Cukuplah Hanya Allah Hati Bergantung dan Berserah Diri

Januari 5, 2017

Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayang Dia Al-Khaleeq Al-Jabbar Al-Muntaqeem.

TarBiyyaTuL QaLbI

Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Itu petanda bahawa Dia amat mengambil berat akan diri kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di persada cinta hakiki, yang tidak pernah kita bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di kalbu. 

 Tapi ya Allah, insan lemah seperti kami ini amat sukar meninggalkan cinta fatamorgana hinggalah pelangi indah berlalu menghiris dan menghimpit ruang rindu sampai tiada lagi perasaan yang mampu menandingi cinta baru-cinta dunia yang wujud seusai sepah yang dicampak jauh ke dasar lautan. Kami memerlukan kekuatan dariMu tatkala melepaskan pemergian pelangi menjauhi memori perjalanan cinta fatamorgana. Kami memerlukan kekuatanMu Ya Ilahi.

 Kami benar2 ingin mendekatiMu ya Rabb, sedekat-dekatnya. Kami ingin hanya Dikau menjadi…

View original post 336 more words

PhD & Resam PaDi

November 18, 2016

Kadangkala mudah di awal pengajian untuk kita menasihati org lain agar mengikut resam padi. Waktu ini kita masih perlukan bantuan dan kerjasama sahabat dan penyelia.  Jika kita ikhlas bersahabat, persahabatan ini akan kekal hingga ke Jannah.  Bukan masa kita perlukan bantuan mereka untuk menjernihkan yang kabur dan memudahkan yang sukar sahaja.

sombong

Bila kita dah jelas dan pandai ilmu kita akan berterusan untuk dikongsi kepada orang lain pula yang memerlukan seperti mana dahulu kita memerlukan Al Haq mendatangkan kepada kita insan2 dan maklumat2 yang membantu.  Mungkin ada ketika kita rasa teruja nak kata kita dulu tak siapa pun bantu masa kita memerlukan; kita belanja beribu2 ringgit duit hasil titik peluh sendiri untuk cari  ilmu berguru sana sini.  Tetapi kita lupa dari mana peluang dan maklumat tentang ilmu yang diperoleh serta  wang yang digunakan untuk memperoleh ilmu itu jika tidak dari Ar Razaq, Rabb dan Ilah tempat kita mengadu segala hal.

baik

Tanpa ikhlas tidak mudah sebenarnya.  Jika kita ikhlas belajar untuk PhD untuk ilmu dan bukan untuk kertas semata2 kita tidak akan takut kalau kerja kita nanti diciplak oleh orang lain.  Yang penting kita buat kerja kita seikhlasnya.  Kita tak menciplak pasti Allah jaga agar orang lain tak ciplak kerja kita.  Kalau mereka ciplak pun itu urusan Allah.  Kita cari ilmu untuk bekalan kita di dunia dan akhirat.  Selebihnya urusan Allah.  Tak perlu kita nak risau siapa ciplak kerja siapa.  Jika kita benar dan ikhlas Allah jaga urusan kita.  Itu yang lebih penting.

Hari2 kita perlu ingatkan diri yang di ambang kematian ini untuk cermin diri setiap hari sehingga ke akhir hayat bukan di awal pengajian dan pekerjaan sahaja bila kita perlukan bantuan org lain.

resam-padi

InsyaAllah ada waktu terluang nanti ummi cerita lagi.  sekarang kena bersiap2 untuk mock pemantapan zaher 10am.

