pasir di keliling kita.  Akhir kata hayatilah catatan ilmu yang dikutip dari bahan-bahan berikut buat pedoman dalam berdakwah untuk keluarga.  Wallauhu’alam fissawab, yang baik itu dari Allah segala kesilapan dari diri yang lemah lagi daif ini.

Tinta Ummi

 

Allah ta^ala berfirman:

يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارًا وقودها الناس والحجارة

Mafhumnya: “Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” [Surah al-Tahrim, ayat 6].

Al-Imam Abu`l-Hasan ‘Ali ibn Ahmad al-Wahidi dalam kitabnya al-Wajiz fi Tafsiri`l-Qur’ani`l-‘Aziz mentafsirkan: “Wahai orang-orang yang beriman! Berilah peringatan buat diri kamu sendiri dan ahli keluarga kamu tentang perkara yang boleh mendekatkan diri kepada rahmat Allah dan jauhilah diri kamu dan ahli keluargamu dari perkara dosa”.
Al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani dalam kitab tafsirnya al-Tafsiru`l-Munir mentafsirkan: “Wahai orang-orang beriman! Ajarkanlah diri kamu sendiri, isteri kamu, anak-anak kamu tentang kebaikan dan didiklah dengan cara menyuruh mereka melakukan kebaikan dan mencegah mereka dari melakukan kejahatan. Dengan itu, kamu akan memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari neraka”.
Al-Hafiz ‘Abdu`Llah al-Harari al-Habashi dalam kitabnya al-Siratu`l-Mustaqim berkata: “Pentafsiran ayat ini ialah bahawa Allah memerintahkan orang-orang yang beriman agar memelihara diri mereka sendiri dan ahli keluarga mereka dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu dengan cara mempelajari perkara agama dan mengajarkannya kepada keluarga mereka; iaitu mempelajari dan mengajar pengetahuan tentang perkara yang telah difardukan oleh Allah untuk melakukan segala yang wajib dan meninggalkan segala yang haram. Ini supaya tidak terjerumus kepada akidah sesat dan kufur seperti pegangan tashbih dan tamthil (menyamakan Allah dengan makhluk).  Ini kerana orang yang menyamakan Allah dengan sesuatu yang lain adalah ibadahnya tidak sah. Dia sebenarnya menyembah sesuatu yang dikhayalkan.  Al-Imam al-Ghazali berkata: “Ibadah itu tidak sah melainkan selepas mengenali Allah yang disembah”[1].
Al-Hafiz ‘Abdu`Llah al-Harari berkata dalam kitabnya Bughyatu`t-Talib berkenaan maksud ayat di atas: “.  Jika dia seorang yang alim maka wajib ke atasnya mengajar keluarganya atau membenarkan mereka belajar dengan seseorang yang boleh mengajar. Ketika itu dia diharamkan untuk menghalang keluarganya dari keluar kerana belajar. Hatta isteri pun tidak boleh dihalang oleh suaminya dari keluar untuk belajar sekiranya suaminya bukanlah orang alim tentang perkara tersebut atau suaminya seorang yang alim tentang perkara itu tetapi dia mencuaikan tanggungjawab mengajar dan tidak pula membawa orang yang boleh mengajar isterinya”…..”Barangsiapa yang mempelajari ilmu agama yang bersifat daruri[2] (fardu ain) dan mengajar keluarganya maka sebenarnya dia telah memelihara dirinya dan keluarganya dari neraka Jahanam. Barangsiapa yang tidak berbuat demikian maka sebenarnya sedang menghancurkan dirinya dan keluarganya”.

Pengajaran: 

*Memelihara diri dan ahli keluarga dari azab neraka adalah wajib.
*Menuntut ilmu agama yang bersifat daruri adalah wajib ke atas setiap muslim.
*Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan anaknya ialah mengajar ilmu agama terutama dan pertamanya ilmu akidah.
*Suami yang mengajar agama kepada isteri dan anaknya adalah suami yang penyayang.
*Suasana pengajaran dan pembelajaran ilmu agama dalam rumahtangga akan mengerat dan memurnikan ikatan kasih sayang kekeluargaan.
*Perbuatan menghalang seseorang dari menuntut ilmu adalah perbuatan yang tercela.
*Perbuatan membiarkan keluarga dalam kejahilan membawa penderaan yang sangat dahsyat di dalam neraka.
*Jalan mudah untuk ke syurga ialah jalan menuntut ilmu agama.

