Walimatul Urus Angah & KakNgah 8.8.09 I.A.
Julai 2, 2009 oleh CikguThe Book of Knowledge – Ihya’ Ulumuddin I
Jun 23, 2009 oleh CikguKata Along tak perlu tutup…aa’h study2 juge, posting2 juga…ada masa tulis, takde masa paste apa yg bermanfaat. so well here’s a cool link utk kita pelajari seusai final exam ni – Ihya Ulumuddin Volume I: The Book of Knowledge karya Al-Ghazali yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris oleh Nabih Amin Faris, University of Beirut (1963).
Ucapan Terakhir Sebelum Tutup Blog Sesi Ini
Jun 21, 2009 oleh CikguMacam susah je nak tutup… tapi kuatkan semangat, kene tutup juga at least selama bulan Jun09 ni. Maat taufik wannajah dalam imtihan ummi dan anak2 semua. Apa pun, ucapan terakhir untuk sesi ini, Selamat Hari Bapa kepada Abah dan Atuk serta semua lelaki bergelar ayah dan bakal ayah. Buat anak2 Ummi, tontonilah video ini kerana seperti Ummi sebut dalam FB:
Sgt indah penyampaiannya. Hargai dan hormatilah ayah semasa mrk masih hidup, ummi dah tak ada ayah, tp ada ayah mertua yang kata Ust Haron Din, perlu diutamakan juga seperti mak ayah sendiri, apa pun alasan kita sematkan dlm fikiran, jiwa dan hati bahawa PERTENGAHAN JALAN KE SYURGA ADALAH AYAHMU…maka berbuat baiklah kepada mereka wahai anak2 mutiara hati bunda…Happy Father’s Day to my dearest husband, father in law and all fathers out there! Please do make a call to your fathers on this special day! Dalam Islam hari2 pun special untuk mak ayah tapi kalau sesape yang dah lama tak berkata2 dengan Sang Ayah, what better day than today…moga tatkala kita tempuhi gerbang di pertengahan jalan ke syurga itu akan dipermudahkan menelusurinya berapa besar, berat, kukuh dan berduri pun..
Tutup Blog
Jun 19, 2009 oleh CikguTak de masa nak begge2 camana nak tutup blog ni…Maat Taufik wannajah fi imtihan buat semua termasuk diri ummi. Sebelum itu ucapan terakhir sebelum tutup blog sesi ini di: http://pembangunaninsan.wordpress.com/2009/06/21/ucapan-terakhir-sebelum-tutup-blog-sesi-ini/
insyaAllah tiada lagi posting buat masa ini
doakan segalanya dipermudahkan, ada rezeki jump a lagi tak tahun depan sem depan insyaallah
UmmI
Lain Kali?
Jun 16, 2009 oleh Cikgu
Ini tentang hati
Bila lagi
lain kali
Jika esok kita mati

tiada lagi lain kali
tinggallah janji tak terpateri
untuk menjaga hati
agar fitrah terungkap kembali
mari kita bawa diri
tanpa manusia kekuatan diri
pasti Allah beri
kita hidup sendiri
tanpa mengharap sesiapa memberi
kita cari
kita beri
kita tunaikan amanah diri
fikirkan apa kan ditanya nanti
di daerah nan abadi
setulus hati
buatmu dan diri ini
insyaAllah biiznillah pasti
Allah bersama membangunkan diri
kita ini al faqir ilaAllah, tanpa api
yang membakar semangat jatidiri
siapalah diri ini
cuma nanti
bila Sang Pencipta bertanyakan hal ini
jangan salahkan abah dan ummi
jika ditanya tentang pos ini
memang ada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah pergi
terutama sekali
ditujukan buat mutiara2 hati
yang pernah dan sesuka hati
gemar mengungkapkan bait ini
suka hati…lain kali
yang gemar mendekati ummi
tahu penyebatian ungkapan itu yang terkambus di sudut hati
itu antara ungkapan terlarang dalam kotak hati
tapi ummi mengerti
kadang kala tak dapat elakkan diri
pulangkan segalanya pada Sang Pencipta kerna dia Pemilik hati2 ini
7 Common Mistakes We Make
Jun 14, 2009 oleh CikguJadual Kuliah Surau An-Nur Jun 2009
Jun 11, 2009 oleh CikguAl-Muttaqin Network
Jun 3, 2009 oleh CikguJadual Kuliah Seminggu Ini di Surau An-nur BBB
Jun 3, 2009 oleh CikguUsah dibudayakan …
Mac 31, 2009 oleh CikguApa yang ingin Ummi perturunkan ini pernah kita bincangkan tetapi tidak terkumpul dalam satu tazkirah khas. Kadang terkeluar topik ini secara tak formal bila bangcik atau bangtam balik madrasah atau bangteh banglang bangah along balik sekolah ABIM atau adik kakak dari program mereka atau juga Abah Ummi bila dikutip dari emel, cikgu, tok guru dan seumpamanya. Kebetulan hari ini Ummi dapat emel egroup ex-MRSM Kulim, kawan lama Abah Ummi masa sekolah kat MRSM Kulim dan juga masa belajar kat CSU dulu, yang menghantar koleksi amalan2 yg tidak sepatutnya kita budayakan dalam hidup apabila kita faham tanggungjawab kita sebagai individu muslim. Agar cepat kita budayakan atau elakkan pembudayaan perkara2 yg patut atau tak sepatutnya, marilah kita renungi bersama atau elok juga kalau adik kakak print letak kat meja rumah dan sekolah untuk diingatkan bersama.
|
AMALAN UNTUK ELAKKAN HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA |
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin (100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam
dan yang paling penting dibawah ini……..
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk kotor tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, akhirat lebih utama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN, semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun (Sabda Rasulullah SAW). Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. [Surah Al-Ahzab:71]