Tinta Ketikan Dell Ummi
9:50am 18.11.16

Dilindungi: Nota Hati

November 23, 2015

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

IMAM BUAT SEORANG PUTERI

Februari 27, 2015

Bila tiba masanya nanti…
Bonda ingin kamu pilih..
Imam yang bakal membawamu ke syurga…
Tak hensem tak mengapa,
kerana lelaki memimpin bukan dengan kehensemannya…

Tak kaya lebih bonda suka,
sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan…
Ada lelaki yang tak hensem,
nampak lembut, tak segagah hero KL menjerit…
kulitnya gelap atau matanya sepet…
namun penampilannya kemas, kefahaman agamanya baik…
di wajahnya terpancar pesona seorang mujaheed…

Ada ramai lelaki kacak, tetapi penampilannya tidak terurus,
di luar kacak, di rumah bersepah pinggan megi,
bungkusan makanan dan gelas tak berbasuh…
tapi anime dan dota mampu dikhatamkan ikut masa yang ditentukan…
apalagi jika ada puntung rokok…
gerenti bonda tak rela melepaskanmu kepada lelaki seperti itu…

tak kaya tak mengapa,
asal diri dan kebersihan persekitaran terjaga…
bilik penuh buku dan baju tak berlipat sekali-sekala tak mengapa,
asal jangan sampai ada makhluk lain datang menyinggah…
abuk kayu bertaburan di halaman sekali-sekala pun tak mengapa,
asal harum kucing pun tak berani membuangkan najisnya…

Ada yang memandang agama perkara remeh…
Sesuatu yang boleh dipelajari bila dah kawen nanti…
Sebenarnya isu agama adalah isu kritikal…
Kerana memilih seorang imam tidak mudah…
Mungkin puteri bonda akan bertanya,
Bagaimana memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam….
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam…
Ada juga yang merasakan lelaki yang telah khatam hafazan itu paling baik sebagai imam…
Tetapi pada bonda itu semata-mata; bukanlah ukurannya…
Tiada semua itu tak mengapa asal ingin dan berusaha menjadi seperti itu dalam masa terdekat…

Asal dia ingin nanti membangunkanmu bermunajat di sepertiga malam…
Asal dia ingin membawamu bersama berada di atas jalanNya…
Kita hanya mengukur zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu…
Pun begitu, bonda suka mencadangkan…
Satu tempoh yang istimewa sebelum sah bergelar isteri kepada seseorang…
Satu tempoh terbaik 3,5, 7, 9 atau 15 purnama …tapi bukan tempoh yang terlalu lama…
Untuk menguji sejauh mana dia ikhlas, serius dan mampu menjadi imam …

Tatkala seorang lelaki yang baik ingin menyuntingmu…
Seorang lelaki yang mungkin memenuhi ciri-ciri yang diimpikan…
Seorang lelaki yang ikhlas…
Seorang mujaheed yang dicari…
Bonda rela melepaskanmu jika dia sudi dan mampu menjadi imam
kepadamu dan zuriat yang bakal dilahirkan…
Jika dia perlukan berikan waktu …
Waktu yang mampu memberikannya masa…
Menjadi imam yang dia sendiri ikhlas ingin membina dirinya keranaNya jua…
untuk kamu atau untuk seseorang yang lain
Yang mungkin lebih sesuai untuknya…

Sama seperti soalan yg ditujukan kepada Ustazd Azhar Idrus…
Orang tutup aurat semuanya baikkah?
Ustaz Azhar Idrus lalu jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat…
Begitulah persoalan kita sekarang…
Bukanlah lelaki yang mengutamakan perkara-perkara lain melebihi
perkara-perkara yang disangkutkan dengan hal-hal memperoleh ilmu agama dan
melaksanakan kewajipan amal maaruf nahi munkar untuk diri keluarga dan masyarakat tidak baik;
tetapi seorang lelaki yang baik akan mengutamakan hal-hal membangunkan dirinya dgn agamanya
sebagai bekalan ke kampong akhirat
agar perkongsian hidup kalian akan kekal hingga ke jannnah…

Tatkala waktu itu tiba…dan bonda tiada lagi di dunia ini…
Istikharahlah wahai puteri bonda,
Istikharah itu bukan memilih antara dua insan…
Istikharah bermaksud berusaha mencari yang terbaik atas segala usaha yang mampu…
Setelah menjumpai imam yang memenuhi ciri-ciri yang bonda nyatakan tadi…
Berdoalah seusai bermunajat kepadaNya…
Moga Allah Razaq memberikanmu kemudahan…
dalam memilih seorang imam…
Jika baik untuk puteri bonda pasti Allah permudahkan
Jika dia bukan yang terbaik untukmu
mohon Allah jauhkan, pisahkan dengan cara yang terbaik
mohon agar tidak tersalah pilih hanya kerana mengikut kata hati yang sedang lena dibuai mimpi…