_____________________________________________________
[1]Pentafsiran oleh al-Hafiz ^Abdu`Llah al-Harari dan al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani berdasarkan tafsiran Sayyidina ^Ali ibn Abi Talib yang telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak jil. 2, hlm. 494. Al-Hafiz al-Harari berkata dalam kitabnya al-Sharhu`l-Qawim bahawa tafsiran ini datang daripada Sayyidina ^Ali ibn Abi Talib dengan isnad qawiyy.
[2] Suatu kadar ilmu agama yang diketahui oleh semua meliputi orang awam dan para ulama.

Mensucikan Jiwa dari Dosa

April 19, 2012

Kata Ustadz Asri dari syarahnya tadi perihal mensucikan jiwa:

Beruntunglah orang  yang mensucikan jiwanya, jadi lah apa pun, buatlah apa pun tetapi kita mesti kembali kepada satu asas iaitu mensucikan diri.  Jiwa dengan apa yang Allah jadikan diri ini pelik kerana diri kita tanpa  jiwa, kosong;  Allah kata untunglah org yang mensucikannya dan rugilah orang yg mengotorkannya.
Setiap perjalanan Allah jadikan banyak stesen  untuk mensucikan jiwa; kita ada solat, kita ada puasa.  Jika kita gagal mensucikan jiwa maka banyaklah masalah.  Bagaimana mensucikan jiwa? Melafazkan zikir dengan lisan bertalu-talu “subhanallah..3X+…alhamdulillah…3x+” membuan insan mengingati Allah mungkin pada mulanya hanya pada lisan namun bila diucapkan bertalu-talu lalu zikir itu masuk ke dalam tubuh sehingga membawa ke jantung hati sehingga terlafaz ke lidah.  Oleh kerana hati itu hati mukmin maka insan apabila menyebut Allah  ingat kerajaan Allah kebesaran Allah dan apabila tengok kerajaan Allah hamba Allah akan teringat Allah

Bersabit dengan jiwa ini, kadangkala kita merasakan amat sukar untuk jiwa ini terus-menerus mengingati Allah samada pada lisan mahupun ke jantung hati sehingga terlafaz semula pada lisan dalam segala perlakuan kita.  Maka Shaikh Ibnu ‘ataillah mengatakan:

Bagaimana hati seseorang akan dapat memancarkan cahayanya padahal di dalamnya terukir semua gambar-gambar selain Allah.  Atau bagaimana orang akan melangkah menuju Allah, sedangkan ia sentiasa terikat dengan syahwat (keinginan), atau bagaimana seseorang akan dapat mempunyai keinginan kuat agar dapat masuk ke hadirat Ilahi, sedangkan hatinya belum suci daripada janabah kelalaiannya.  Atau bagaimana seseorang itu boleh berharap, agar dia memahami rahsia-rahsia halus, sedangkan ia belum bertaubat untuk menebus kesalahan-kesalahannya…

Setiap orang yang beriman, tentu berharap agar dirinya dapat memancarkan cahaya sehingga dapat mengenal Allah melalui pancaran cahaya mata hatinya.  Namun pada kenyataannya tidak semua hati mampu memancarkan cahaya.  Ini adalah kerana hati tersebut masih tercemar dan tertutup oleh bayangan-bayangan keindahan dunia dengan segala kemewahannya.

Jika demikian apakah yang mesti dilakukan oleh seseoarang agar terpancar dari hatinya agar dapat mengenal Allah? Adapun perkara2 yang patut dilakukan bagi tujuan ini adalah:

1. Hapuskan lukisan2 atau gambaran dunia yang menghalang  daripada mengingati Allah.

2. Bersihkan jiwa daripada kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa, baik terhadap Allah mahupun terhadap sesama manusia.
Sesuai dengan firmanNya yang bermaksud:

Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka taubat mereka itulah yang diterima Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.                                   (Surah AnNisa’: 17)

3. Bertaqwa kepada Allah dan berusaha menuntut ilmu bagi mempelajari perkara-perkara yang ghaib.  Sehubungan ini
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu yang sudah diketahui, maka Allah akan mewariskan kepadanya pengetahuan terhadap sesuatu yang belum diketahuinya”

4.  Mengendalikan hawa nafsu yang selalu mendorong manusia melakukan perkara maksiat.

 

Dipetik dari:

Youtube Ustad Dr. Asri dan buku Kaifiat Mempertajam Mata Hati Dalam Mengenal Allah oleh Syaikh Ibnu Ataillah Al-Sukandari – preparation untuk tazkirah 19.4.2012 (Beit Asma Kajang)

