…mereka menawan banyak jiwa dan menusukkan tikaman yang menyerang hati dan jiwa dengan melakukan pelbagai maksiat dan dosa besar.  Bahkan, beberapa hati telah berjaya dimatikan sehingga tidak berdaya untuk bangkit kembali.   Namun Allah Maha Adil.  Kecantikan kurniaan Allah itu jika disyukuri akan bertambah namun jika dikufuri ia akan lenyap.  Bahkan mereka yang kufur nikmat terhadap kecantikan yang dikurniakan itu menjadi terhina, tidak dihiraukan dan tidak diambil peduli terutamanya pada zaman di mana seorang lelaki sahaja yang menjadi penjaga 40 orang wanita.

Tetapi jika kecantikan tersebut dihiasi dengan  hiasan adab-adab al-Qur’an dan dijaga dengan pendidikan Islam, dan dijaga dengan selayaknya dalam paksi tarbiyah Islam, maka kecantikan yang fana itu pun akan menjadi kekal serta akan membuatnya lebih cantik, lebih indah, dan lebih anggun dibanding bidadari syurga yang kekal abadi, sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi …

Dari Koleksi Risalah Nur Panduan Remaja  Karya Said Nursi Bediuzzaman.  Halaman 31-33

Tinggalkan komen