Moga Allah permudahkanmu…
memilih seorang lelaki yang mampu menjadi imam untukmu …
yang dapat menitiskan air matanya apabila melihatmu kesakitan melahirkan zuriatnya…
yang mampu membangunkan kamu untuk beribadat di sepertiga malam ….
yang memahami minatmu
yang dapat membantumu menjaga ibadahmu dari segala yang melalaikan
yang sama-sama membaca, mentadabbur dan mengamalkan Al-Qalam
yang dapat menemanimu mengikuti kuliah Risale-i-Nur dan pengajian seumpamanya…
yang dapat memimpinmu bersama di atas jalan yang telah diukirkan untukmu…
jalan yang sama menuju kampong akhirat…
Jika pencarian itu telah kau temui…
Bersyukurlah kepadaNya…
Jadilah, permaisuri hatinya…
Bonda rela melepaskanmu…andai di tangannya ada Syurga buat kamu…
Tidak perlu lagi bonda menemuinya…cukup sekiranya dia
sudi menjadi imammu seperti mana yang dinyatakan…

– Kalam Ketikan Dell Bonda 27.2.2015 Jumaat

Perginya Sebutir Permata

Februari 13, 2015

nik aziz 1931-2015nik aziz

Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, pada malam jumaat 12 Februari 2015 kembali kepada Al-Haq. Hening malam dan pagi Jumaat yg suram ini bagai seluruh alam menangisi pemergiannya.

Ya Allah ampunkanlah dosa dan tinggikan darjat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz di sisimu. Ya Allah berilah kerehatan kepada insan mulia ini setelah beliau berpenat lelah dalam perjuangannya atas agama ini. Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah dan satukanlah hati-hati kami suami isteri dan anak2 serta zuriat kami serta hamba-hambaMu baik di Malaysia mahupun di serata dunia agar berada di atas jalanMu sehingga akhir hayat kami. Allah Ya Rabbul Jalil, ampunilah dosa-dosa kami. Terima kasih Ya Allah kerana mengingatkan kami agar tidak lupa diri dalam limpahan nikmat yang kau berikan di dunia yang fana ini.

Apalah erti sebuah kemenangan tatkala permata yang menerangi dunia hilang sehingga seluruh alam menjadi gelap gelita. Kita berkehendak dan Allah berkehendak dan kehendakNya mengatasi segala kehendak. Dialah yang menentukan pengakhiran kita. Allahummaajirnaminannar Ya Muqollabalqulub.

tears_hanya-engkau-tempat-ku-bermohon

Mardhatillah

Disember 8, 2013

mardhatillah
Tatkala kita memohon kekuatan…
Allah Rabbul Jalil memberi kesulitan…
agar nanti kita menjadi sabar…

Tatkala kita pohon hati yang teguh…
al Mujibul Hakim beri kita masalah…
agar nanti kita belajar arti ikhlas…

Tatkala kita pohon keyakinan…
al Malikul Quddus beri kita ujian bertimpa-timpa…
untuk mensucikan hati, jiwa dan raga…
agar nanti kita…
layak memohon iman yang mantap…

Tatkala kita mendambakan…
kasih insan yang bernama manusia…
AllahArRahim merenggangkan tautan hati…
kerana kadangkala Allah tak beri apa yang kita ingini…
kerana Allah nak beri kita restu dan redha…
Allah nak pilih kita mencapai mardhatillah…
agar kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan
bukan apa yang kita dambakan

Ya muqollibalqulub, kuatkan hati2 kami kembali berjuang…
tenangkanlah hati-hati kami…
perkenankanlah kami untuk mencapai mardhatillah…
Ameen Ya Rabb