HAKIKAT KEMULIAAN ILMU

Mac 8, 2011

Belajar olehmu bahawasanya ilmu itu perhiasan bagi empunyanya; dan kelebihan dan tanda bagi sekalian sifat kepujiannya.  Jadi olehmu menuntut faedah tiap2 hari akan bertambahnya; daripada ilmu dan berenang olehmu di dalam laut segala faedahnya.  Tuntut olehmu akan fikah kerana fikah terlebih afdal yang memimpinnya; kepada kebajikan dan takutkan Allah dan terlebih betul yang betulnya.  Ialah ilmu yang menunjuk kepada jalan2 petunjuknya; ialah kota yang menyangkakan daripada sekalian kesusahannya.  Kerana seorang yang alim pada fikah yang waraknya; terlebih susah atas syaitan daribada seribu abidnya.

Kesimpulan: Belajarlah olehmu dan menuntut olehmu akan ilmu.

BAb 1: Pelita Penuntut [Al-Al’alamah Asy-Syeikh Az-Zarnuji]

Tidak Pernah Ada Kata Terlambat Untuk Membersihkan Diri

Januari 1, 2011

Telah banyak yang kulewati, jalan hitam di dunia,
Tak terhitung selama nodai.
Masihkah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan hati dan cinta kasihMu
Kuingin bersihkan diriku dari segala dosa
Yang telah kuperbuat hingga kini
Kuingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan segala petunjuk jalanMu
Bersihkan…terangi hariku
Tiada yang ada selainMu yang selalu menjagaku
Meski kadang tinggalkanMu, aku yang hanyalah manusia
Yang mencari jalanMu, yang pasti kembali padaMu

10 Dasar Muhasabah Harian

Disember 19, 2010

Dari Blog Ummu Anas: Ulamak Fathi Yakan dalam menghuraikan tatacara memelihara diri dari godaan syaitan dan nafsu, menggariskan 10 dasar muhasabah harian:

  • Qiyamullail – membina kekuatan luar biasa.
  • Solat subuh berjemaah – beroleh jaminan perlindungan dari Allah.
  • Tadabbur dan berwirid dengan al-quran hingga berlinang air mata.
  • Pastikan sumber makanan dan rezeki yang diperoleh dari sumber yang jelas dan halal. Tujuan makan dan minum untuk mendapat tenaga beribadah.
  • Bersihkan diri dari sifat malas, Islam tidak suka pengangguran. Bersihkan rezeki yang diperoleh dengan infaq dan sedekah.
  • Sewaktu berada di khalayak, kawallah pandangan supaya tidak tergoda atau menggoda. Juga tidak terdorong kepada perkara syubhah.
  • Setiap tingkah-laku mesti dikuasai akhlak Islam. Sebaiknya menjadi contoh yang membawa kebaikan kepada manusia lain.
  • Setiap saat dan sepanjang hayat digunakan untuk menuntut dan menambah ilmu bermanfaat.
  • Bulatkan tekad untuk sentiasa menjalani kehidupan Islam serta sentiasa mengutamakan kepentingan Islam.
  • Ingati juga hak jasad: kesihatan dan ketangkasan fizikal mesti dijaga. Makan dan minum secara sederhana, juga elakkan dari aktiviti dan kerja yang terlalu meletihkan.

Bagaimana Membuka Hati dan Mensucikannya

Disember 18, 2010
Salam kembali.  Posting ini menggabungkan sumber dari blog Bro. Hamzah (posting tentang Taaruf kerana Allah) dgn TV show Bro. Hilal Langit Ilahi (tentang Bagaimana Membuka Hati) untuk tajuk ini.   Mungkin 2 kali duduk baru siap kerana pagi ni kena lapor usulan student Dr. Azah.  Menyelam kejap sambil minum air :).
Baca sampai habis posting ni.  InsyaAllah pasti ada sesuatu yang lekat di hati …nanti ummi masukkan juga satu lagi video Bro. Hilal Langit Ilahi (posting video tersebut tentang kemanisan Islam tetapi relevan dengan tajuk ummi tentang mensucikan hati) …pasti insyaAllah visual pasca-tontonnya dalam pemikiran kita yang tekal dapat membantu kita sentiasa peka dalam misi sepanjang hayat…misi memsucikan hati…
Seperti dalam wall FB pagi tadi, jika menilai kualiti amalan seseorang maka harus kita tahu hati budinya.  Bagaimana melihat hati budi seseorang…sukar menilainya.  Pendekata kualiti amalan bergantung kepada kualiti hati dan sebaliknya kualiti hati boleh dinilai dari kualiti amalan.  Wallahualam.
Jom tengok TVshow Langit Ilahi dari Bro. Hilal.  Walaupun tajuknya tentang kemanisan Islam tetapi analoginya relevan…kita takkan merasa kemanisan Islam jika hati kita dikotori dengan perasaan hasat dengki, tidak pernah rasa cukup untuk sentiasa mensyukuri nikmatnya malah boleh lagi kufur nikmat dan sebagai-bagainya.
Petikan di bawah ni ummi ambil sebenarnya nak ulas tentang kerelevanannya dalam menjaga ukhuwah di rumah sesama kita tetapi dah tak sempat sebab nak buat report usulan student Dr. Azah ni…cuba fikir sendiri dulu apa yang cuba ummi kaitkan tips menyentuh hati ini dalam menjaga hubungan kita sekeluarga.  Nanti ada masa ummi ulas dalam posting lain.
 

Al-Marhum Abbas Assisi mengajukan lapan cara untuk menghafal nama kenalan baru dalam rangka persaudaraan kerana Allah:
(1) – Hendaklah kita tanamkan rasa ingin dan suka menghafal nama orang lain. – BH ; Kita letakan niat dan keazaman untuk menghafal nama seseorang dan mengingatinya.
(2) – Ketika sedang berkenalan, hendaklah kita siap untuk menghafal namanya – secara lengkap atau sebahagian saja— lalu mengingat-ingat dan memakainya pada saat itu juga tatkala bercakap-cakap. – BH ; ketika berbual-bual kali pertama kita boleh menggunakan ganti namanya dengan namanya sendiri.
(3) – Nama biasanya terdiri dari tiga bagian: namanya sendiri, nama orang tuanya, dan nama keluarganya. Nama yang paling disukai oleh pemiliknya adalah namanya sendiri atau kuniah-nya. (sebutan nama yang dikaitkan dengan anak laki-laki tertua, seperti Abu Khalid, Ummu Khalid, dan sebagainya). Jika Kita tambahkan pada nama itu nama keluarganya, itu akan lebih baik. Biasanya nama keluarga yang satu dengan yang lain tidak sama jadi sangat mudah untuk dihafal, seperti As-Siisi. Adapun nama-nama seperti Muhammad, Ali, Hasan, atau Sa’ad akan sangat banyak dijumpai, sehingga agak sukar menghafalnya.
(4)- Ketika berkenalan dengan nama yang baru, Kita harus mengingat orang-orang yang mempunyai nama yang sama – yang telah Kita kenal sebelumnya – agar mudah untuk menghafal. – BH ; ini penting untuk membezakannya. Apa tah lagi di Malaysia ini ramai yang mempunyai nama yang sama.
(5)- Pada waktu berkenalan, Kita harus memperhatikan wajah dan keadaannya; apakah ia berjanggut, memakai kaca mata, bagaimana warna kulit, suara, bentuk tubuhnya, pekerjaannya, serta di mana dan bagaimana perkenalan itu berlangsung.- BH ; pemerhatian dan pandanganlah wajahnya dengan penuh kasih sayang dan berikanlah peluang untuk kita mengenalinya lebih dekat.
(6)- Untuk memantapkan ingatan, Kita boleh menulis nama-nama tersebut, dan setiap kali bertemu hendaklah Kita memanggil mereka dengan nama-nama tersebut. Jika tempat tinggalnya jauh, hendaklah Kita mengirim surat kepadanya, kerana ini mempunyai impak yang amat besar dalam mempererat hubungan kita dengan mereka. Surat menyurat itu sendiri merupakan sarana dalam pendidikan. – BH ; sediakan buku khusus untuk mencatat nama individu yang baru kita kenali. Ia sangat praktikal!
(7)- Ketika bertemu lagi, Kita harus mengingat-ingat pertemuan-pertemuan sebelumnya dan pertemuan yang pertama kali, kerana ini dapat membantu kita dalam mengingat namanya dengan cepat.- BH ; proses recall ini sangat baik untuk latihan penajaman fikiran. InsyaAllah
(8)- Berkenalan dengan seseorang merupakan pintu bagi kita untuk berkenalan dengan teman-temannya, hingga kita mempunyai data nama yang amat banyak. Kita pun harus berusaha agar nama-nama itu tetap melekat di kepala.- BH ; ia adalah amalan yang sangat mulia dan tinggi di sisi Allah SWT.
Rujukan [3]
Taaruf Kerana Allah SWT. – Komentar seorang hamba
(1) – Kekadang dalam persahabatan walaupun sudah lama berkenalan, bersahabat, bergaul dan bergurau – kita perlu kemaskinikan (update) taaruf kita dengannya. – Banyak sebenarnya yang kita terlepas pandang dan tidak tahu sebenarnya. Bak kata sahabat saya – ia umpama proses menghangatkan semua persahabatan yang sudah lama sedia terjalin.
(2)- Selalu sahabat-sahabat saya sebut, kalau kita ini ingin benar-benar taaruf dengan seseorang biasanya kita perlu [a] bermusafir bersamanya, [b] makan bersamanya [c] tidur bersamanya [d] berprogram bersamanya [e] pernah melihat keadaan dirinya marah & sedih. – Wallahu’alam, mungkin betul, mungkin tidak. Atau macamana?
(3) – Saya bersyukur kerana dapat bertaaruf dengan ramai sahabat-sahabat, rakan-rakan dan teman-teman yang baik dan soleh sepanjang kehidupan saya. Selalu memperingatkan saya ketika lupa, selalu menasihati saya ketika alpa dan selalu menegur kita tersalah bicara. Inilah sebahagian daripada kebahagiaan dan kenikmatan saya.