Kalam Ketikan Dell Ummi reblogged 3.2.2015
heartcopy

InsyaAllah saya akan bentang …

September 14, 2013

Insya Allah itu adalah janji kita kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu DENGAN izin ALLAH.  Ucapan insya Allah bukan alasan untuk tidak menepati janji.  Janji adalah hutang yang mesti dibayar.  Ucapan ini juga bukan kalimah menolak secara halus permintaan pihak yang ingin kita jaga hati dan perasaannya. Insya Allah lebih difahami sebagai kata-kata jaminan bahawa janji yang telah kita ucapkan akan terlaksana dengan baik. Sebab siapa yang berjanji dengan niat sungguh-sungguh untuk menepatinya, maka Allah akan membantu untuk mematerikan janji tersebut.

Islam mengajar kita, apabila berjanji berkatalah Insya Allah yang bermaksud jika Allah izin, kerana kita tidak mempunyai daya upaya untuk melakukan apapun kecuali atas izin Allah kerana kita tidak tahu walau dalam sekelip mata apa pun boleh terjadi kepada kita dengan kehendakNya.

Kalimat insya Allah telah digunakan oleh nabi-nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad Saw. Ketika Nabi Ibrahim menyampaikan perintah Allah untuk menyembelih putranya, Nabi Ismail berkata, “Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang bersabar.” (Qs Al-Saffat ayat 102).

Begitu juga ketika Nabi Musa berjanji kepada Nabi Khidir untuk patuh dan tidak mempertanyakan semua tindakannya selama dalam perjalanan menuntut ilmu. Nabi Musa berkata, “Insya Allah engkau akan mendapatiku sebagai orang yang bersabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.” (Qs Al- Kahfi ayat 69).

Kalimat ini kemudiannya diwariskan kepada Nabi Muhammad Saw. Allah memerintahkan kepada Nabi untuk selalu mengucapkan insya Allah setiap kali berjanji akan melakukan sesuatu. Allah berfirman:
“Dan jangan sekali-kali engkau (Muhammad) mengatakan Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok kecuali dengan menyebut Insya Allah” (Qs Al-Kahfi ayat 23-24).

Maka jika kita merancang untuk bentang proposal pada bulan 11, maka berusahalah bersungguh2 dengan menghantar bab demi bab sekurang2nya 3 bulan sebelum bulan 11 setelah kita mengatakan kepada penyelia:

konfem saya akan bentang bulan 11

…kerana kita tidak tahu apa ketentuan Allah dan apakah penyelia kita dapat memenuhi harapan kita untuk dia menyemak dalam tempoh seminggu untuk setiap bab.   3 bab 3 minggu, jika ada pembetulan kita perlu 3 minggu lagi untuk 3 bab.  Katakan kita memang hebat hanya perlu 2 kali pembetulan sebelum menghantar final deraf yg memerlukan 3 minggu untuk 3 bab bagi penyelia finalize, agree, approve dan endorse; that takes at least 9 weeks = 3 bulan!  Penyelia kita ada ramai pelajar.  Misalnya bulan 11 ni dia ada 5 orang nak bentang iaitu pelajar S, C, W, I dan A.  Adakah dalam tempoh 3 bulan sebelum bulan 11 ni kita expect penyelia kita siang malam pagi petang baca all 5 usulan dengan sebegitu teliti sekali?  Mungkin dapat baca tapi tak seteliti yg sepatutnya dia boleh baca kerana dia perlu habiskan 5 usulan dalam tempoh 3 bulan selama sekurang2nya 3 pusingan termasuk final draft yang akan dibentangkan.

Kesimpulannya, hantar 6 bulan sebelum supaya kita tak bersaing dengan rakan2 lain untuk mendapat feedback teliti dari penyelia dan follow up selalu kerana penyelia ada banyak tanggungjawab lain, mengajar, menulis, menyelidik dll maka bila hilang kita dari pandangannya mungkin hilang juga dari ingatannya untuk membaca tesis kita.  Just my opinion. ..penyelia kita manusia yang tidak lari dari kesilapan dan kealpaan, dia memerlukan kita untuk saling ingat-mengingati.  Others may think differently.  Walllahualam.  Jangan marah ya, hanya sekadar mengingatkan 🙂 Teruskan berjuang untuk defend usulan yang terbaik!