 

(4) – Sekarang ini saya sedang mengemaskinikan taaruf saya dengan sahabat-sahabat saya yang telah lama kami bina hubungan ukhuwah ini. Fokus data dan maklumatnya ialah kerja dimana? – Sudah kahwin ke belum? dan anak sudah berapa orang?.(‘’,).
[1] Al-Hujurat (49) : 10
[2] Az-Zukhruf (43) : 67
[3] Abbas As Sisi, Bagaimana Menyentuh Hati
Terlalu banyak perkara yang mengecewakan.  Apabila meletakkan harapan yang tinggi bila jatuh terhempas sakitnya amat terasa.  Bila letak harapan yang biasa capaiannya mudah malah letaknya lebih rendah dari apa yang diunjurkan.  “Jawapannya moderasi.”
Sehubungan itu apa yang cuba disampaikan awal pagi tadi belum boleh diletakkan setara ketinggian hati budi yang ingin dicapai.  Maka biarlah kita fahami selami hayati alami amali  dulu apa yang terungkap dalam 2 video ini.

The-Promise-(09)-Jihad,-A-Cry-for-Help

November 28, 2010

Imam Muda Episod I

Jun 25, 2010

Tak kiralah kontroversi apapun dalam kalangan yang berilmu atau kurang berilmu, yang tua mahupun remaja belia malah kanak-kanak sekalipun; bagi ummi rancangan realiti ini adalah juga tak banyak sedikit manafaatnya.  Ada waktu untuk mendengar bacaan Al-quran, selawat dan perkongsian ilmu sedikit sebanyak dengan mereka yang pernah atau tidak pernah mendapat terus secara formal atau non-formal.  Oleh kerana kita tak ada Astro, ummi linkkan episod 1 di sini.  Rasanya Bgck, Bangtam dan Adek suka juga kalau dapat tengok ni 🙂 – ada juga manafaatnya dari mendengar yang lagha…

Episod 1: 1/5

Episod 1: 2/5

Episod 1:3/5

Episod 1:4/5

Episod 1:5/5

Dilindungi: Kiriman Berikutnya

November 23, 2009

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Saat ini selama dalam percutian ini…

November 21, 2009

lakaran rindu itu terus-terusan kusingkirkan
hari demi hari biar hilang rasa  pilu
bersama zahir yang mengandung hayatku
hingga nanti bila kutemu Rabb dan Ilahku
moga kalian sudi menghadiahkan al-fatihah
tatkala jasad itu dikambusi sang bumi…

Saat ini usahlah diriku dihubungi…
aku ingin berehat sebentar…
tak mahu kumenjawab dari mana pun panggilan,
tidak juga aku rasa ingin berSkype,
berYM, emel, blogging, facebooking,
dan yang sewaktu dengannya…


aku hanya ingin…
meluahkan rasa hati di warkah bisu ini
biarkan diri ini sendiri
memuhasabah diri
yang selalu lari
dari realiti
sesaat cuma bersamaNya
menghilangkan rasa rindu dan pilu

kerana kalian tidak mampu
memahami diriku ini…
dan aku juga tahu…
kekurangan diri ….
alhamdulillah kini…
kalian mampu peroleh sendiri…
kebahahagiaan hakiki…
biarkan aku singgah lebih lama
bersamaNya
kerana Dia saja yang tahu
segala yang terbuku dihatiku
Cukuplah Ia bagiku…
Biarkan aku sendiri dulu…