Seorang mukmin yang baik menyadari hakikat dirinya sebagai hamba yang lemah dan tidak pernah berjanji melainkan dengan menyebut Insya Allah. Tapi kita juga tidak boleh bermain-main dengan kalimat ini untuk  berjanji kepada seseorang yang kita tahu janji itu belum benar2 pasti dapat kita tepati. Kalau memang pasti tidak boleh menunaikan sesuatu atau memenuhi permintaan atau harapan orang lain dalam tempoh yang diminta  terus terang walaupun itu mungkin menghampakan seseorang.  Wallahualam fissawab.

Hak kaum kerabat dan keluarga menurut Imam Ghazali

April 7, 2013

Rasulullah telah bersabda:

Berkata Allah Ta’ala: Akulah ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ini pula ar-Rahim (kaum kerabat).  Aku pecahkan  nama ini dan namaKu.  Maka barangsiapa memperhubungi keluarganya, niscaya Aku akan berhubung dengannya, dan barangsiapa memutuskan perhubungannya dengan mereka, niscaya Aku akan memutuskan perhubunganKu dengannya pula.Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya: Mana satu manusia yang paling utama?

 

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Orang yang paling banyak taqwanya kepada Allah, paling tererat sekali perhubungannya dengan keluarga, paling suka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemunkaran.

 

Bersabda Rasulullah s.a.w.

Bersedekah kepada orang miskin adalah mendapat pahala sedekah sahaja, bersedekah kepada keluarga mendapat dua pahala; pahala sedekah dan pahala perhubungan.

 

 

Mata Akal Mata Hati

Mac 31, 2013

Buku terkini Prof Muhaya Terbitan 2013

Rumusan Bahagian 1: Berfikir Mematangkan Diri

“Corak fikiran dibentuk oleh iman yang dimiliki oleh seseorang.  Baik imannya, maka akan baiklah cara pemikiran dan tingkah laku seseorang itu”

Kategori orang yang benar2 berjaya ialah orang yang benar2 boleh mengawal fikirannya dari 3 aspek:

1.  Sentiasa berfikir
2.  Mengawal pemikiran
3.  Berfikir di luar kotak pemikiran yang biasa

Untuk mencapai pemikiran sebegitu kita harus selalu menyuruh dan mengawal pemikiran supaya selalu berfikiran positif dan di luar kotak. Kira harus tahu potensi diri yang sentiasa boleh menjadi apa yang kita inginkan.  Caranya dengan meletakkan matlamat menggunakan minda sedar (berfungsi hanya 5% ke arah matlamat yang kita tetapkan)  dan bersungguh2 menggunakan minda bawah sedar (berfungsi 95% untuk mencapai matlamat yg kita ditetapkan).

Corak fikiran dibentuk oleh iman yang dimiliki oleh seseorang.  Baik imannya, maka akan baiklah cara pemikiran dan tingkah laku seseorang itu.  Oleh itu kita perlu belajar melihat sesuatu dengan 3 mata iaitu (i) mata fisikal, (ii)  mata hati dan (iii) mata akal serta mengelakkan daripada melihat hanya dengan mata fizikal dan mata yg keempat iaitu (iv) mata nafsu.

Apabila kita memberi, mulakan dengan akidah iaitu sistem kepercayaan.  Selepas itu barulah memberi untuk membina akhlak dan amalan.  Kemudian barulah bentuk sikap kemanusiaan dan seterusnya membentuk gerakan fizikal.  Fikir di luar kotak dan potensi kerana potensi kita sangat besar.  Most of all, jauhi dari 7 emosi yang tidak perlu ada dalam diri kita iaitu:

1.  Takut
2. Benci
3. Dendam
4. Tamak
5. Tahyul
6. Marah
7. Dengki

Wallahua’lam.  Itu setakat yang Ummi fahami dari bacaan bahagian 1 yang mengandungi 6 bab.  Rumusan bab-bab tersebut bakal menyusul.  Jika salah pemahaman Ummi mohon betulkan.  Robbi zidni ‘ilmaan nafi’a.

 

Parasit

Ogos 26, 2012

Petikan dari Artikel penuh berkaitan orang yang bermanafaat semoga menjadi panduan dalam hidup untuk tidak menjadi parasit dan bersabar tatkala diuji dengan parasit dalam hidup yang hanyalah sementara ini, akhirat jua yg kekal.

“Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.” (HR. Ad-Daruquthni dan Ath-Thabarani).

Dan seorang mukmin berusaha memberikan manfaat untuk manusia karena Allah , mengharap ridha-Nya, dan tidak dikuasai oleh perasaan peribadi atau posisi yang berbeza. Rabb  mencela Abu Bakr  saat ia bersumpah tidak akan memberi nafkah kepada Misthah bin Utsatsah karena ikut serta dalam peristiwa ifki (berita bohong). Maka tatkala turun firman Allah :

وَلاَيَأْتَلِ أُولُوا الْفَضْلِ مِنكُمْ وَالسَّعَةِ أَن يُؤْتُوا أُوْلِى الْقُرْبَى وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللهِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلاَتُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللهُ لَكُمْ وَاللهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada.Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu ?Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS. an-Nur:22)

Abu Bakar  berkata: bahkan, demi Allah, sesungguhnya kami ingin agar Dia  mengampuni kami. dan iapun memberikan manfaat kepada Misthah.

Apakah engkau ingin agar Allah mengampunimu, maka marilah terus menambah dalam berdakwah, memberi nasehat, faedah dan manfaat, memanfaatkan waktu dan kemampuan… maka sesungguhnya ia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW:

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.”[14]

Kesimpulan:

1.      Apabila seorang mukmin tidak memberikan manfaat, berarti kebaikannya tidak menjalar kepada orang lain.

2.      Barangsiapa yang boleh memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah ia melakukannya.

3.      Segera memberikan manfaat sebelum diminta.

4.      Memanfaatkan semua kesempatan untuk menyampaikan kebaikan (berdakwah dan menyampaikan mesej Islam).

5.      Manfaat yang paling wajib adalah untuk kaum kerabat.

6.      Barangsiapa yang tidak mampu memberikan manfaat, maka hendaklah ia bersungguh-sungguh untuk tidak
membahayakan orang lain.

7.      Manfaat yang paling tinggi adalah jihad dan yang terendah adalah ‘uzlah.

8.      Perlu tingkatkan lagi usaha berdakwah, dengan menyebarkan kata-kata nasehat dan peringatan.

9.      Gunakan segala kemampuan yang Allah kurniakan untuk Agama Allah dan dalam membantu perkembangan
dakwah.

10.   Manfaat menjadi dengan memberikan dukungan dengan harta dan kekuasaan (infaqkan untuk Islam).

11.   Di antara karekteristik seorang mukmin adalah:  kebaikannya saja yang selalu terus dirasakan dan banyak
manfaatnya.

12. Yang bermanfaat adalah manusia yang terbaik.

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya
Rabbizidni ‘ilman nafi’a
wawafiqni ‘amalan maqbulan
wawassi’li rizqon toiyiban
fatub ‘alaiyaa taubatan nasuha
fatub alaina taubatan nasuha

Hambamu ini datang padaMu
Tuntunlah kami kemana pergi
Aku tersesat di jalan ini
Tak tahu lagi jalan kembali
Sudilah Engkau mau peduli

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya
Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Yaa man yaro sirro qolbi
Hasbith-thila ‘uka hasbi
Famhu bi’afwika dzanbi
washlih qusudiy wal a’mal

Ya Ilahi Ya Tuhanku
HambaMu ini menujuMu
Jiwa ragaku jadi belenggu
Agar mendapat keridhoanMu
Tujuan akhir jalan hidupku

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya